BAB 4: BANGUNAN DISITA?

31 9 0
                                    

"Ketua, rumah awak tidak boleh diduduki lagi. Di mana awak akan tinggal buat sementara waktu?" Tanya Tengku Daud kepada ketuanya.

"Mungkin saya akan pergi menyewa hotel buat sementara waktu ini." Kata Tengku Sulaiman sambil memberhentikan langkahnya.

"Buat apa bazirkan duit jika Ketua ada kami?" Tanya Tengku Ilias sambil tersenyum kepada ketuanya, begitu juga dengan ahli-ahli yang lain.

"Maksudnya?"

"Jika awak mahu, saya boleh tumpangkan rumah..."

"Terima kasih, tetapi keadaan sekarang agak merbahaya untuk kita semua..."

"Janganlah serious sangat Ketua! Kami memang mahu membantu awak! Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing." Kata Tengku Putra sambil meletakkan tangan kanannya di bahu Tengku Sulaiman. Tengku Sulaiman memandang wajah Tengku Putra dengan penuh serious. Namun begitu, personalinya mula berubah sedikit demi sedikit menjadi seorang yang peramah.

"Tumpanglah rumah saya Ketua."

"Apa pula? Ketua rumah saya lebih awesome berbanding rumah dia!"

"Eh hello, excuse me? My home is much better than you all!".

"Amboi dia mula speaking English pula.."

Mulalah mereka bergaduh, pergaduhan mereka membuatkan fikiran Tengku Sulaiman menjadi serabut, namun dia cepat-cepat beristifar, 'Subahanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahhuakhbar' lalu terus hatinya mulai tenang dan fikirannya sudah mula beransur baik. Terus dia berkata, "Terima kasih atas pertolongan awak semua tetapi biarlah saya duduk di rumah sewa ataupun hotel buat sementara waktu ini.

"Are you sure about this Sulaiman?" Tanya Tengku Alia sambil memandang wajah Tengku Sulaiman dengan penuh risau.

"Yes, I pretty sure. Terima kasih ya semua." Balas Tengku Sulaiman sambil tersenyum riang di hadapan keempat-empat rakannya itu. Rakannya itu membalas kembali senyuman Tengku Sulaiman itu dengan senyuman paksa bercampur risau Dan bercampur reda.

"Awak jangan risau fasal isteri awak, pihak polis Bukit Aman sedang mengawasinya dengan kawalan yang paling ketat." Kata Tengku Ilias sambil kedua-dua keningnya ditunjukkan gaya orang sedang marah manakala mulutnya tersenyum sambil memberikan kata-kata semangat kepada Tengku Sulaiman untuk melegakan sedikit sebanyak kerisauan yang sedang berkumpul di dalam setiap pelusok hatinya itu.

"Baiklah, tetapi......bagaimana pula dengan.....Salsabela..." Tanya Tengku Sulaiman gumannya seorang diri.

Tengku Puteri Akifah Salsabela Aleea Celia Erum Semira binti Tengku Sulaiman atau gelarannya, Salsabela merupakan anak perempuan pertama Tengku Sulaiman. Sungguh, nama anaknya memang panjang berserta dengan maksudnya yang tersendiri.

"Jangan risaulah, kami akan berusaha bersama-sama awak untuk selamatkannya. In Shaa Allah." Kata Tengku Alia memberikan kata-kata semangat kepada Tengku Sulaiman. Mereka pun mulai pulang ke rumah masing-masing manakala Tengku Sulaiman mencari tempat tinggal di sebuah hotel biasa yang mempunyai hanya satu bintang. Harganya juga tidaklah terlalu mahal malah, perkhidmatan yang disediakan amatlah baik dan cemerlang.

...

Keesokannya di Pejabat Pasukan Khas Elit Malaysia, Tengku Sulaiman datang ke pejabatnya seperti selalu pada jam, 0700 pagi, kelihatan seperti Ada beberapa pegawai datang menyerbu ke dalam pejabat mereka lalu Tengku Sulaiman berlari memecut ke hadapan untuk mengetahui apa yang sudah terjadi .

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXDonde viven las historias. Descúbrelo ahora