Adiwira

144 11 3
                                    

Bella - Hello hello hello! Selamat datang ke rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Bella! Superhero kegemaran saya adalah Scarlet Witch, Captain America dan juga Captain Marvel!

Faye - Saya pula Faye. My favourite superhero sudah tentu Supergirl dan Black Widow! Hehehe... bayangkan cousin saya si Kapten Kaizo tu adalah Superman

Lily - MIAHAHAHAHAHA! Tu memang lawak!.. hehehe... oh yea, saya pula Lily! BBB-CHAN adalah superhero kegemaran saya! Dan tetamu kita pada hari ini sudah tentu BOBOIBOY, ADIWIRA PULAU RINTIS! Dan juga adiwira hatiku

Bella - Cheh, sempat lagi si Lily ni 

Boboiboy - Terima kasih Trio Huru-Hara kerana menjemput saya pada hari ini

Lily - Sama-sama BBB-CHAN.. lagipun Bella pesan awal-awal, Lily kena stay fokus. Kalau tidak, nanti landak sembunyikan BBB-CHAN

Bella - Betul tu Lily! Topik kita hari ini adalah Adiwira kerana Boboiboy adalah superhero kita. Dia mempunyai jam kuasa yang sangat menakjubkan!

Faye - Apa perasaan Boboiboy setelah menjadi seorang adiwira?

Boboiboy - Bangga, seronok dan ada juga rasa nervous. Kadang-kadang tu kita tak tahu musuh apa yang kita bakal hadapi. Nak tak nak, terpaksa hadapi juga

Bella - Menjadi seorang adiwira bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keseluruh dunia dan juga galaxy. Macam si landak goreng tu, hanya tahu nak jaga donut lobak merah dia aje

Fang - WOI! BILA MASA PULAK!

Bella - Kita abaikan si landak goreng tu.

Lily - Betul betul! Kita abaikan sahaja si landak tu. Dia hanyalah kamera man sahaja.. hehehe.. berbalik kepada BBB-CHAN yang comel ni. Best tak jadi superhero?

Boboiboy - Bestlah juga.. dapat guna bermacam-macam kuasa! dan paling best sekali bila kita dapat bantu, selamatkan dan melindungi orang ramai ataupun orang yang kita sayang

Faye - Boboiboy ni sudah popular sebab superhero dia. Macam mana Boboiboy handle para peminat Boboiboy, terutama sekali kawan kita si Lily ni

Boboiboy - Ala, Boboiboy layan dia orang macam biasa aje tapi si Lily ni, mestilah layan macam kawan kita sendiri

Lily - Hehehehe... Lily ada soalan ni. Bukan soalan dari Lily tapi orang lain, nama dia princess shadow. Soalan dia ada berkaitan dengan Lily yang super comel ni

Fang - Super comel konon

Lily - Apakah perasaan BBB-CHAN bila dapat tahu Lily ni minat sangat dengan BBB-CHAN! waktu first time kita bertemu di taman Pulau Rintis. Pertama kali Lily sebutkan 3 perkataan 8 huruf tu kepada BBB-CHAN ku

Bella - Fokus Lily!

Lily - Hehehehe.. maaf!

Boboiboy - Waktu tu.. waktu tu, Boboiboy memang nak larikan diri daripada Lily sebab masa tu, ada Lily lain juga yang minat dekat Boboiboy, si Ratu Lily. Perangai korang berdua sangat pelik tapi lama-lama sudah lali dengan kepelikan korang tapi sayangnya, Ratu Lily sudah tiada

Lily - UWAAA! I MISS YOU RATU LILY!

Faye - Kasihan Lily. Rindu dengan musuh ketat dia.. soalan yang seterusnya. Soalan ni dari seorang princess tapi princess lain. Nama dia princess kim hyuri. Soalan dia, Boboiboy suka makan apa? Best tak ada kawan ramai? Dia tanya, boleh tak dia jadi kawan Boboiboy?

Boboiboy - Saya ni suka makan makanan Tok Aba masak! Kawan tu, ramailah juga dan princess kim hyuri boleh jadi kawan saya

Bella - Aku pula nak tanya Boboiboy. Siapakah superhero kegemaran Boboiboy?

Lily - Mestilah super Lily kan kan kan! Lily kan ada gajet super sonic! Boleh jerit sekuat hati!

Boboiboy - Errr... bak kata Kapten Kaizo, boleh dikatakan begitu tapi sebenarnya, Boboiboy minat Ironman, Captain America dan juga Batman

Lily - So, bila lagi kita nak pergi jadi superhero sama-sama?

Boboiboy - Hehehe.. tunggu ada misi baru. Sekarang ni, tiada misi baru. Jadi kita berehat dan luangkan masa dengan kawan-kawan ataupun dengan keluarga!

Faye - Bagus betul Boboiboy. Baik macam mana pun Boboiboy ni, mesti ada kenakalan dia juga

Lily - BBB-CHAN nakal ke?

Bella - Entah

Boboiboy - Adalah juga tapi mungkin tak senakal Fang. Nakal Fang tu, memang nakal nak kena hukuman tempur

Bella - Tepat sekali Boboiboy! Dia tu adiwira paling nakal! dan kuat mengamuk aje kerjanya tapi.. sebenarnya dia sudah meningkat matang

Faye - Hehehe... sempat lagi kau pujuk dia yea

Bella tersengih sedikit

Faye - Baiklah, sampai di sini sahaja rancangan kita. Harap kamu semua enjoy dengan episode kali ini! Kita akan berjumpa lagi di episode lain! Saya Faye

Bella - Saya Bella

Lily - DAN SAYA PULA, LILY! Bye bye semua!

Boboiboy - Bye bye! Terima kasih kerana sudi menjemput saya

Lily - Nanti datang lagi yea BBB-CHAN!

Boboiboy - Errr.. ok

Lily - Episode yang seterusnya, tetamu yang kita akan jemput adalah RATU LILY!

Bella - Adeh.. si hantu pula dia pergi jemput. Hari tu kucing, kali ni hantu pula

Faye - Tapi macam mana nak jemput hantu yang sudah tiada?

Lily - Jangan risau! Lily ada caranya! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Jumpa lagi semua!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Trio Huru-HaraWhere stories live. Discover now