Cinta

393 21 7
                                    

Bella, Faye & Lily - HELLO! Kami adalah Trio Huru-Hara dan ini adalah video pertama kami!

Bella - Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri kami dulu. Nama saya Bella. Saya ni peminat sukan dan juga menulis tapi mostly sukan

Faye - Saya pula Faye! Saya ni suka makan dan juga fashion

Lily - Saya pula ialah LILY! DAN SAYA SUKA BBB-CHAN!

Bella - Abaikan kawan saya tu.. dia memang terlampau minat dekat Boboiboy. Tak tahulah apa istimewa sangat si Boboiboy

Lily - Heheheh.. hanya diri Lily sahaja yang dapat melihat keistimewaan yang ada pada diri BBB-CHAN!

Faye - Baiklah. Memandangkan ini adalah video pertama kami dan kami telah menjemput seseorang sebagai tetamu pertama kami iaitu KAPTEN KAIZO!

Lily - Atau lebih dikenali sebagai kapten itik hot

Bella - Atau kapten garang

Faye - Kapten sadis

Lily - Kapten suka mengamuk tak tentu pasal

Bella - Atau mengikut kata Emmy si budak genius tu, PUTERA GALAXY!

Kaizo - SUDAH HABIS PANGGIL AKU DENGAN MACAM-MACAM NAMA?

Lily - ERK! Sudah abang Kaizo.. hehehe.. maaf

Kaizo - Kenapa aku kena jadi tetamu pertama korang?

Bella - Sebab itu cadangan dari Faye

Faye - Adeh, aku juga yang kena.. begini abang Kaizo. Yang sebenarnya, cadangan ini datang dari adik abang Kaizo sendiri iaitu Fang. Pada mulanya, kita orang nak jemput Fang tetapi disebabkan kami telah melantik dia sebagai kamera man kita orang. Jadi Fang cadangkan abang Kaizo sendiri. Dengan itu, saya ingin mengatakan.. INI SEMUA SALAH FANG!

Fang - Betul tu. Semuanya salah aku!

Bella - Mengaku pula si potato ni

Faye - Lagipun Boboiboy tak boleh jadi kamera man kita orang sebab takut Lily hilang fokus

Lily - Hehehehe

Bella - Abang Kaizo tak kisahkan?

Kaizo - Tak

Bella - Bagus bagus.. baiklah! Topik kita pada hari ini adalah CINTA! Kita nak berborak dengan abang Kaizo tentang topik cinta. Maybe ada sesetengah daripada kita pernah luahkan kepada seseorang dan katakan 3 perkataan ini kepada orang itu

Kaizo - Jadi? Apa kena mengena dengan aku?

Faye - Ala, abang Kaizo.. mesti abang Kaizo mesti pernah katakan 3 perkataan itu dekat seseorang

Lily - WUUUUU.. apakah jawapan dari kapten itik hot?

Kaizo - Yang korang nak sangat tahu kenapa? 

Fang - Abang ni, beritahu ajelah

Kaizo - Pang! Kau tu kamera man aje. Jangan nak sibuk

Fang - Cheh, tak guna punya abang

Kaizo - Kalau korang semua nak tahu, aku tidak pernah katakan 3 perkataan itu dekat seseorang

Bella - Dan seseorang itu adalah kak Lynna bukan?

Kaizo - Boleh dikatakan begitu

Lily - Wuuuu.. kenapa abang Kaizo takut sangat nak sebutkan 3 perkataan tu? Tengok macam Lily. Dengan keberanian yang ada pada Lily, Lily terus sahaja katakan I LOVE YOU kepada BBB-CHAN pada hari pertama pertemuan kita berdua! Lily tidak akan lupakan pada saat-saat kejadian itu

Trio Huru-HaraWhere stories live. Discover now