BAB 7:SERANGAN HENDAP

22 10 1
                                    

"Lepaskan saya!"

"Tolong, Sulaiman sudah hilang kawalan!" Jerit Tengku Putra dengan kuatnya.

"Qamah! Dengar tak? Saya di sini, saya akan selamatkan awak!" Jerit Sulaiman dengan kuatnya ke arah bangunan Hospital yang terbakar itu. Dia meronta-meronta minta dilepaskan, seluruh tubuh badannya dipegang erat oleh ketiga-tiga rakan-rakannya. Selepas beberapa minit, dia mulai berhenti melawan dan berdiam diri buat seketika. Apabila tiga orang rakannya itu melihat riaksi Sulaiman yang sudah mulai reda, mereka mula melepaskan tubuh Sulaiman. Terus dia terduduk di atas tanah, kemudian, dia terus menangis.

"Ketua?" Tegur Tengku Alia kepada Sulaiman dengan nada sedikit kecewa. Dia amat memahami perasaan ketuanya itu, betapa sedihnya hati apabila orang yang Kita sayang mati dihadapan mata kita sendiri. Selepas beberapa saat, tiba-tiba penjahat itu menalefon semula Sulaiman, Sulaiman mengangkat telefonnya lalu diletakkan disebelah bahagian kanan tekingannya.

"Jangan awak berani lagi masuk campur hal kami. Jika tidak, kami akan hapuskan satu persatu orang yang awak sayang sehinggalah awak tidak dapat berbuat apa-apa lagi." Kata penjahat itu, dia memberi amaran tegas kepada Sulaiman supaya operasi penyeludupan dadah serta senjata haram mereka berjalan dengan lancar. "Jumpa lagi, sahabatku." Katanya lagi sebelum mematikan talian telefonnya. Sulaiman menjerit dengan sekuat hatinya kerana marah serta kecewa dengan penjahat itu. Tergamak dia melakukan perkara seperti ini terhadapnya.

.....

Sulaiman berjalan berseorangan di sebuah jalan lama bagi mengingati kembali kisah silamnya serta kenangan bersama isterinya buat pertama kali. Pada waktu itu, Sulaiman berumur 19 tahun manakala isterinya berumur 18 tahun. Mereka merupakan junior and senior di sebuah Universiti M.A.R.A. dan menuntut bidang yang sama iaitu, perundangan Law and Education. Sewaktu Qamah mahu menyelesaikan assignment berkaitan undang-undang, dia perlukan seseorang yang berpengalaman bagi melatihnya menjadi pendakwa raya yang hebat. Pada waktu itulah pensyarahnya menyuruh Qamah pergi berjumpa dengan Sulaiman.

"Assalamualikum, maafkan saya. Awak Sulaiman ke?" Tanya Qamah kepada Sulaiman yang sedang makan Nasi Ayam Madu berserta air sirap ais di Kafeteria. Namun, Sulaiman tidak mengendahkan pertanyaannya dan hanya fokus kepada makanannya. Qamah yang menjadi pemerhati dari tadi tergumam apabila melihat gelagatnya yang sedikit sombong. Qamah mengabaikan sahaja perasaannya yang tidak berpuas hati itu kemudian terus ke soalan utamanya. "Prof. Azwan Ada mencadangkan nama awak pada saya, dia kata awak antara pelajarnya yang paling TERBAIK di dalam jurusan undang-undang. Boleh tak kalau awak bantu saya membuat demonstrasi Pendakwa Raya?"

Sulaiman berhenti mengunyah makanannya kerana tersentak apabila seorang pelajar junior meminta bantuannya. Sulaiman ini antara pelajar Universiti yang mendapat biasiswa khas kerana keputusan setiao ujian semesternya yang sangat membanggakan! Setiao kali ujian, dia sentiasa menjadapat pointer 4.00 ataupun digelar, 4 Flat. Namun, dia bukankah seseorang yang mampu didekati kerana sifatnya yang suka menyendiri itu. Dia bangun daripada tempat duduknya dan mengambil beg galasnya serta berlalu pergi tanpa mengucapkan apa-apa.

"Tunggu dulu! Kemana awak mahu pergi?" Tanya Qamah dengan perasaan sedikit marah kerana tidak dipedulikan langsung. "Awak sudi ataupun tidak?"

Namun Sulaiman tidak menjawab pertanyaan Qamah itu, dia hanya berlalu pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan satu patah perkataan daripada mulutnya.

"Ewah Ewah....dia ingat dia tu siapa? Mentang-mentanglah pelajar TERBAIK, dia boleh pergi macan itu sahaja? Sombong betul!" Kata Qamah ingin meluahkan isi hatinya yang marah dan panas itu.

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXDonde viven las historias. Descúbrelo ahora