Adik-Beradik Angkat

228 12 3
                                    

Bella - Hai hai! Assalamualaikum dan selamat kembali ke rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Bella, peminat sukan dan menulis

Faye - Saya Faye, suka makan dan juga fashion

Lily - Dan saya Lily! Peminat nombor satu BBB-CHAN! Kerepek pisang adalah makanan kegemaran saya

Bella - Hari ini kita ada tetamu paling comel

Lily - Malangnya, dia lagi comel daripada Lily

Faye - Inilah dia, RIZU! SI COMEL PENGUIN!

Rizu - YEAHHH! Hai semua! Nama saya Rizu tapi saya suka bahasakan diri saya sebagai Pizu! Terima kasih kakak Bella, kakak Faye dan juga kakak Lily kerana sudi menjemput Pizu

Bella - Sama-sama Rizu. Hari ini berborak santai kita bertajuk adik-beradik angkat. Macam Rizu dan Fang. Seronok tak bila abang Fang menjadi abang angkat Rizu?

Rizu - SERONOK! Pada mulanya Pizu takut juga kalau abang Fang menolak tapi Pizu ambil risiko dan tanya abang Fang. Akhirnya abang Fang terima sahaja Pizu sebagai adik angkat dia. Abang Paizo pun anggap Pizu sebagai adik dia juga. Pizu rasa sangat bersyukur dapat dua abang paling handsome dan bergaya

Lily - Hehehe.. Rizu tak rasa pelik ke dapat dua alien sebagai abang angkat Rizu?

Rizu - Tak. Pizu rasa biasa sahaja

Faye - Hehehe.. dengan akak pun Rizu rasa biasa sahaja?

Rizu - Ha ah, dengan kakak Faye pun, Pizu rasa macam biasa aje. Tiada bezanya dengan orang lain walaupun kakak Faye, abang Fang dan abang Paizo adalah alien

Faye - Hehehe.. terharu akak. Kita ada soalan untuk Rizu. Soalan ini dari peminat rancangan ini atau dia ni memang suka bagi soalan.. hehehe

Rizu - Apa soalan dia?

Bella - Soalan dia, apa Rizu buat kalau Rizu langsung tak berjumpa dengan abang Fang. Maksudnya macam Rizu langsung tak kenal abang Fang dari awal lagi. Soalan ini datang dari Pwincesshadow

Rizu - Terima kasih sebab bagi soalan dekat Pizu... hmmm.. rasanya Pizu tak kan menjadi Pizu seperti sekarang ni. Dulu Pizu ni takdelah seberani mana. Pizu akan rasa lemah sahaja tapi sekarang ni, Pizu sudah ada keberanian sedikit dan Pizu lebih ceria daripada dulu. Waktu dulu-dulu, Pizu ni takut nak tegur orang, takut nak berkawan sebab Pizu takut kalau orang tu tak nak berkawan dengan Pizu. Jadi Pizu bersendirian sehinggalah kawan baik Pizu tegur Pizu buat pertama kali

Lily - Sedih juga dengar cerita Rizu ni.. my baby penguin jangan sedih-sedih tau. Rizu dah ada ramai kakak-kakak dan abang-abang sekarang ni sebab RIZU NI COMEL! Oh yea, dia ada tanya soalan lagi. Kenapa Rizu ni comel sangat?

Rizu - Sebab Pizu ni comel lah! Hehehe.. kadang-kadang ada juga yang suka cubit pipi Pizu sebab comel sangat. Abang Fang jarang cubit pipi Pizu. Dia lebih suka tengok Pizu happy-happy daripada sedih

Faye - Rizu memang comel pun tapi abang Fang aje yang tak comel. Berlagak tapi bergaya.. hehehe..

Bella - Si landak potato tu berlagak aje lebih. Aku sudah lama tak baling bola dekat muka berlagak dia tu.. hehehee.. esok nak cari pasal dengan dia

Lily - Hehehe.. semoga berjaya, Bella

Rizu - Err.. tak baik tau buat begitu dekat abang Fang. Dia berlagak macam mana pun, tapi abang Fang tetap baik

Bella - Hmm.. yelah. Baiklah, ada soalan lagi untuk Rizu ni

Rizu - Soalan apa?

Lily - Soalan ini datang dari isaki06. Dia tanya, apakah cita-cita Rizu dan apakah kenangan pahit dan manis Rizu ingat sampai bila-bila

Rizu - Cita-cita Pizu nak jadi komik artis yang berjaya! Pizu suka melukis! Kenangan pahit dan manis pula... kenangan manis sudah tentu bila abang Fang jadi abang angkat Pizu! Masa tu abang Fang bawa Pizu jalan-jalan dekat bandar. Kenangan pahit pula.. bila abang Fang lupa janji dengan Pizu. Hati Pizu rasa kecewa dengan abang Fang

Faye - Alahai, kasihan dia bila Fang lupa nak bawa jalan-jalan. Sekarang ni dia tak lupa dah kan?

Rizu - Tak! Abang Fang sekarang ni selalu ingat dan selalu sampai awal. Dia tak nak mungkir janji lagi dengan Pizu

Lily - Sayang betul landak ni dekat Rizu. Ok Rizu, ini soalan last dari PhangYally0. Soalan dia, apa pendapat Rizu tentang biskut kakak Yaya?

Rizu - Pizu pernah makan sekali tapi... malulah nak cakap dekat sini tapi Pizu suka masakan kakak Yaya. Semuanya sedap!

Bella - Bagus betul Rizu ni. Mana lagi sedap, masakan abang Fang ke atau kakak Yaya punya?

Rizu - Hmm... dua-dua sedap!

Lily - BBB-CHAN punya?

Rizu - Tak pernah rasa masakan abang Boboiboy tapi hari tu Pizu ada rasa laksa abang Gopal masak. Sedap! 

Faye - Laksa dia buat memang sedap! Akak sampai tambah 2 3 kali

Rizu - Wah! Dasyat kakak Faye ni

Bella - Kakak Faye kamu ni, memang kuat makan.. hehehe.. nampaknya sampai di sini sahaja episode kita hari ini. Terima kasih Rizu kerana sudi menjadi tetamu kita pada hari ini

Rizu - Sama-sama! Pizu ada bawa chocolate, nanti makanlah sama-sama

Lily - Wuuu! Baiknya Rizu.. thank you my little penguin!

Faye - Hehehe.. kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan dengan topik baru dan juga tetamu baru! Topik minggu hadapan adalah MAKAN! dan sudah tentu tetamu kita adalah GOPAL!

Lily - Kalau ada soalan untuk Gopal, sila hantarkan di ruangan komen yea. JUMPA LAGI! Saya Lily

Bella - Saya Bella

Faye - Dan saya pula Faye

Bella, Faye & Lily - JUMPA LAGI DI RANCANGAN TRIO HURU-HARA!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Trio Huru-HaraWhere stories live. Discover now