Jèòñģ Ýùñhò 09

1.1K 146 13
                                    

"Minji fikir apa je? Oppa nampak Minji asyik termenung je"

Soal Minjae Oppa di sebelah aku.

"Ha? T-Tak ada apa.."

"Betul ni?"

Aku menganggukan kepalaku.

"Oppa, Minji nak tanya pendapat Oppa boleh?"

"Hm. Cakap je lah"

"Emmm....Minji ada tengok drama ni. Lelaki ni suka buli orang lepas tu dia dah tak buat. Setiap malam dia tengok nombor telefon yang di beri oleh seorang yeoja ni. Apa pendapat Oppa?"

Aku menanti jawapan dari Minjae Oppa.

"Hmm....Oppa tak pernah pula tengok drama ni. Drama mana yang Minji tengok ni?"

"Emm....drama...drama...dekat Youtube"

"Ouhh...emmm...pendapat Oppalah kan... lelaki tu mesti dah jatuh cinta dengan yeoja tu"

"Kenapa Oppa rasa macam tu?"

"Sebab...Oppa selalu tengok dekat drama, kalau lelaki ni berubah jadi baik tidak lain tak bukan sebab orang yang dia suka"

"Yeke? Bukan ke sebab keluarga dia?"

Minjae Oppa mengelengkan kepalanya.

"Kalau di sebabkan keluar--"

Kata-kata Minjae Oppa terpotong apabila telefonnya berbunyi.

Aku hanya memandanf Minjae Oppa yang mengangkat panggilan itu.

"Yobosaeyo? Siapa ni?"

...

"Ouh...dekat mana?"

...

"Dekat meja?"

...

"Okey- Okey. Nanti Hyung hantarkan"

-

"Siapa Oppa?" Soalku ingin tahu.

"Mingyu"

"Mingyu Oppa? Kenapa dia telefon Oppa?"

"Dia suruh hantarkan telefon dia ke balai. Dia tertinggal telefon dia. Malam ni giliran dia bertugas."

"Ouhh...Minji nak ikut"

"Hm. Pergilah siap"

"Nae."

---

"Minji pergilah hantar. Oppa malaslah nak keluar"

"Okey."

Aku keluar dari kereta bersama dengan telefon Mingyu Oppa.

Aku berjalan masuk ke dalam Balai Polis.

"Eh? Awak adik Mingyu kan" tegur seorang pegawai polis.

"Nae. Saya adik Mingyu, Kim Minji"

"Saya Yoon Dongshik"

Kami bersalaman.

"Minji nak jumpa Mingyu Oppa ke?"

"Nae. Dia ada dekat mana?"

"Dekat dalam. Dia tengah uruskan budak bergaduh"

"Ouh. Okey. Terima kasih"

"Sama-sama"

Aku berjalan masuk lebih dalam dan akhirnya aku jumpa Mingyu Oppa yang sedang bercakap dengan 2 orang namja.

Wow. Jarang nampak Mingyu Oppa garang macam tu sekali.

Aku berjalan menghampiri Mingyu Oppa perlahan-lahan.

"Oppa. Nah telefon Oppa" aku letakka telefon Mingyu Oppa di sebelahnya.

"Oh? Minji. Gomawo" ucap Mingyu Oppa lalu sambung memandang 2 orang namja di depannya.

Aku memandang mereka dan...

APA?!

Yunho?!

Hyunwoo?!

Yunho juga terkejut melihat aku di situ.

Aku melihat wajah mereka berdua yang lebam.

Ini mesti kes bergaduh ni.

Haih...Yunho...Yunho...

"Minji. Kenapa tak balik lagi? Ada apa-apa yang Minji nak cakap pada Oppa ke?" Soal Mingyu Oppa.

"Ha? Tak ada apa. Emm...Minji balik dululah" ujarku.

"Hm. Hati-hati balik tu"

"Nae"

Rasa berat kakiku nak tinggalkan Yunho macam tu je.

Aku menyeluk gula-gula strawberry di dalam kocek hoodie aku lalu letak di tangan Yunho secara senyap.

Dia memandang aku terkejut.

"Makan tu" kataku dengan mengerakkan mulutku tanpa keluarkan suara.

Aku berjalan keluar dari balai polis sebelum Minjae Oppa membebel kerana lambat.

Yunho pov.

Aku pelik melihat Minji dan pegawai polis itu bercakap seperti sudah lama kenal.

"Minji. Kenapa tak balik lagi? Ada apa-apa yang Minji nak cakap pada Oppa ke?"

"Ha? Tak ada apa. Emm...Minji balik dululah"

"Hm. Hati-hati balik tu"

"Nae"

Aku dan Minji saling pandang antara satu sama lain.

Minji berjalan ke arah aku lalu letak gula-gula strawberry dekat tanganku.

Aku memandangnya pelik.

"Makan tu" katanya lalu berjalan pergi.

Aku memandang gula yang Minji beri lalu aku tersenyum kecil.

"Wow. Dah majulah kau sekarang" usik Hyunwoo di sebelahnya.

Yunho hanya balas dengan jelingan.






TBC
Double update.
Hope korang suka😊

BAD GUY || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now