Popular

156 12 6
                                    

Bella - Hai semua! Kita kembali lagi di rancangan TRIO HURU-HARA! Saya Bella, gadis paling awesome!

Faye - Saya Faye! Gadis super stylish!

Lily - DAN SAYA PULA LILY! Gadis paling annoying dihati landak

Fang - KAU MEMANG ANNOYING PUN!

Lily - HAHAHAHA! Mengaku juga si landak ni

Bella - Bawa bersabar yea korang berdua. Kalau Lily nak kacau landak, tunggu aku cari gaduh dengan dia dulu

Faye - Adeh.. selamatlah aku jenis tak suka bergaduh atau suka kacau orang. Para penonton sudah tahu tetamu kita pada hari ini, iaitu LANDAK! Eh silap... nama dia adalah Fang bukan landak

Fang - Betul tu! Nama aku FANG! BUKAN LANDAK ATAUPUN LA FANDAK LA FANG!

Lily - Tapi nama La Fandak La Fang tu unik dan menarik! Lily suka nama tu

Bella - Takpe Lily, nanti lama-lama dia akan suka nama yang unik tu

Fang - HAHAHAHA! Jangan harap!

Faye - So Fang, bagaimana perasaan kamu jadi tetamu pada episode kali ini? Best tak jadi kamera man?

Fang - Perasaan aku sangat teruja kerana ianya dapat meningkatkan populariti aku! MUAHAHAHAHAHA! Jadi kamera man tak best, sebab kadang-kadang aku terpaksa fokus dekat muka si pelik tu

Lily - What? Muka Lily comel apa

Fang - TAK COMEL!

Lily - Sampai hati landak cakap Lily tak comel

Faye - Hehehe.. Lily jangan ambik hati sangat. Fang tu kan panas baran, suka mengamuk dan gilakan dengan populariti. Tapi jauh dihati, sebenarnya dia tu baik

Bella - Mentang-mentanglah dia sepupu kau, bolehlah kau puji dia.. bagi aku, dia tetap landak potato goreng!

Fang - Korang nak panggil aku landak ke, potato ke, kentang goreng ke, Fely ke.. AKU TETAP LAGI POPULAR DARI KORANG! MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Bella - Hmm.. rasa menyesal pulak jemput si kentang goreng ni.. baiklah landak potato, kita ada soalan dari peminat, khas untuk landak potato

Fang - Apa soalan dia?

Faye - Soalan ini datang dari Princess Shadow.. soalan dia pula, apakah Fang cukup popular? Pernah tak nak lesapkan orang yang lagi popular dari Fang? dan kalau lobak merah hilang dari dunia, apa Fang akan buat?

Lily - SENANG AJE! LANDAK AKAN MENGAMUK TAK TENTU PASAL SEBAB TAK DAPAT MAKAN LOBAK! MIAHAHAHAHAHA!

Fang - Bolehlah jawapan tu tapi ada aje makanan lain yang boleh gantikan lobak merah. Apa-apa pun, lobak merah tetap nombor satu, terutama sekali DONUT LOBAK MERAH! Balik nanti aku nak pergi beli donut lobak merah banyak-banyak.. hehehehe

Bella - Daripada kau fikirkan tentang kekasih hati donut lobak merah kau tu, baik kau jawab soalan tadi

Fang - Yelah Bella kononnya awesome. Jawapan untuk soalan tadi, ya.. aku sudah cukup popular! Lebih popular daripada Boboiboy

Faye - Haih, bilalah dia nak sedar yang Boboiboy lagi popular dari diri dia

Bella - Sampai bila-bila pun dia tak kan sedar..  wei landak, cepat jawap soalan lagi satu tu, pernah tak rasa nak lesapkan orang yang lagi popular dari kau

Fang - Lesapkan orang? Hmmm... tak pernah terfikir tapi kalau aku lesapkan Boboiboy, mungkin aku yang akan jadi WATAK SUPERHERO YANG UTAMA! MUAHAHAHAHA!

Lily - HAHAHAHAHA! Kuat betul imaginasi landak tapi BBB-CHAN TETAP NOMBOR SATU! Dan dia tidak akan lesap! 

Fang - Apa-apa ajelah. Ada soalan lagi tak?

Faye - Ada. Soalan ini datang dari Princess Kim Hyuri. Soalan dia, kenapa Fang panas baran?

Lily - Sebab landak asyik kena marah dengan kapten itik hot, sebab tu dia panas baran.. hehehehehe

Fang - Bolehlah dengan jawapan tu

Faye - Ada lagi soalan dari dia, kalau dia cakap Boboiboy lagi popular dari Fang, apa Fang akan buat dan soalan yang terakhir, apakah warna kegemaran Fang?

Fang - Aku akan bertenang dan cari jalan untuk menjadi lebih popular daripada Boboiboy.. hahahahaha! dan warna kegemaran aku adalah ungu

Lily - Warna kegemaran BBB-CHAN ADALAH OREN!

Fang - Sibuk aje si pelik ni

Lily - Tak boleh ke Lily nak sibuk sekali? Peminat BBB-CHAN mesti nak tahu warna kegemaran dia juga kan kan kan

Fang - Tapi episode kali ini tentang aku bukan tentang si BBB-CHAN tu

Lily - Hehehe.. ok landak. BBB-CHAN hari ni ada masak bihun goreng. Lily ada makan tadi. Sedap dia masak

Fang - Woi! Bukan aku dah cakap ke tadi, episode kali ini tentang aku

Lily - Alaaa... Lily nak cerita sahaja apa yang BBB-CHAN buat tadi

Fang - Ada juga nak kena belasah ni

Bella - Amboi, ada hati nak belasah perempuan yea

Faye - Tau takpe Bella.. Fang ni, suka hati dia aje nak belasah sesiapa yang buat dia mengamuk

Lily - Kasihan Lily tau, asyik kena kejar dengan dia aje.. apa salah Lily terhadap landak yang tak berapa nak comel ni

Fang - Boleh dikatakan banyak kesalahan kau terhadap aku

Bella - Daripada kau belasah orang, apa kata kau lawan bola tampar dengan aku. 3 lawan 1

Fang - Woi! Mana adil macam tu.. tapi takpe, aku sorang sahaja pun boleh kalahkan korang! AKU AKAN GUNAKAN KUASA BAYANG AKU!

Lily - LANDAK MAIN TIPU!

Bella - Takpe Lily, dia main tipu pun.. kita tetap akan kalahkan dia.. MUAHAHAHAHAHAHA!

Faye - Adeh.. pening kepala aku dengan korang. Maaf yea para penonton. Rasanya sampai disini sahaja episode kali ini. Dia orang nak pergi berlawan bola tampar dah tu... Saya Faye, yang sentiasa tenang

Bella - Saya Bella, yang tak sabar nak kalahkan si landak potato

Lily - DAN saya pula LILY, yang suka tengok landak mengamuk sebab bakal kalah nanti.. hehehe

Fang - Sabar sabar.. kejap lagi aku belasah dia orang cukup-cukup

Faye - Hehehe.. tetamu kita pada episode yang seterusnya adalah KAK LYNNA! Jumpa lagi semua!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Emmy - Itu abang Fely ke? 

Trio Huru-HaraWhere stories live. Discover now