Namsan Tower🌘
Kami berdua duduk berpegangan tangan sambil memandang beberapa pasangan yang ada di situ.
Ada yang melilit pinggang.
Ada yang meletakkan kepala dekat bahu.
Banyak lagilah pose yang diorang buat.
"Mianhae..." maaf Yunho tiba-tiba.
Aku memandangnya pelik.
"Mianhae? Untuk apa?"
"Sebab saya tak romantik"
Aku tersenyum.
"Ala...itu pun nak minta maaf. Saya tak kisahlah. Saya dapat tengok awak senyum pun dah cukup gembira buat saya." Kataku sambil mengusap pipinya.
"Dulu saya hanya tahu membuli orang je. Sekarang saya dah tak buat semua tu selepas kewujudan awak dalam kehidupan saya. Gomawo"
"Nado."
Aku meletakkan kepala aku di bahunya.
---
5 tahun kemudian.
"Ini sahaja daripada saya, Kim Minji. Selamat malam"
Aku menamatkannya dengan menundukkan kepalaku.
"Okey. Tamat."
Aku bangun dari meja membaca beritu itu lalu menunduk hormat pada semua pekerja yang telah berkerja keras menjayakan siaran langsung 'berita 9 malam' itu.
"Taniah. Kau dah bekerja keras seperti selalu" ucap rakan sekerja pembaca berita aku iaitu Hong Jieun.
"Terima kasih"
"Sama-sama. Esok kau cuti sampai minggu depankan?" Soal Jieun.
"Nae"
"Kau nak pergi mana?"
Aku tersenyum.
"Adalah..."
---
"Minji dah balik" kataku sambil menanggalkan kasut tumit tinggi aku.
"Oh. Minji. Tepat-tepat pada masanya. Sinilah makan dulu" ajak Minjae Oppa.
"Nae..."
Aku meletakkan beg tangan aku di sofa lalu menuju ke arah meja makan.
"Hi Mingyu Oppa" sapaku padanya yang sedang main telefonnya.
"Hi" balasnya.
Aku mencubit pipinya geram.
"Argh! Sakitlah..." Mingyu Oppa mencebik lalu mengusap pipinya yang sakit itu.
"Oppa ni asyik pegang handphone je...tahulah dah ada Yeochin" perliku.
Nama Yeochin Mingyu Oppa, Lee Hyena.
Hyena unnie tu pun pegawai polis.
Mula-mula tu diorang selalu gaduh masa nak selesaikan sesuatu kes.
Last-last...
Bersama juga.
Yeochin Minjae Oppa pulak, Dr. Yoon Areum.
Betullah tekaan aku.
Aku memang dah agak yang diorang ada simpan rahsia.
Kononnya, dia doktar barulah...
Apalah...
Haih...
Last-last terbongkar juga masa aku pergi keluar makan dengan Yunho.