BAB 6: HOSPITAL TERBAKAR.

27 9 1
                                    

Tengku Putra menekan satu butang untuk memainkan sebuah video CCTV yang berdurasi 5 minit.

"Siapa itu?" Tanya Tengku Ilias sambil memandang teliti pada skrin di hadapan atas meja Tengku Putra. Tengku Putra dihimpit oleh rakan-rakannya yang lain untuk melihat video yang digemparkan sangat itu.

"Ish, berilah saya sedikit ruang!" Kata Tengku Alia sambil memarahi sedikit rakan-rakannya itu, terus mereka semua memberikan ruang sedikit kepada Tengku Alia untuk melihat video tersebut.

Kelihatan seperti ada seseorang lelaki memegang sejambak bunga di tangan kanannya, berpakaian black suit, topi hitam dikepalanya, kasut bertapak getah, bersarung tangan hitam pada kedua belah tapak tangannya dan memakai penutup hidung dan mulut berwarna hitam sedang menuju ke arah satu bilik wad sakit yang menempatkan isteri Tengku Sulaiman, iaitu Puan Istiqamah yang sedang berada di dalam keadaan kritikal.

"Sekejab, adakah video ini live?" Tanya Tengku Sulaiman sambil semakin mendekatkan wajahnya kepada skrin itu.

"Rasanya ini bukannya......alamak..." Kata Tengku Putra perlahan sambil memerhatikan masa, hari dan tarikh yang tertera secara automatic di sayap bawah sebelah kiri skrin itu. Lampu merah kecil sebesar jerawat itu berkelip-kelip berwarna merah bertanda video CCTV ini adalah live!

Semakin lama lelaki itu semakin menghampiri bilik wad Istiqamah. Kelihatan terdapat enam orang pegawai polis bersenjatakan dua pistol di kiri dan kanan sedang berkawal di kedua-dua belah pintu wad itu. Tiga berjaga di bahagian Kiri pintu manakala lagi tiga pegawai berkawal di bahagian kanan pintu wad itu.

"Sulaiman, isteri awak dalam..." Belum sempat Tengku Alia menghabiskan kata-katanya, kata-katanya tiba-tiba terhenti setelah terlihat apa yang Tengku Sulaiman sedang lakukan sekarang. Dia terus menyarungkan satu suit hitam pada tubuhnya, sarung tangan getah berwarna hitam pada kedua belah tapak tangannya, kasut bertapak getah berwarna hitam beralaskan stokin hitam, dan cermin mata hitam yang bergaya. Lagaknya seperti Artis Hindustan, Shah Ru Khan.

Pada jam 0135 petang, seusai sahaja umat Islam menunaikan solat fardu Zohor. Pasukan Khas Elit terus bergegas ke Hospital yang menempatkan isteri Sulaiman. Setiba sahaja mereka di hadapan pintu masuk hospital itu, mereka terlihat beberapa anggota polis mengawasi seluruh kawasan itu. Apabila melihatkan keadaan itu, terus Sulaiman berasa tidak sedap hati. Terus dia meluru berlari ke arah pintu masuk hospital itu. Diikuti dibelakangnya rakan-rakan ahlinya yang setia bersamanya. Namun begitu, mereka dihalang oleh beberapa polis yang berjaga di hadapan pintu itu dari membenarkan mereka memasuki hospital itu.

"Kenapa ini? Kami polis, sila beri kerjasama." Kata Putra dengan tegasnya kepada polis yang berjaga dihadapan pintu itu.

"Maaf, tetapi ini arahan dari pihak atasan. Tuan dan puan semua tidak dibenarkan memasuki tempat ini." Kata Syukri, koperal polis yang menghalang Pergerakan mereka berlima.

"Mengapa pula? Isteri saya berada di dalam sana! Saya perlu masuk ke dalam sana sekarang! Dia berada di dalam bahaya!" Kata Sulaiman dengan tegasnya. Dia cuba merempuh masuk ke dalam hospital itu namun dihalang oleh beberapa polis yang mengawal di pintu masuk utama.

"Sebab itulah Tuan dan puan semua tidak dibenarkan memasuki tempat ini!" Bakas Syukri dengan tegasnya kepada pasukan Khas Elit itu. Tiba-tiba mereka semua terdiam sebentar.

"Kenapa? Apa sedang berlaku di dalam?" Tanya Sulaiman dengan nada serious dan sedikit hairan kepada koperal Syukri. Syukri menundukkan wajahnya dari pandangan Sulaiman sebelum membalas pertanyaannya.

"Isteri Tuan...diletakkan bom Masa di bawah katilnya..." Kata Syukri dengan nada sedikit sedih. Wajah Sulaiman tiba-tiba bertukar menjadi terkejut. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. "Jika dia bergerak walaupun sedikit, dia akan letupkan tempat ini..."

THE MYSTERY OF THE BLACK BOXWhere stories live. Discover now