Abang sengal!

557 21 0
                                    

Naufal x Sofea

AKU merenungnya tajam. Dia mengukir senyum sinis kepadaku. Oh My Oppa! Tengok la muka kerek tu. Macam aku nak ketuk saja muka tu dengan kuali mama dekat dapur tu. Jejari coklat di dalam pinggan, aku ambil sebatang dan baling kepadanya. Dia pula selamba menyambutnya dan masukan ke dalam mulut. Sempat mata mengenyit pada aku. What the Jaguar?!

"Pia, apasal main baling-baling makanan ni?" Mama yang baru tiba di meja makan, menegurku.

"Tengok la dia ni. Cari pasal dengan Pia." Aku mengadu. Meminta mama marahkan lelaki di depan aku ini.

"Biar la, dia nak bergurau dengan kamu pun, takkan la tak boleh." Aku terkedu. What?! Siapa anak mama sekarang ni?!

Naufal ketawa mengejek. Aku mendengus geram. Nak merajuk dengan mama seminit.

"Dah, depan makanan jangan nak bergaduh-gaduh." Mama menegur kami. Aku menjeling Naufal tajam.

Naufal membetulkan duduk sebelum mencapai bihun goreng dan senduk ke dalam pinggannya. Dahi aku berkerut. Sejak bila mamat ni ambil heavy breakfast?

Aku menjongket bahu. Biar la, malas nak fikir. Makan lagi bagus. Nasi lemak aku ambil sebungkus. Rasa macam dah lama pula tak makan nasi lemak.

"Baca doa dulu." Baru mahu menyuap nasi lemak, lelaki itu menegur. Aku tergigit lidah. Ish, kacau line betul la!

Aku menadah tangan. Doa makan aku baca kuat. Mahu memerlinya. Dia aku lihat selamba menghirup teh panas tanpa menghiraukan aku. Mama menggeleng kepala.

"Ma, hari Fal balik lewat sikit tau." Naufal bersuara.

"Naufal sibuk sangat ke hari ni?" Mama bertanya. Aku sudah rasa lain macam.

"Sibuk la jugak. Ada banyak meeting hari ni." Aku menghela nafas lega.

"Oh, yeke. Hari ni Pia ada check up dekat klinik. Mama baru ingat nak suruh Fal temankan."

Aku tersedak kecil. Mama, kan dia dah cakap sibuk. Tak payah la nak bagi tahu. Aduhai!

Naufal memanggung kepala melihat aku. Kening dijongket sebelah, bertanya. Aku pula buat-buat tidak melihatnya. Masih lagi marah okey!

"Tak apa la mama, Pia boleh pergi sendiri." Aku bersuara selamba sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

"Tak payah dok gatai! Pukul berapa check up? Abang datang ambil." Ha kan dah keluar pelat Kedah dia. Aku memuncung bibir. Dia, aku jeling tajam.

"Pukul 2.30." Jawabku lemah. Oh

Naufal mengangguk. Mama aku lihat menarik senyum. Suka la tu. Mama dah tak sayang aku. Hiks!

Naufal menghabiskan tehnya sebelum bangun meminta diri ke pejabat. Tangan mama diciumnya sebelum terus berjalan ke pintu. Aku pula terpingga-pingga di meja makan. Salam apa pun tak. Pandang aku pun tak. Dia terus blah macam tu saja. Mana ciuman pagi aku?!

Bunyi deruman kereta yang semakin menghilang itu membuatkan aku mahu meraung di situ. Waa!!! Tak sayang aku la tu! Begini la hidup jika kau punya lelaki yang heartless dalam hidup kau.

Padan muka kau Pia. Tadi benci sangat kat dia. Kan dia dah tinggalkan kau macam tu je.

Mama aku lihat bangun mengemas meja makan. Tuti, bibik yang diupah Papa dipanggilnya untuk menolong kemas. Aku menawarkan diri untuk menolong tapi dihalau suruh duduk di ruang tamu. Mama, dah tak suka aku! Hiks! Hiks!

Aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aku melabuhkan duduk di atas sofa. Alat kawalan jauh ditekan. Drama dan rancangan yang ditayangkan di televisyen langsung tidak menarik perhatianku. Aku mengeluh kecil. Rindu nak masuk kerja balik. Perut yang memboyot aku usap lembut. Sudah berusia tujuh bulan. Tak sabar nak tengok rupa baby aku macam mana. Mesti cantik dan cun macam mama dia. Oh my lolipop! Tak shabarnya!

Cerpen Cinta Vol.1 ✔️Where stories live. Discover now