Jèòñģ Ýùñhò 06

1.2K 146 22
                                    

Padang sekolah

"Mana Saem ni...orang dah lama tunggu dekat padang dia tak muncul-muncul lagi. Dah lah panas" rungutku sambil mengipas-gipas dengan tanganku.

"Minji, kau nak main sesuatu tak sementara tunggu Saem?" Soal Yeoreum.

"Main apa?"

"Kertas, batu, gunting"

"Tak naklah...bosan"

"Siapa yang menang pukul lengan yang kalah" tambah Yeoreum bagi menarikkan permainan itu.

Aku tersenyum sinis.

"Aku setuju"

"Okey. Bagus"

"Kertas..batu...gunting!"

"YES! Kau kalah!" Yeoreum melompat-lompat kegembiraan.

Aku menghulurkan lenganku.

Aku menutup mataku.

"Argh! Sakit!" Rengetku sambil mengosok bahagian yang sakit.

"Okey. Tak pe. Aku akan balas balik" kataku dengan semangat yang berkobar-kobar.

"Kertas batu gunting!"

"Yes! Aku menang" kini aku pula melompat-lompat teruja.

"Cepat hulukan tangan kau"

Yeoreum menghulurkan tangannya takut-takut.

"Hehehehe...habislah kau..." aku ketawa jahat.

Aku mengangkat tangan aku tinggi-tinggi untuk memukul lengan Yeoreum.

Pada masa yang sama, aku terpukul seseorang di belakang aku.

Apabila aku pusing ke belakang, tengok-tengok Yunho tengah memegang pipinya.

Alamak! Aku dah tertampar insan yang tidak bersalah!😰

"Yunho...maafkan aku...aku tak sengaja.." kataku bersalah.

Yunho masih tergamam dengan apa yang berlaku.

Aku memegang pipinya yang aku terpukul tadi.

"Sakit ke?" Soalku risau.

Telinga Yunho kemerahan apabila aku memegang pipinya.

Dia terkebil-kebil memandang aku.

Yunho menepis tanganku perlahan.

"A-Aku okey. Jangan risaukan aku" ujarnya dan berlalu pergi.

"Eh? Kau nak pergi mana tu? Nanti Saem cari!" Soalku padany yang berjalan meninggalkan padang.

Betul ke dia okey?

Aku mana tahu dia ada dekat belakang aku...

Minahae Yunho..🙁

---

Kelas.

Aku tidak dapat memberi perhatian masa Saem mengajar.

Aku hanya memandang Yunho yang berada di sebelah aku.

Aku menulis sesuatu di kertas kecil lalu memanjangkan tangan aku ke meja sebelah.

Aku memberi kertas itu.

Dia pandang aku sekilas lalu membaca apa yang aku tulis atas kertas tu.

'Kau betul-betul okey? Aku tertampar kau kuat tadi. Mianhae...'

Dia memandang aku sekali lagi.

Dia menulis sesuatu di atas kertas itu.

Seperti aku tadi, dia turut memanjangkan tangannya untuk beri aku kertas itu.

Aku membaca apa yang ditulisnya.

'Tak perlu risau. Aku okey.'

Aku berasa sedikit lega.

Aku menulis sesuatu lagi.

'011-721×××× ini nombor telefon aku. Kalau kau nak minta tolong dengan aku, call je aku'

Aku memberi kertas itu kepadanya.

Selepas dia baca apa yang aku tulis di atas kertas tu, dia memandang aku dengan dahi berkerut.

"Simpan nombor tu" kataku dengan hanya mengerakkan mulut.

Yunho mengelengkan kepalanya perlahan.

Dia melipat kertas itu lalu masukkan ke dalam kocek bajunya.

---

Aku dan Minjae Oppa duduk di ruang tamu menonton drama 'Romantic Doctor, Teacher Kim'

"Wow Romantiknya Doktar tu" gumam Minjae Oppa.

Aku memandangnya.

"Kalau macam tu, Oppa buatlah dekat Dr tu"

"Dr mana?"

"Dr. Yoon A Reum tu lah...."

Telinga Minjae Oppa kemerahan.

"Kitaorang cuma rakan sekerja je lah"

"Ye ke?"

"Ye lah. Dia baru je kerja dekat hospital tu. Oppa tak kenal dia sepenuhnya lagi" ujar Minjae Oppa.

"Ouh. Jadinya kalau Oppa dah kenal dia sepenuhnya, Oppa suka dialah" aku tersenyum-senyum nakal pada Minjae Oppa.

"Ish Minji ni. Dah lah. Oppa ada kerja" Minjae Oppa bangun dan berjalan ke biliknya.

"Kerja ke....telefon Dr. Yoon?" Usikku.

"Minji" marah Minjae lembut.

Tak pernah Minjae Oppa nak marah aku kasar-kasar.

Sebab tu lah aku suka bergurau dengan dia.

Kalau Oppa aku yang seorang lagi tu, kalau aku bergurau dengan dia, dia akan balas balik.

Haih...sabar je lah...





TBC

BAD GUY || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now