Bab 54

1.1K 44 2
                                    


"Adam." Nama pertama Khairul meniti di bibir Dato Kamal. Jarang sekali Khairul dipanggil menggunakan nama pertamanya. Baginya, nama Adam terlalu baik dan hanya untuk orang baik-baik sahaja layak dipanggil begitu.

Lihat lah dirinya. Tangannya kotor kerana membunuh beberapa orang. Kakinya jijik kerana telah berkunjung ke tempat maksiat pada setiap malam. Matanya telah melihat maksiat dengan sengaja di hadapannya. Tak layak bagi dirinya untuk dipanggil Adam walaupun sudah tertera di surat beranak namanya Adam Khairul.

"Abah please. Jangan panggil Adam. Khai tak suka." ujar Khairul dingin seraya menapak ke arah kerusi bersebelahan katil pesakit.

"Maafkan abah. Abah tahu abah terlalu berkasar dengan Khai." Mata sayu Dato Kamal menatap lama wajah anak angkatnya itu dengan penuh kasih sayang. Pertama kali setelah beratus ribu kali pergaduhan tercetus, terucap jua kata-kata maaf dari mulut Dato Kamal.

Ego Khairul yang tinggi menggunung sudah pun runtuh. Ya dia masih menyimpan marah terhadap Dato Kamal tetapi tiada guna juga jika terus memendam perasaan marah itu. Kalau bukan disebabkan Dato Kamal mengambil mereka sebagai anak angkat, pasti hidup abang dan adik itu terumbang-ambing ketika ini. Dan tak mungkin juga dia akan dapat hidup bersama Hani sekarang.

"Lupakan lah pasal hal tu. Khai dah maafkan. Ni abah bukan ke ada rancangan nak beritahu Khai sebelum abah masuk hospital ni." kata Khairul mengubah topik perbualan mereka. Jejaka itu bukan seorang yang emosional sangat. Tak suka bersedih ataupun berdrama lama-lama.

Alif yang turut berada dalam perbualan itu mengukir senyuman kecil. Sudah lama Alif ingin melihat hubungan Dato Kamal dan Khairul itu berbaik kembali walaupun hanya seketika. Bukan senang mahu menjinakkan dua ekor singa.

"Alif, Khairul. Hari tu Datin Yasmin datang rumah minta duit untuk bayaran anak dia, Hani. Abah bukan tak nak beri, tapi cara dia sangat lah macam mempergunakan kita. Harta Dato Salleh belum pun dia luak lagi. Abah tak nak lah kita dipijak oleh perempuan tu." cerita Dato Kamal dengan nada suara perlahan.

"So, abah tak payah la bayar. Habis cerita." jawab Khairul mudah.

"Kalau semudah tu, abah tak ada nya nak bincang macam ni lah. Kau tahu dia ugut kita nak pecahkan rahsia kumpulan kita pada polis. Sah meroyan perempuan tua tu." celah Alif bengang.

"Sebab itu abah nak kau berdua bunuh Datin Yasmin sebelum rahsia kumpulan kita terbongkar." Kata-kata terakhir Dato Kamal sebelum dunianya menjadi gelap.

"Abah? Abah bangun! Jangan tinggalkan kitaorang lagi." Alif menggoncang lengan Dato Kamal beberapa kali namun tiada respon yang diberikan oleh lelaki tua itu. Khairul melepaskan keluhan kecil.

"Alif, rilex boleh tak. Doktor kasi abah ubat tadi. Dah jom. Biar abah rehat." kata Khairul lalu menapak keluar dari dalam bilik. Alif yang terpinga-pinga itu terus mengejar adiknya.

Bahu Khairul dipeluk kejap sebelum jejaka itu menepis tangan Alif. Bromance? Tak, bukan bagi Khairul. Dia tak suka.

"So, apa plan?" Otak Khairul mula bergeliga memikirkan cara untuk meneruskan perancangan tersebut.

"Eh jap. Khai, kau sedar tak kita nak bunuh siapa sekarang ni? Datin Yasmin tu mak kandung Hani. Mak mertua kau." Langkah mereka berdua terhenti di hadapan kereta Audi A8 milik Khairul.

"Sedar. So?" Khairul menapak masuk ke dalam perut kereta bersama Alif. Enjin kereta dihidupkan. Segenap ruang parkir itu bergema dengan bunyi enjin keretanya.

"Okay aku beritahu sekali lagi. Datin Yasmin, mak kandung Hani. Mak dia weh!" Nada suara Alif dinaikkan bagi menyedarkan lagi diri Khairul.

"Alif, mak apa dah kalau memperhambakan anak dia sendiri. Aku tahu Hani tak suka pun mak dia tu. Dia terseksa bila tinggal dengan mak dia. Aku tahu semua benda tu. Sekarang ni lah aku nak bayar balik apa yang dia dah buat pada Hani." terang Khairul bengang.

Alif terdiam. Dia turut masih berfikir bagaimana Khairul boleh jumpa dengan Hani manakala Hani langsung tidak pernah berjumpa dengan Khairul. Dia hanya tahu yang Khairul telah mengintip Hani secara senyap-senyap selama tiga tahun. Wajah Khairul yang fokus akan pemanduan itu dipandang kejap.

"Khai, kau tak takut kalau Hani tahu tentang hal ni?" tanya Alif tiba-tiba.

"Tak. Kalau dia tahu mesti dia gembira sebab dah tak ada orang yang menyakitkan dia lagi." jawab Khairul. Mungkin Khairul silap. Hani pasti akan sedih jika dia tahu tentang hal ni.

"Dari apa yang kau cerita tadi, walaupun mak dia layan dia macam tu Datin Yasmin tu masih mak kandung dia."

"Sekarang ni kau masih nak fikir semua benda tu? Alif, tolong lah buka mata luas-luas. Tengok keadaan kita sekarang. Kau nak duduk dalam penjara bertahun-tahun ke? Silap hari kita kena hukum gantung sebab dah banyak buat kes bunuh." ujar Khairul dengan bengang.

Keadaan di dalam kereta kembali sepi. Alif meraup wajahnya sekilas. Betul juga apa yang Khairul katakan tu. Lebih baik teruskan saja rancangan ni.









































"Drive elok-elok. Pasal Khairul tu, adik jangan risau. Nanti abang sendiri jumpa dengan dia. Benda macam ni biar lelaki dan lelaki saja bincang okay." Kepala Hani yang dibalut kemas dengan tudung bawal itu diusap lembut sebelum gadis itu menapak masuk ke dalam perut keretanya.

Sudah dua hari Danial bermalam di rumah Dato Kamal. Isterinya ditugaskan untuk mengikuti kem pelajar tingkatan lima selama tiga hari dua malam. Danial bukan biasa tinggal sendirian di dalam rumah tu. Hm.

Lampu isyarat menandakan warna merah. Pandangan Hani dihalakan ke luar tingkap. Rindu di hatinya masih belum terubat. Sudah hampir seminggu juga Khairul tidak munculkan diri. Bagaimana makan minum suaminya itu? Hani sebagai isteri sepatutnya menguruskan semua perkara itu.

Telefon pintar milik Hani mula berdering mengejutkan Hani daripada lamunannya. Nama yang tertera di skrin telefon pintarnya sedikit mengejutkan dirinya. Baru sahaja sepuluh minit dia meninggalkan rumah, Danial sudah menelefon Hani. Kenapa pula?

"Ha abang. Kenapa? Adik baru je gerak abang dah call. Rindu adik eh?" ujar Hani sempat bergurau dengan abangnya itu.

"Tak. Adik kena patah balik sekarang. Pergi rumah mama. Cepat." kata Danial dengan gesa. Berkerut dahi Hani tatkala mendengarnya. Demam ke apa si Danial ni?

"Kenapa?"

"Mama. Mama dah tak ada."

Masa seakan-akan terhenti. Panggilan tadi sudah ditamatkan oleh Danial. Jantungnya turut terhenti juga. Seperti mimpi sahaja. Mak kandungnya sudah tiada. Tak. Tak mungkin.

Pantas Hani menekan pedal menuju ke rumah Datin Yasmin. Telefon pintar digapai semula lalu mendail nombor Raihana.

"Apehal kau Damia? Pagi buta dah call."

"Rai, aku cuti emergency hari ni. Mama aku dah tak ada. Apa-apa nanti aku call balik. Thanks."

Belum sempat Raihana berkata apa-apa lagi, panggilan telah pun dimatikan. Air mata Hani mula mengalir. Semakin hampir dengan perumahan Datin Yasmin, semakin laju air matanya. Kereta diparkir berhadapan dengan rumah agam itu.

Hani berlari anak setelah keluar dari dalam perut kereta. Selipar serta kasut bertaburan di luar pintu rumah. Lutut Hani mula terasa longgar, tubuhnya rebah di atas lantai tatkala melihat sekujur tubuh yang sedang dimandikan.

DAMIA HANI Where stories live. Discover now