BAB 3: KEBERANIAN

27 10 0
                                    

"Tak, ini semua fitnah! Kami memang berada di pejabat sepanjang masa itu." Kata Tengku Alia. Dahinya sudah berkerut, tangannya digemgam erat dan matanya memandang Inspektor Syafiq dengan pandangan sayu.

"CCTV tidak akan menipu.."

"Malainkan ada orang yang menggodamnya.." Kata Tengku Alia sambil menyambung ayat Inspektor Syafiq itu. Inspektor Syafiq mula mengeluh panjang, kemudian sesi soal siasat bersama Tengku Alia tergendala buat seketika, disambung dengan soal siasat bersama Tengku Ilias. Tengku Alia mulai keluar daripada bilik soal siasat itu, kelihatan rakan-rakannya setia menunggunya untuk mengetahui apa yang telah berlaku tadi. Rakan-rakannya yang terduduk di atas kerusi yang telah tersedia tadi mulai bangun berdiri dan Tengku Alia mula menghampiri rakan-rakannya itu.

"Jadi macam Mana?" Tanya Tengku Ilias, dia memandang Tengku Alia dengan pandangan risau.

Tengku Alia mengeluh seketika kemudian memulakan bicara, "diorang ada video CCTV yang menunjukkan kita telah merancang satu kes pembunuhan yang menggunakan Kotak Hitam di dalam sebuh kereta, dan pemandu itu telah meninggal dunia akibat letupan itu."

"Apa? Bila masa Kita buat semua itu?" Tanya Tengku Putra dengan rasa sedikit marah sambil mencekak pinggangnya dengan menggunakan kedua belah tangannya.

"Pada jam 0900 malam, 5 hari bulan 5, Insp.Syafiq beritahu yang kita tidak ada di pejabat kita pada masa itu." Terang Tengku Alia sambil mengecilkan matanya dan mengerutkan dahinya tanda dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku sekarang.

"Aiiii,ini sudah melampau! Meh sini biar saya ajar si Tuan Inspektor tu!" Kata Tengku Ilias sambil melipat pergelangan bajunya tanda mahu memulakan pertumbukan dengannya. Tetapi segera dihalang laluannya oleh Tengku Ilias dan Tengku Daud.

"Sabo bang sabo. Janganlah dikeruhkan lagi keadaan." Kata Tengku Ilias Cuba memujuk rakannya yang cepat panas baran itu dengan mengusap belakang badan Tengku Ilias manakala Tengku Daud pula beristifar di sebelah Kanan telinga Tengku Ilias, "Astarfirulallahhalazim... Astarfirulallahhalazim.." terus Tengku Ilias mulai bertenang lalu dia mulai terduduk di tempatnya tadi.

"Sabar Ilias, kawal kemarahan tu, sesungguhnya kemarahan itu datangnya daripada Syaitan. Ketenangan itu datangnya daripada Allah, jadi jika semasa berdiri sedang marah, maka duduklah dan mula beristifar sehinggalah kemarahan awak itu reda." Kata ketua mereka, Tengku Sulaiman sambil berdiri bertentangan dengan muka Tengku Ilias. Otaknya memang luar biasa, segala maklumat dan ilmu yang dicurahkan kepadanya, semuanya akan dia ingat sampai bila-bila. Termasuklah semua peristiwa yang pernah berlaku dihadapannya mahupun tidak disedari olehnya.

"Okay, Terima kasih Sulaiman." Kata Tengku Ilias sambil tersenyum sinis bertanda kemarahannya sudah mulai beransur pergi.

Selepas beberapa jam, keempat-empat ahli Pasukan Khas Elit telah pun selesai disiasat, hanya Tengku Sulaiman sahaja yang masih belum disoal siasat.

"Saya tak puas hati betullah dengan pegawai tu, apa nama dia?!" Kata Tengku Daud dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Inspektor Syafiq." Balas Tengku Alia perlahan.

"Aiiii, dia tu memang nak cari nahas betullah! Dah kita kata kesemuanya palsu dan fitnah semata-mata, boleh pula dia tidak percaya kata-kata kita." Kata Tengku Ilias tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilontarkan oleh Inspektor Syafiq sebentar tadi.

"Tu lah, kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja saya menumbuk muka si Inspektor Syafiq tu! Biar gigi dia berterabur jatuh di atas lantai sehingga malu mahu meneruskan siasatan yang tidak masuk akal ini!" Kata Tengku Putra sambil menendang pintu dihadapannya itu untuk melepaskan kemarahannya.

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXWhere stories live. Discover now