Cik gedik, I love you

452 17 0
                                    

Jibrail x Diana


JIBRAIL menarik sengih apabila melihat aku yang sudah basah kuyup. Wajahku yang basah itu dia lap menggunakan tuala kecil yang kami bawa. Macam tahu-tahu saja aku akan basah. Aku menarik muncung. Geram melihat dia yang tidak basah langsung. Bukan nak sambut aku. Tak fasal-fasal aku tersembam dalam sungai. Nasib baik sungai tu cetek. Batu tu pun kenapa kau ada dekat situ? Kan aku dah tersadung.

Achum!

Hidung ku sudah terasa berair. Jibrail pantas menghulurkan sapu tangan kepadaku. Tangannya kini bergerak mengelap rambutku.

"Kesian isteri abang ni." Ujarnya. Sesekali dia ketawa kecil. Gelakkan aku la tu.

"Abang... sejuk." Aku mula merengek. Sebenarnya tak la sejuk mana, saja nak manja-manja sikit. Bila lagi nak manja dengan Tuan Jibrail yang workaholic ni.

"Sian dia." Jibrail mencium dahi aku sekilas. Aku menarik sengih. Oh My Prada! I love this!

"Come, jom balik." Jibrail menarik tanganku bangun dari duduk di atas batu.

"Tapi abang tak basah pun. Tak aci!" Aku sudah menayang sebik. Konon mahu menangis.

"La, kenapa kalau abang tak basah?" Tanyanya pelik.

"Abang pun kena basah. Baru sweet."

Jibrail mengerling ke arah sungai. Keningnya dijongket sebelah. Aku mengangguk laju. Lagi pun bila lagi Jibrail nak merasa air sungai?

Jibrail tanpa banyak soal menghampiri sungai. Aku sudah menarik sengih. Dia ku lihat bertinggung di tepi sungai. Tangan direndam ke dalam air sungai sebelum melangkah mendekati ku. Tangannya yang basah itu diangkat di hadapan wajah ku. Aku melopong.

"Dah basah, jom balik." Dia menarik lengan ku menuju ke basikal kami. Dia menaikinya. Aku pula berdiri tegak di sebelah.

"Basah tangan buat?" Aku menyoal tak puas hati.

"Habis tu takkan nak berendam dalam tu pulak. Tak mahu abang. Baik mandi dekat rumah." Dia menjawab selamba. Aku menampar bahunya sebelum melabuhkan duduk di belakangnya. Tubuhnya aku peluk erat. Biar baju dia basah kesan daripada baju aku yang masih lembap.

Jibrail mula mengayuh pulang ke rumah opah. Sumpah aku dah tak mahu datang dekat sungai ni lagi. Tak fasal-fasal aku jatuh. Dah tak diva dah.

Sampai di rumah opah, Jibrail meletakkan basikal di bawah rumah. Aku berdiri di depan anak tangga, menunggunya. Opah dengan mak su tiada di rumah. Pergi kenduri saudara yang mana entah.

Jibrail mendekati aku.

"Abang... angkat masuk rumah." Meleret suara ku meminta. Jibrail mengerut dahi.

"Kenapa tak masuk sendiri." Tanya Jibrail.

"Opah mesti marah. Tengok la, kan D tengah basah ni. Mesti nanti lantai kotor." Aku memberi alasan. Padahal boleh saja aku masuk ikut pintu dapur. Dah lama tak merasa kena dukung.

Jibrail tanpa banyak soal mencempung aku. Aku menarik sengih. That's my man. Tangan ku lilit di lehernya. Bibir ku mengucup bawah dagunya. Dia ketawa kecil. Sho kiut!

Aku diletakkan di depan bilik air. Jibrail menyuruh aku mandi. Dia bergerak ke beg pakaian kami. Baju aku dan tuala diambil dan dihulur kepada ku.

"Abang, tak mahu mandi sekali dengan D ke? Belakang baju abang pun dah basah ni." Aku mengajak. Hujung bibirnya ku lihat terangkat. Agak terhibur dengan kata aku.

"Jom la." Tangan kekarnya aku goyangkan. Muka ku dibuat comel.

"Kalau abang tak mahu?" Ujinya. Aku menarik muncung.

Cerpen Cinta Vol.1 ✔️Where stories live. Discover now