Jèòñģ Ýùñhò 3

1.3K 157 28
                                    

Aku menyangkutkan beg sekolah aku di bahu.

Baru sahaja aku nak keluar dari kelas, aku ternampak tanda nama Yunho terjatuh.

Aku mengutipnya lalu mencari Yunho.

Haih...mana pulak budak tinggi ni.

Mentang-mentanglah kaki panjang, terus hilang orangnya.

Aku menyimpan dahulu tanda namanya. Esok je lah aku bgi dia.

-

Aku menghempaskan tubuhku di atas sofa.

Aku memandang Mingyu Oppa yang sedang masak di dapur.

"Oppa tak bertugas ke malam ni?" Soalku.

"Tak." Jawab Mingyu Oppa.

Aku hanya menganggukan kepala lalu menutup mata aku.

Bagi aku tidur dululah. Nanti-nantilah aku tukar baju.

"Argh!" Aku mengerang kesakitan apabila ada benda berat duduk di peha aku.

Aku membuka mataku lalu memandang Mingyu Oppa yang duduk di peha aku.

"Yah! Oppa! Sakitlah!" Rungutku sambil menendang punggungnya.

"Argh! Sakitlah! Siapa suruh baring dekat sini. Oppa nak makanlah. Sana-sana" halau Mingyu Oppa sambil menolak aku jatuh dari sofa.

Aku memandangnya tajam.

"Makan dekat meja makanlah! Sini ruang tamu bukan tempat makan. Dah tak tahu ke meja makan dekat mana?" marahku.

"Biarlah. Oppa nak makn sambil tengok tv" balas Mingyu Oppa sambil menyuap nasi goreng yang dia buat.

Aku mengeluh berat.

Mingyu Oppa memandang aku selepas mendengar keluhan aku.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?"

"Oppa nak tahu tak, hari ni Minji buat benda yang mengarut sangat" luahku.

"Minji buat apa?" Soal Mingyu Oppa ingin tahu.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong.

"Oppa tak perlu tahulah" kataku dan berjalan masuk ke dalam bilik.

Mingyu Oppa hanya mengelengkan kepalanya lalu sambung menyuap nasi gorengnya kedalam mulutnya.

----------------

Aku mencapai ubat gigi yang berada di atas sinki.

Eh? Dah habis?

Aku rasa masih ada separuh semalam.

Wow...ajaibnya...

Aku menghempas berus gigi lalu keluar dari bilik dan menuju ke arah ruang tamu.

Aku berdiri di depan tv yang ditoton oleh kedua-dua Oppaku.

"Yah! Tepilah. Mak dia dah nak jumpa anak dia tu" marah Minjae Oppa.

Aku mencekak pinggangku.

"Siapa yang habiskan ubat gigi Minji?" Soalku geram.

Mata mereka meliar cuba tidak mahu bertentangan mata dengan aku.

Okeyyy... aku dah dapat tangkap penjenayahnya.

Aku melipat lengan baju aku lalu melompat di atas mereka berdua.

Aku mencekik leher mereka berdua.

"Arghh!!! Minjiii!!! Lepaskan Oppa!!! Oppa tak nak mati lagi!!!"

"Betul tu!! Oppa masih tak habis bayar hutang kereta tu oi!!"

------------

Aku meniup rambut depan aku lalu berjalan menuju ke market yang berdekatan dengan perasaan geram.

Huh! Dah habiskan bukan nak beli!

Aku berjalan seorang diri di jalan yang sangat sunyi.

Semasa dalam perjalanan ke sana, aku ternampak ada sekumpulan lelaki sedang melepak di bahagian tepi jalan yang aku akan lalu.

Aduh...habislah aku.

Macam mana aku nak ke sana? Kalau diorang kacau aku macam mana?😟

Okey. Tak pe. Kau bertenang je Minji.

Kalau ada apa-apa yang terjadi, aku telefon Mingyu Oppa je.

Minji Fighting.

Semakin jauh aku jalan, semakin dekat aku dengan sekumpulan budak lelaki itu.

Tapikan.

Aku macam kenallah diorang tu.

Lagi-lagi yang kaki panjang tu.

Hmm....

Aku mengecilkan mata aku cuba melihat wajah mereka lebih baik.

Oh!!

Patutlah aku macam kenal yang kaki panjang tu.

Yunho rupanya.

Huh. Sekarang aku dah tak takut lagi.

Ala...Yunho je kot.

Dia takkan apa-apakan aku sebab aku yeoja.

Aku berjalan di depan mereka dengan bangganya.

Aku hentikan langkahku betul-betul di depan Yunho.

Aku memandangnya dengan wajah tidak bersalah.

Dia pandang aku dengan wajah menjengkelkan.

"Kau lagi..." kata Yunho yang bosan melihat wajahku.

"Aku pun bosan tengok muka kau lah" balasku dengan jelingan.

Yunho mengeluh berat lalu mengerak-gerakkan tangannya yang bermaksud menghalau aku.

Walaupun dia menghalau aku, aku tetap berdiri disitu memandangnya.

"Kau nak apa lagi? Pergilah sana" halau Yunho lagi apabila aku masih tidak pergi-pergi.

"Sebelum aku pergi, aku nak cakap sesuatu dengan kau"

Dia memandang aku menanti apa yang aku ingin katakan.

"Berhentilah melepak macam ni. Nanti kena colek dengan orang jahat baru tahu" nasihatku.

Dia akhirnya berdiri lalu berjalan mendekati aku.

Aku yang keras kepala hanya berdiri di situ tidak bergerak ke mana-mana.

Jarak kami semakin rapat.

Aku pula masih berdegil tidak mahu bergerak dan berlagak berani.

Dia menundukkan sedikit tubuhnya bagi samakan paras wajah kami berdua.

"Suka hati akulah nak buat apa. Kau siapa nak nasihat aku. Aku dah besar lah" katanya dengan pandangan tajam.

Aku menolak tubuhnya ke belakang.

"Kau budak kecil lagilah. Tengok ni" aku mengeletek badannya.

Yunho hanya berdiri dan merenung wajah aku.

Tiada sebarang pergerakkan darinya selepas aku mengeletek badannya.

"Tak geli eh? Hehehehe...tak pelah aku pergi dululah." Kataku yang sudah manahan malu.

Selepas beberapa langkah, aku hentikan langkah aku sekali lagi.

Aku memandang Yunho.

"Yunho, tanda nama kau tercicir tadi. Aku nak bagi kau tadi tapi kau dah hilang. Esok aku bagi kau balik" kataku lalu sambung berjalan.










TBC

BAD GUY || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now