Jèòñģ Ýùñhò 17

1.1K 127 14
                                    

Aku masuk ke dalam bilik Minjae Oppa, minta dia mengajar subjek sains memandangkan dia pandai sains.

Aku duduk di depannya lalu membuka buku aku.

"CSAT dah nak dekat kan?" Soal Minjae Oppa.

"Haah. Lagi sebulan lebih" beritahuku.

"Masa percubaan hari tu, keputusan Minji okey kan"

"Nae."

"Kalau keputusan CSAT Minji lebih okey daripada percubaan, Minji dah boleh jadi macam Oppa"

"Tak naklah...Minji tak minatlah jadi Dr."

"Kalau macam tu, Minji jadilah macam Oppa" sampuk Mingyu Oppa yang berada di pintu bilik.

"Lagilah Minji tak nak."

"Habis tu, Minji nak kerja apa?"

"Pembaca berita"

"Pembaca berita? Wow. Oppa tak terfikir pun kerja tu."

"Kenapa Minji nak jadi pembaca berita pulak?"

"Emm..sebab...dapat masuk tv"

"Sebab tu je? Baik Minji jadi pelakon atau idol"

"Tak naklah. Minji bukan pandai belakon, menyanyi dengan menaru semua tu. Pembaca berita ni cuma membaca je. Oppa pun boleh tengok Minji setiap hari dekat tv"

"Suka hati Minjilah. Janji Minji gembira"

"Gomawo O---"

Kata-kataku terhenti apabila telefon aku berbunyi.

Aku melihat skrin telefon aku.

Oh?! Video call dari Yunho?!

Aduhh.. dia ni..

Kenapa tiba-tiba nak buat video call...😫

"Siapa tu? Kenapa tak angkat?" Soal Minjae Oppa.

"Ha? Emm..Chingu Minji. Oppa bagi Minji 10 minit. Minji nak angkat panggilan ni"

"Hm. Pergilah"

"Gomawo Oppa"

Semasa aku nak pergi ke bilik aku, aku terserempak dengan Mingyu Oppa.

Aku cepat-cepat sorokkan telefon aku di belakang aku.

"Siapa tu? Yun--"

"Oppa, Minjae Oppa panggil Oppa" bohongku.

"Minjae Hyung? Dia nak apa?"

"Entahlah. Pergilah cepat"

Aku menolak dia lalu masuk ke dalam bilik aku.

Aku melompat ke atas katil aku lalu memandang call video dari Yunho.

Apa patut aku buat?

Patut ke aku angkat?

Hm.

Aku betulkan rambut aku lalu menjawab panggilan itu.

Terpapar wajah Yunho di skrin telefonnya.

Dia kelihatan gembira apabila aku mengangkat panggilan itu.

Aku memandangnya malu.

"Kenapa awak call saya?" Soalku.

"Saje je. Nak lepaskan rindu saya pada awak. Saya dah kacau awak ke?"

"T-Tak adalah..."

Yunho berdiam diri dan hanya merenung aku.

Aku rasa sedikit kekok.

"Awak...ada apa-apa lagi ke nak cakap dengan saya?"

"Emm...ada."

"Apa dia?"

"Saya....sayang awak"

Yunho tersenyum malu.

Mataku terkebil-kebil.

Aku tidak mampu memandangnya kerana malu.

"Dah lah. Awak mesti busy kan. Kita jumpa esok dekat sekolah. Bye. Saranghae"

"Nae..."

Yunho menamatkan video call itu.

"Nado..."

---

Pada hujung minggu seperti biasa aku akan berjogging dengan Minjae Oppa.

"Nah air" Minjae Oppa menghulurkan botol air pada aku.

"Gomawo Oppa"

Aku meneguk aku air itu sehingga habis memandangkan air tu dah nak habis.

"Minji. Oppa nak tanya sesuatulah pada Minji."

"Oppa nak tanya apa?"

"Minji betul-betul sukakan Yunho ke?"

"UHUK! UHUK!"

"Minji okey tak ni?"

Minjae Oppa mengosok belakang badanku.

"Kenapa Oppa tanya?" Soalku.

"Yela...Minjikan adik Oppa."

"Emm....bukan Minji tak nak jawab, Minji cuma...."

"Cuma apa?"

"Emm..tak ada apalah. Dah lah Oppa jom balik."

"Hm. Yela..kajja"

Minjae Oppa tolong pegangkan botol air yang kosong itu hingga ke rumah.

---

🏠

"OH?! Yunho?! Awak buat apa dekat sini?" Soalku terkejut apabila melihat Yunho berada di ruang tamu bersama Mingyu Oppa.

"Nampaknya Minji dah balik. Gembira dapat berbual dengan kamu. Saya minta diri dulu" kata Mingyu Oppa sambil menyalam Yunho.

Mingyu tersenyum sinis memandang aku.

Aku memegang tangannya kuat.

"Oppa buat apa dekat Yunho?" Soalku dengan pandangan tajam.

"Tak ada buat apa. Tengok dia tu, sihat je. Dahlah. Oppa nak pergi kerja. Bye"

Mingyu Oppa menyerabutkan rambutku lalu keluar dari rumah.

"Kamu berdua berbuallah. Oppa nak mandi" kata Minjae Oppa padaku dan Yunho.

Selepas Minjae Oppa hilang dari pandangan aku, aku duduk di sebelah Yunho.

"Kenapa awak datang sini?" Soalku.

"Nak ajak awak pergi jalan"

"Jalan?"

"Nae. Pergilah siap"

"Okey. Tapi sebelum tu, Mingyu Oppa cakap apa dengan awak?"

"Dia tak ada cakap apa-apa pun. Kitaorang sembang kosong je"

"Betul ni?"

"Nae."

"Baiklah. Saya akan percayakan awak. Awak tunggu sekejap, saya nak pergi siap"

Yunho menganggukan kepalanya.

Flashback~

"Tolong jagakan Minji macam nyawa kamu. Dia adalah satu-satunya adik perempuan yang kami ada" pinta Mingyu pada Yunho.

"Saya janji akan jaga dia." Janji Yunho.

"Ingat! Kalau Minji menitiskan setitik air mata di sebabkan kamu, saya tak akan berdiam diri" amaran Mingyu.

"Baiklah. Saya akan ingat"

Flashback end~
















TBC

BAD GUY || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now