BAB 9: SAKSI

24 9 0
                                    

"Ring! Ring!"

Bunyi deringan telefon pejabat Arham. Setelah mendengar bunyi deringan itu,terus dia mencapai lnya lalu menjawab panggilan itu.

"Pegawai Arham di sini, boleh saya bantu?"

"Tuan, tolong turun ke lobi sekarang. Kami telah menjumpai saksi mengenai kes MISTERI KOTAK HITAM itu." Jawab salah seorang pegawai penjaga pintu di Ibu Pejabat Balai Polis itu. Maya Arham membulat.

"Apa? Siapa dia?"

"Kami masih cuba mengenal pasti identiti saksi secepat yang boleh namun kami masih memerlukan bantuan Tuan di bawah ini. Keadaan agak huru-hara dengan kehadiran para wartawan di luar ini."

"Baiklah. Saya akan ke sana sekarang." Arham mencapai blezer hitamnya dari kerusi tempat duduk lalu berjalan laju menaiki lif turun ke lobi. Setibanya sahaja dia di lobi, pihak polis yang cuba menghalang para wartawan itu dari memasuki Ibu Pejabat Polis terlepas lalu menggerumuni Tuan Arham.

"Tuan Arham!"

"Boleh Tuan berikan sedikit, komen?"

"Siapakah saksi, itu?"

"Bukankah kes ini telah ditamatkan beberapa hari lalu, mengapa tiba-tiba mahu menyiasatnya kembali?"

"Maafkan saya, tiada komen." Balas Tuan Arham. Dia cuba mahu melepaskan diri daripada para wartawan itu namun dia tidak dapat bergerak walau selangkah pun. Soalan bertubi-tubi diajukan oleh mereka. Para pegawai polis yang lain cuba membantu Tuan Arham melepaskan diri daripada mereka. Selepas beberapa minit, akhirnya, Tuan Arham berjaya pergi ke arah saksi di bilik ruangan menunggu. Dia terkejut setelah memasuki bilik itu, kelihatan seperti seorang budak perempuan berkaian seperti murid sekolah rendah berumur dalam lingkungan tujuh tahun berpangkat pengawas sekolah. Budak itu duduk di atas sofa berwarna hitam, pakaiannya lusuh dan terdapat sedikit kesan darah pada tudung dan lengan baju kurung sekolahnya yang berwarna biru muda itu. Budak itu menggigil ketakutan, wajahnya ditutup oleh sebuah bantal kecil ditangannya. Tuan Arham berjalan perlahan menuju ke arahnya. Dia terus duduk berhadapan dengannya lalu mulai berbual.

"Apa nama kamu?" Tanyanya perlahan dengan nada lembut. Kamera litar tertutup yang berada di setiap sudut di dalam bilik kecil itu sedang aktif merakam perbualan mereka dan sedang ditonton oleh pegawai lain. Dia meletakkan telefonnya di atas meja diantara dia dan saksi itu. Telefon itu sedang dirakam olehnya dan juga sedang didengari oleh Sulaiman secara rahsia.

"Alia.." Jawabnya perlahan. Dia tidak mahu menunjukkan wajahnya kerana terlalu takut. Apa yang menakutkannya pula tidak diketahui.

"Baiklah, Alia. Saya Captain Inspector Arham. Boleh saya tahu apa yang telah berlaku kepada awak?" Katanya sambil memperkenalkan dirinya secara terus kepada Alia. Alia tidak dapat berkata apa-apa, dia terlalu takut untuk bercakap. Arham cuba untuk menenangkannya."Jangan risau, di sini. Tiada sesiapa mampu menyakiti kamu. Saya ada." Namun, kata-katanya juga tidak mampu untuk menenangkannya. Dia semakin ketakutan. Arham cuba memikirkan sesuatu untuk menenangkannya dengan cepat sebelum hari menjelang siang kerana Alia masih lagi budak di bawah umur. Jika berlaku apa-apa, ibu dan bapanya boleh menyaman pihak polis. Tiba-tiba, juniornya, Salman, berkomunikasi dengannya melalui telefon kecil di dalam tekinganya lalu berkata, "Tuan, boleh saya mahu berikan cadangan?" Arham mengangguk, Salman menyambung kata-katanya, "disebabkan dia masih lagi budak sekolah, mungkin dia agak menyukai benda-benda comel ataupun lagu-lagu comel. Kerana, kalau diikutkan kefahaman dan teori saya, kebanyakkan budak-budak sekolah menengah agak menyukai lagu-lagu zaman dahulu yang kedengaran comel seperti lagu kanak-kanak? Cuba Tuan nyanyikan salah satu lagu itu kepadanya, mungkin lagu itu mampu menenangkannya?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXWhere stories live. Discover now