Hey handsome!

468 18 0
                                    

Rayden x Juwita


AKU menarik sengih apabila melihat sekuntum bunga rose merah berada di atas meja ku. Ramai juga staf yang mengerling kepada aku. Ada juga yang nak tahu bunga tu datangnya dari siapa. No need to tell them. Cukup aku sorang saja yang tahu. Hehehe.

"Amboi kau, dapat bunga dari abe Itali kau ke?" Mia kini berdiri di hadapan meja aku dengan wajah terujanya. Kad yang terselit di celah-celah bunga di tarik laju. Aku pula sudah melopong. Eh, aku tak baca lagi dia dah sambar.

Take care tesoro, non vedo l'ora di vederti

Mia mengerut dahi, melopong mulutnya. Aku sudah hairan melihat reaksinya. Kad kecil itu diserah kepada ku semula. Aku membelek tulisan berangkai itu sebelum bibir ku meletus tawa. Okey, baru faham kenapa.

"Maksud dia apa?" Mia bertanya kepada ku. Aku mengenyit mata.

"Ada la." Aku mengakat kening. Dia ku lihat menayang wajah cemberut. Aku dijeling tajam sebelum dia melangkah ke tempatnya. Merajuk? Tak apa, nanti aku belikan dia coklat, confirm hilang merajuk tu nanti.

Kad kecil aku lihat kembali. Bibir kali ini aku tidak dapat menahannya dari tersengih lebar. Pantas telefon berjenama Oppo di atas meja aku capai. Nama Rayden aku cari.

Can't wait to see you too.

Mesej aku hantar kepadanya. Beberapa saat selepas itu, nama lelaki itu terpampang pada skrin. Aku tarik sengih. Panggilannya aku jawab.

"Hei." Sapanya.

"Hei." Aku ketawa kecil. Ya Allah, tak ada benda lain ke nak sapa selain dari 'hei' tu?

"Malam ni jumpa dekat tempat biasa."

Aku sudah tersenyum miang. Jari telunjung memusing membetuk bulatan di atas meja. Habit aku bila tengah nak menggalak. Hihihi.

"Okey." Jawabku.

"Bye."

"Bye, love you too." Ucapku sebelum menamatkan panggilan. Sengaja aku tambah menambah, sebab nak tunggu dia ucap alamatnya sampai kami kahwin dan beranak pinak pun belum tentu dapat dengar ke tak.

Aku bersandar pada kerusi, dan mata mengerling sekilas pada jam kecil yang terletak di atas meja. Masih berbaki beberapa jam lagi sebelum waktu pulang.

Aku kembali fokus pada kerja ku yang tertangguh tadi. Beberapa minit, hujung meja ku diketuk. Aku panggung kepala dan melihat Azhar, majikan ku kini tegak berdiri di sebelah meja ku. Wajahnya tampak dingin dan aku perasan matanya melirik ke arah jambangan bunga rose di atas meja ku.

"Petang ni you ikut I ke Majlis Anniversary Dato' Roslan." Arahnya dengan dingin. Matanya tajam merenung wajah ku.

"Kenapa tak ajak Nisa? Dia kan PA bos?" Soal ku. Dada ku kini berdebar. Don't, nanti macam mana dengan Rayden?

"Ikut suka I la nak ajak siapa pun. Jangan nak mengelat." Tegasnya sebelum bergerak ke biliknya. Aku melopong. What?

Aku menggaru kepala. Apa masalah dia tu? Boleh saja dia ajak orang lain. Kenapa aku? Dan sekarang aku tidak tahu bagaimana mahu khabarkan kepada Rayden.

Aku dan Mia saling berpandangan. Matanya terbias simpati dan aku rasa mahu meraung sekarang ni.


NOMBOR Rayden aku dail berkali-kali, tapi tiada satu pun berangkat. Aku mengeluh kuat. Dia tengah meeting agaknya. Wajah Mia aku pandang sayu. Mata ku pula terasa panas. Pasti sekejap lagi ada manik-manik jernih mengalir.

Cerpen Cinta Vol.1 ✔️Where stories live. Discover now