Probe

111 8 2
                                    

Probe - SELAMAT DATANG KE RANCANGAN EDISI MALAM MINGGU!

Bella, Faye & Lily - INI RANCANGAN TRIO HURU-HARA LAH!

Probe - Eh.. silap pulak.. hehehe.. maaf yea

Bella - Amboi, rindu nak jadi host balik ke?

Probe - Memang rindu tapi malangnya encik bos saya cakap, saya tak boleh guna markas kotak. Markas itu hanya untuk merancang rancangan jahat encik bos saya. Dia takut kalau rahsia rancangan kita dibocorkan oleh adiwira Pulau Rintis

Faye - Hehehe.. tapi sepanjang rancangan Edisi Malam Minggu, tiada rahsia yang dibocorkan

Probe - Itu sebab encik bos takde rancangan lagi... hehehe... eh lupa pula. Apa kata korang bertiga kenalkan diri dulu sebelum kita berborak santai

Bella - Hah! Baik betul Probe ni.. Hai! Saya Bella.. sayalah ratu bola tampar! 

Faye - Saya Faye! Saya ratu fashion

Lily - DAN SAYA PULA LILY! Ratu  dihati BBB-CHAN.. hehehehe

Probe - Amboi, siap ratu lagi yea.. bila korang nak bersama

Lily - Alaa.. malulah nak jawab soalan tu tapi Lily yakin, mungkin mengambil masa yang lama untuk bersama dengan BBB-CHAN!

Bella - Hahaha.. terlalu yakin kawan kita si pelik ni. So Probe, tak teringin ke menjadi host Edisi Malam Minggu semula

Probe - Teringinlah juga tapi kena cari tempat yang sesuai

Lily - Wuuuu.. Lily tahu! MAKMAL RAHSIA AMMY YANG LUAS DAN SERBA CANGGIH TU!

Faye - Itu pun kalau Emmy bagi. Lagipun makmal tu kan rahsia. Kenapa kita perlu guna makmal tu

Bella - Nanti ada juga yang mengambil kesempatan untuk mencuri ciptaan Emmy contohnya ADUDU!

Lily - Err... tak terfikir pula.. hehehe

Probe - Makmal Emmy memang canggih. Pernah masuk makmal dia. Sangat menakjubkan! Ciptaan dia lagi hebat daripada encik bos

Faye - Kalau Emmy nak ambik Probe jadi robot dia? Adakah Probe sanggup tinggalkan encik bos?

Lily - Wuuuu.. soalan yang bagus

Probe - Nak tu.. nak lah juga tapi disebabkan kesetiaan ku terhadap encik bos ku, saya sanggup bersama dengan encik bos tak kira susah ataupun senang. Setiap kejahatan atau kebaikan yang encik bos lakukan, aku tidak akan tinggalkan dia

Bella - Bagus betul Probe ni. Memang robot yang sangat taat kepada tuannya. Kita ada soalan dari peminat rancangan ini. Soalan ini datang dari princess kim hyunri. Soalan dia, apakah perasaan Probe bila ada encik bos macam Adudu? dan soalan yang terakhir, pernah tak terfikir nak belot Adudu

Probe - Perasaan saya sangat terharu sebab ada juga yang sanggup mengambil saya walaupun saya ini hanyalah robot tidak sehebat mana. Walaupun tak sehebat mana, saya tetap akan buat yang terbaik untuk encik bos saya. Belot tu.. tak pernah belot encik bos saya. Kalau saya belot pun, mungkin untuk kebaikan encik bos saya. Tak kira macam mana pun, saya akan tetap berkhidmat dengan encik bos! 

Lily - HIDUP ENCIK BOS!

Probe - HIDUP ENCIK BOS!

Bella - Tetiba pulak.. adeh.. Jadi Probe memang tak nak hidup bebas dari Adudu lah ni?

Probe - Tak kot.. kalau tidak, dengan siapa lagi yang nak ketuk kepala saya, baling cawan tin dekat kepala saya, selalu kena marah dengan encik bos, selalu buat kerja jahat demi encik bos.. dia lah encik bos ku yang terbaik walaupun hati dia tak berapa nak baik, nakal sahaja

Faye - Aloloo... sayang betul Probe dekat Adudu yea

Bella - So, encik bos Adudu memang benarkan Probe datang ke sini untuk menjadi tetamu rancangan Trio Huru-Hara

Probe - Sebenarnya.. hehehehe... dia tak tahu pun

Lily - Wuuuuu.. datang sini senyap-senyap yea!

Probe - Dia tak sedar sebenarnya. Encik bos tengah syok sangat buat sesuatu

Fang - HAH! Tengah buat rancangan jahat lah tu!

Probe - Mana ada! Dia tengah masak nasi goreng tapi tak berapa nak menjadi.. hehehee.. takde pula dia paksa saya buatkan nasi goreng untuk dia. Adehh.. rasa kecik hatilah pula

Fang - Boleh percaya ke tu

Lily - Aloloo.. kasihan dia. Probe jangan risau. Nanti Lily buatkan plushie Adudu, khas untuk PROBE!

Probe - WOAH! SERONOKNYA! Terima kasih Lily kerana sudi ceriakan saya

Bella - Probe ni memang robot yang ada perasaan yea

Probe - Kenalah ada, kalau tidak.. nanti saya jadi robot yang membosankan kerana takde perasaan langsung. Nanti langsung tiada perasaan simpati terhadap encik bos saya. Mesti dia sedih, rasa kosong, takde kawan dan siapa lagi nak hiburkan hati encik bos ku kalau bukan saya sendiri

Lily - UWAAA! Kesetiaan Probe kepada encik bos kepala kotak, memang menakjubkan. Lily sendiri terharu dengan korang berdua

Probe - Rasa macam nak balik ke markas kotak aje.. takut dia cari saya pula

Bella - Hmm.. baliklah.. pulanglah ke pankuang encik bos kamu

Probe - kalau begitu, saya balik dulu... ENCIK BOS! SAYA NAK BALIK DAH NI! MARI SAYA BUATKAN NASI GORENG ISTIMEWA ENCIK BOS!

Faye - Hehehee.. comel betul si Probe tu. Baiklah semua, sampai di sini sahaja episode kali ini. Saya Faye

Bella - Saya Bella!

Lily - DAN SAYA PULA IALAH LILY! Episode yang seterusnya, kita akan menjemput landak istimewa iaitu LA FANDAK LA FANG!

Fang - NAMA AKU FANG AJELAH! Oh yea.. BYE SEMUA!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trio Huru-HaraWhere stories live. Discover now