Jèòñģ Ýùñhò 12

1.1K 138 17
                                    

"Gomawo Oppa sebab hantarkan Minji ke sekolah" ucapku pada Mingyu Oppa.

Yup. Kali ni Mingyu Oppa pulak yang jadi driver aku.

"Eh? Itu bukan ke budak semalam? Oppa nak jumpa dia"

"Jangan Oppa. Jangan Oppa"

Aku menahan Mingyu Oppa yang sudah buka tali pinggangnya, bersiap sedia nak keluar dari kereta.

"Wae? Kenapa Oppa tak boleh jumpa dia?"

Aku tersengih lalu memakaikan semula tali pinggangnya.

"Bukan ke Oppa dah lambat? Baik Oppa pergi kerja cepat. Nanti Tuan Choi marah Oppa pulak" ujarku sambil menepuk bahunya.

Aku keluar dari keretanya lalu membuat isyarat tangan menghalau.

Mingyu Oppa menjeling aku lalu pergi dari situ.

Alaa...jeling-jeling manja je.

Kitaorang adik beradik takkan ganas-ganas punya.

Aku berlari ke arah Yunho.

"Hai Yunho" tegurku.

"Hai" balas Yunho dengan senyuman.

"Emm...saya nak minta maaf pasal Oppa-Oppa saya semalam."

"Ala..tak pe."

Baguslah dia tak kisah.

"Minji."

"Ye?"

"Awak masih tak jawab soalan saya lagi. Macam mana awak kenal dan tahu saya ada adik?" Soal Yunho.

"Emmm....Emm...argh! Pe-Perut saya sakitlah. Saya nak pergi tandas dulu. Bye!!" Aku berlari dari menjawab soalan Yunho.

Mianhae Yunho...

Aku tak tahu nak jawab apa.

---

Balik sahaja dari tandas, jejaka yang bernama Yunho itu tidak kelihatan di kelas.

Dia pergi mana eh?

Hmm...

"San! Choi San!" Panggilku.

San menghentikan langkahnya lalu memandang aku.

"Kau ada nampak Yunho tak?" Soalku.

"Yunho? Tak nampak pulak. Wae?"

"T-Tak ada apa. Apapun terima kasih."

San menganguk kecil kepalanya dan berjalan pergi.

Haih...

Mana anak Jeong ni...

Takkan dia membuli lagi?

Tempat yang selalu dia buli cuma dekat...

Lorong sunyi dekat luar sekolah,

Tandas,

Dan...

Belakang sekolah!

---

Aku menjenguk ke bahagian belakang sekolah.

100% Tekaan aku betul!

Kelihatan Yunho bersama seorang namja.

Hanya mereka berdua?

Mana kawan-kawan Yunho yang lain?

Bukan ke diorang bersama kalau nak membuli?

Eh?

Itu bukan ke...

Hyunwoo!

Mereka saling pukul antara satu sama lain.

Aku perlu hentikan diorang!

---

"Yunho!" Panggilku.

Yunho dan Hyunwoo berhenti lalu memandang aku.

Tapi hanya beberapa saat mereka kembali memukul antara satu sama lain.

Yunho jatuhkan Hyunwoo lalu duduk di atasnya.

Yunho mengenggam tangannya untuk memukul Hyunwoo.

Aku berlari ke arah Yunho lalu memeluk Yunho dari belakang.

Yunho membeku.

"Yunho....tolong. Jangan buat benda ni semua" kataku perlahan tapi dapat di dengari Yunho seorang.

Yunho memandang Hyunwoo geram.

Yunho jarakkan diri dari Hyunwoo.

Aku memegang tangan Yunho.

"Kajja" ajakku.

Yunho mengangguk kecil kepalanya.

Yunho sempat menjeling Hyunwoo sebelum kami berdua pergi dari situ.

---

"Dr. Lee, Dr. Lee" panggilku sebaik sahaja masuk ke dalam bilik rawatan.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Soal Yunho.

"Nak rawat luka awaklah. Siapa suruh bergaduh" kataku sambil menjelingnya.

"Mana Dr. Lee ni? Tak pelah. Biar saya je rawat. Awak pergi duduk sana" kataku sambil mencari kotak kecemasan di almari.

"Awak nak rawat saya? Awak pandai ke?"

"Ala. Setakat luka tu je pun."

Yunho hanya akur sahaja lalu duduk di atas katil.

Aku membawa kotak kecemasan lalu merawat wajahnya yang luka.

Yunho hanya berdiam diri dan membiarkan aku merawat lukanya.

"Tahan tau"

Yunho menganguk perlahan kepalanya.

Aku merawat lukanya dengan menjarakkan sikit dengan Yunho.

Gila nak rawat dekat-dekat.

Kekok aku jadinya nanti.

Tapi lain jadinya apabila Yunho menarik pinggangku.

Mataku membulat apabila wajah kami sangat dekat.

Aku memandang tepat pada matanya yang hanya berjarak 3cm.

"Macam mana awak nak rawat saya kalau berdiri jauh-jauh" ujar Yunho.

Aku tidak berkata apa-apa.

Aku cuba buat apa yang patut dan siapkannya secepat mungkin.

Walaupun aku menumpukan pada lukanya, aku tahu yang Yunho hanya memandang mataku.

"Minji"

"Hm"

"Kalau...saya cakap yang saya...suka awak, awak percaya?"

Soalan yang dikemukan oleh Yunho itu membuatkan wajah aku kemerahan.

Nak kata panas, tidak.

Aku hanya berdiam diri kerana tidak dapat nak jawab.

"Minji. Kalau saya nak jadikan awak milik saya, awak setuju?" Soal Yunho lagi.

Aku terdiam sekali lagi.

"Dah siap. Jom kita pergi kelas"

Aku mengetepikan soalannya itu dan berlalu pergi simpan kotak kecemasan itu.

Mianhae Yunho. Aku tak dapat nak jawab soalan tu.






TBC





BAD GUY || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now