BAB 9

434 12 7
                                    

Tahun Lepas

"TUAN! Berita tergempar. Beberapa mayat dijumpai di sebuah rumah lama. Dipercayai ini satu kes pembunuhan!"

Hampir tersembur air kopi yang sedang diminum Mukhlis. Nasib baik sempat dikawal. Jika tidak, habis semua kertas kajang di atas mejanya basah dengan air hitam itu.

"Okey! Maklumkan pada unit siasatan. Awasi tempat kejadian. Saya akan datang segera," arah Mukhlis.

Tanpa berlengah, Mukhlis terus meninggalkan pejabatnya, lalu memandu menuju ke arah tempat kejadian. Lokasi yang diberikan oleh orang bawahannya tidak berjauhan. Hanya memerlukan lebih kurang 15 minit perjalanan.

Kerana perasaan membuak ingin tahu, dia menekan habis pedal minyak keretanya. Menderum laju kereta itu membelah kepekatan malam. Apabila sampai sahaja di tempat kejadian, anggota polis yang bertugas datang melaporkan kepada Muhklis.

"Tuan! Tiga mayat ditemui di dalam rumah ini. Kami sudah geledah satu rumah. Tiada yang terlepas," lapor Salman, anggota polis yang berkhidmat di bawah arahan Detektif Mukhlis.

"Sudah maklumkan pada anggota lain?"

"Sudah tuan!"

"Bagus! Mari, aku nak tengok tempat kejadian," arah Mukhlis.

Sambil berjalan ke arah pintu utama, Mukhlis memerhati sekeliling rumah. Nampak usang sekali. Sebuah rumah rekaan lama yang mungkin sudah berusia ratusan tahun.

"Di mana lokasi mayat?"

"Ada tiga lokasi tuan. Satu di halaman rumah, satu di ruang tamu dan yang terakhir di halaman belakang."

Mukhlis berhenti. Dia tidak jadi melangkah masuk. Dia diam seperti berfikir sebentar.

"Mari, aku nak tengok yang di luar dahulu."

Mendengar arahan itu, Salman membawa Muhklis ke tempat yang dimaksudkan. Mereka menuju ke halaman rumah terlebih dahulu. Kawasan itu penuh dengan rumput lalang yang meninggi separas lutut. Tanda rumah itu memang sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

"Di sini tuan."

Di hadapan Mukhlis kelihatan sebuah telaga buruk yang telah lama tidak digunakan. Ada kesan tapak kaki manusia menuju ke arah telaga itu. Mukhlis menjenguk melihat ke dalam telaga. Lampu suluh kecil diambil dari poketnya lalu disuluh ke dalam telaga.

"Astaghfirullah al-azim..." Mukhlis beristighfar saat melihat ke dalam telaga itu.

"Saya pasti mangsa terjatuh ke dalam telaga lama ini ketika cuba melarikan diri. Tetapi saya tak pasti siapa yang mengejar mangsa," kata Salman.

"Mari, tunjukkan aku mana mayat kedua," arah Mukhlis

"Ikut sini tuan."

Mukhlis membuntuti Salman. Masing-masing memegang lampu suluh untuk menerangi kawasan semak yang dilalui. Sampai sahaja di halaman belakang rumah, Salman menunjuk ke arah mayat kedua yang tergantung di pagar besi.

"Ya Allah!" Tergeleng Mukhlis melihat keadaan mayat kedua. Lebih teruk daripada mayat pertama yang dilihatnya tadi.

"Saya rasa mangsa terjatuh dari bilik di tingkat dua tu tuan," kata Salman sambil menunjuk ke arah tingkap di bilik tingkat dua yang kelihatan terbuka luas.

Memang selari tepat dengan lokasi mayat kedua itu terjatuh.

Selesai melihat mayat kedua sepintas lalu, mereka berdua berpatah semula ke hadapan rumah. Muhklis mahu melihat mayat yang ketiga. Semasa masuk ke dalam rumah itu, Mukhlis terkejut melihat seorang pemuda sedang menangis sambil duduk menekup dua lututnya di ruang tamu rumah itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PRANKWhere stories live. Discover now