BAB 5: MARKAS RAHSIA

37 10 0
                                    

Selepas lama berjalan menaiki kereta mereka, Pasukan Khas Elit telah tiba di sebuah lokasi misteri. Kelihatan seperti sebuah Muzium lama yang sudah ditinggalkan selama beberapa tahun lepas. Kelima-lima Pasukan Khas Elit itu mulai keluar daripada kereta mereka, mereka l sungguh terkejut apabila melihat struktur bangunan Muzium yang kelihatan seperti sebuah bangunan terbiar.

"Apa kita mahu buat di sini?" Tanya Tengku Ilias kepada Ketuanya. Ketuanya hanya memberikan senyuman tanpa apa-apa riaksi selain daripada ceria.

"Mari sini semua." Kata Tengku Sulaiman kepada ahlinya. Mereka berempat pun mulai berjalan menghampiri Tengku Sulaiman. Sesampai sahaja mereka berdekatan dengan kedudukan Tengku Sulaiman berada, terus Tengku Sulaiman menyerahkan satu benda kecil kepada ahlinya. Benda itu berbentuk bulatan kecil. Alat itu tidaklah kecil mana, warnanya berwarna hitam dan perlu diletakkan di bahagian belakang cuping telinga. Selepas seseorang meletakkan benda itu di belakang cuping telinga, ia akan terus melekat seperti gam yang kuat. Ia berfungsi sebagai pengesahan identity seseorang.

"Lepas tu?"

"Ikut saya."

Mereka mulai memasuki Muzium itu, apabila tiba di hadapan pintu masuk Muzium itu, langkah Tengku Sulaiman dan rakan-rakannya terhenti.

"Kenapa ni?"

Tengku Sulaiman meletakkan ibu jari tangan kirinya di atas sebuah benda bulat di sebelah pintu masuk Muzium yang kelihatan sudah lama terbiar. Terus dengan tiba-tibanya cap ibu jarinya diimbas. Kemudian keluar satu pancaran cahaya untuk mengimbas pengesahan identiti. Cahaya itu terus mengimbas seluruh anggota badan Tengku Sulaiman, berserta dengan rakan-rakannya sekali. Selepas beberapa saat diimbas, tiba-tiba, alas kaki yang kelihatan seperti lusuh itu terbuka dan menunjukkan lubang hitam yang besar, terus kelima-lima mereka terjatuh ke dalam lubang itu. Keempat-empat ahli yang lain sedang menjerit ketakutan manakala Tengku Sulaiman hanya membuat muka selamba sambil membaca sedikit nota yang terselit di dalam poket blazernya.

Selepas beberapa saat mereka terjatuh tidak henti-henti, mereka dikejutkan apabila terlihat tangan-tangan robot di sekeliling mereka sedang bergerak-gerak. Ada yang memegang kasut bertapak getah berwarna hitam, ada yang memegang secawan White Coffee panas, ada yang memegang kaca mata Blue Korean, suit putih saintis, sarung tangan hitam yang ketat dan muat-muat dengan saiz tapak tangan mereka semua lalu disarungnya dengan penuh rapi dan cermat serta selamat di seluruh tubuh badan mereka. Secawan White Coffee pula telah dipegang oleh mereka semua. Selepas selesai pemakaian pakaian yang bersesuaian, mereka telah terjatuh di atas sebuah sofa yang berlainan warna serta empuk.

Tengku Sulaiman terduduk di atas sofa berwarna merah, Tengku Alia terduduk di atas sofa berwarna ungu, Tengku Ilias terduduk di atas sofa berwarna hitam, Tengku Putra terduduk di atas sofa berwarna kuning dan Tengku Daud terduduk di atas sofa berwarna biru muda. Selepas selamat mendarat di atas sofa yang empuk itu, sofa itu bergerak ke arah suatu tempat rahsia mengikut arahan yang telah diprogramkan oleh Tengku Sulaiman.

Mereka semua terpegun melihat suasana di sekitar kawasan itu. Sungguh lengkap dengan teknologi dan inovasi terkini dari seluruh dunia.

"Macam mana awak boleh Bina tempat ini ketua?" Tanya Tengku Daud kepada ketuanya.

"Sebernanya, ini merupakan salah satu kemudahan prasarana yang disediakan oleh Perdana Menteri Kita secara rahsia. Idea ini juga merupakan gabungan antara saya dan beliau. Hanya kami berdua sahaja yang tahu mengenai ini semua." Jawab Tengku Sulaiman dengan nada sedikit gembira sambil menghirup sedikit secawan White Coffee yang panas lagikan KAW! itu.

"Sampai hati awak tidak beritahu kami semua." Kata Tengku Alia dengan nada sedikit sedih.

"Nak buat macam mana, jika saya beritahu awak semua fasal ini, habislah tempat ini akan jadi bersepah dan tunggang langgang. Sama seperti apa yang awak semua lakukan pada pejabat kita yang lama itu." Kata Tengku Sulaiman dengan nada sedikit menyindiri ahli pasukannya. Ahli pasukannya hanya berdiam diri dan menunduk malu sambil menikmati secawan Hot's White Coffee.

Selepas lama berborak, akhirnya mereka telah tiba di suatu pintu bilik kebal. Kebiasaanya, orang kenamaan akan menggunakannya untuk menyimpan sesuatu barang berharga seperti emas, berlian, longkong dan duit yang banyak. Tetapi Tengku Sulaiman telah mengubah tempat itu menjadi bilik perbincangan rahsia secara rasmi bersama beberapa orang kenamaan ataupun jika mahu membincangkan suatu topik yang agak SULIT. Pintu bilik kebal itu tangkas terbuka selepas Tengku Sulaiman meletakkan tapak tangan kanannya di atas tempat Scan Identity yang berada di tengah-tengah bulatan tersebut. Mereka pun mulai memasuki tempat itu, selepas mereka mula memasuki tempat itu, terus pintu bilik kebal itu tertutup rapi beralaskan laser merah dan ditutupi dengan pintu yang diperbuat daripada aloi yang sangat kuat daripada teras bumi. Sofa itu pun mula berhenti di kedudukan yang telah diprogramkan oleh Tengku Sulaiman. Mereka pun duduk berkumpul di sebuah meja panjang yang agak berteknologi tinggi, yang pasti ianya bukanlah buatan Malaysia.

"Sedapnya White Coffee ini! Di mana awak membelinya?" Tanya Tengku Daud sambil menghabiskan sisa air yang tinggal di dalam cawannya itu.

"Coffee ini mana ada dijual di pasaran, saya membuatnya sendiri menggunakan ramuan yang saya cipta sendiri." Jawab Tengku Sulaiman sambil meletakkan cawannya di sebelah Kiri sudut mejanya itu.

Mereka semua terpegun akan kepintaran ketua mereka di dalam menghasilkan ramuan White Coffee yang sedap itu.

"Patutlah sedap."

"Ketua memang hebat!"

"Sudah, letak ke tepi dahulu Coffee awak semua itu, mari kita mulakan perbincangan kita pada hari ini." Kata Tengku Sulaiman sambil menekan-nekan butang yang berada di hadapannya. Terus terpapar sebuah skrin besar di atas meja panjang itu. Kesemua maklumat yang diperlukan telah siap terpapar di skrin itu.

"Seperti yang kamu semua tahu, kejadian kereta meletup disebabkan Misteri Kotak Hitam seeing terjadi di kawasan ini, ini, ini, ini dan ini." Kata Tengku Sulaiman sambil menunjukkan beberapa kawasan di atas peta yang besar dan luas terbentang di atas meja panjang itu.

"Kebiasaanya letupan berlaku di dalam lingkungan jarak 10 kilometer dari setiap kawasan itu." Kata Tengku Alia sambil menambah beberapa maklumat yang diketahuinya.

"Perbezaan masa pula hanya 5 minit sahaja daripada kebiasaannya." Kata Tengku Ilias dengan wajah sedikit serious.

"Boleh tak saya mahu lihat kamera CCTV di tempat ini?" Tanya Tengku Putra kepada Tengku Sulaiman. Tengku Sulaiman hanya mengangguk kecil sambil menekan-nekan butang yang berada di sebelahnya lalu muncullah kamera CCTV yang diminta oleh Tengku Putra. Tengku Putra memerhati CCTV itu dengan penuh teliti.

"Ini merupakan antara Profile File Identity mangsa letupan Kotak Hitam." Kata Tengku Sulaiman dengan memaparkan data kesemua mangsa letupan Kotak Hitam itu di hadapan meja panjang itu. Data maklumat itu boleh dibaca dan dipegang, data itu hanya terduduk statik secara bulatan. Tengku Ilias mencapai salah satu data maklumat mangsa di hadapannya lalu membacanya.

"Nama mangsa, Muhammad Nawaz Osama Wildan bin Haji Tajuddin. Berumur, 20 tahun. Berkerja sebagai Pegawai Syariah Islam. Mangsa dikatakan hangus dan meninggal dunia pada jam 1105 malam. Kematian mangsa disahkan oleh Doktor Saiful Islam di Hospital Shiraz pada jam 1145 malam." Kata Tengku Ilias.

"Peliknya nama mangsa itu." Kata Tengku Daud sambil tergelak kecil.

"Jangan dengar hanya pada perkataan tetapi fahamilah juga maksud disebalik nama-nama mereka." Kata Tengku Sulaiman sambil memandang ke arah Tengku Daud sambil menyilangkan kedua belah tangan dan kakinya.

"Err, apa maksud awak?"

"Nawaz bermaksud Putera, Osama bermaksud singa, Wildan bermaksud anak lelaki syurga dan Tajuddin bermaksud  Mahkota Agama." Terang Tengku Sulaiman kepada Tengku Daud.

"Ouh....hebatnya maksud namanya!"

Kata Tengku Daud dengan perasaan sungguh teruja.

"Tengok ni semua!" Jerit Tengku Putra dengan jeritan yang kuat. Sungguh, ada sesuatu yang menggemparkan mereka semua.

Apakah yang digemparkan sangat itu?

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon