Bff sampai Jannah

368 18 0
                                    

Andika x Janet

AIR mata yang mengalir di pipi aku seka kasar. Berkali-kali aku tahan masih juga mahu mengalir. Tolong, aku tak kuat.

Pisau aku campak ke dalam singki. Bawang besar yang baru dipotong separuh aku biarkan di atas papan potong sebelah singki.

Tak guna punya mamat! Ada ke patut dia biarkan aku buat kerja dapur ni sorang-sorang. Mentang-mentang la cucu kesayangan nenda. Menyampah aku!

Kaki aku atur menuju ke ruang tamu. Kelihatan dua orang lelaki elok duduk bersila di hadapan televisyen. Salah seorang tu dari mereka memang mencabar kesabaran aku. Layan game kau rupanya.

Telinga lelaki yang memakai hoodie berona merah aku tarik. Ni makannya sebab tak tolong aku.

"Aduh! Sakit la." Dia mengaduh.

Dia menjeling tajam kepada aku. Dan ada aku heran? Aku pantas menutup suis televisyen. Kedengaran mereka berdua mengeluh.

"Boys, come tolong aku dekat dapur. Kalau tak semua dvd game ke apa ke aku bakar." Ugut ku.

"Kau ni kacau la. Dah nak menang kot tadi." Andika mula merungut.

"Kau kalau tak nak tolong, aku sunat kau lagi sekali."

Andika menggaru kasar kepalanya. Dia pantas bangun menuju ke dapur diikuti Adri, adiknya di belakang. Umur dah dua puluh lebih, perangai macam budak-budak.

Aku tarik senyum. Kaki ku atur menuju ke arah yang sama. Masa nenda tak ada la paling sesuai untuk buli dua makhluk itu.

"Kau nak aku buat apa ni?" Andika bertanya. Aku tarik sengih.

"Tolong potong bawang."

Andika menjongket kening.

"Ni je? Baik tak payah tolong. Senang saja ni." Aku senyum sinis. Senang ya. Andika menanggalkan hoodienya dan diikat pada pinggangnya. Rambutnya ditebak ke belakang. Aku yang melihat sudah kebas pipi. Pantas aku mengalihkan pandangan ku. Apasal mamat ni nampak handsome pulak bila buat macam tu?

Andika mula memotong bawang. Habis separuh bawang yang aku tinggal tadi dipotong, dia mencapai sebiji lagi. Tiba separuh bawang, dia berhenti. Aku mendengar dia menarik hingus. Eww!

"Apa fasal pedih sangat mata aku ni?" Dia menggosok matanya.

Semakin lama semakin berair matanya. Dia mengaduh kecil. Adri pantas mencapai kain kecil yang berada di dalam bakul pakaian yang hendak dilipat di ruang tamu. Aku basahkan kain itu sebelum mengelap mata Andika. Dia pula diam membiarkan aku mengelap kawasan matanya.

"Pergh, sawit bhai!" Ujar Adri. Dia dengan perlahan meninggalkan aku dan Andika di dapur.

"Dah okey?" Tanyaku risau.

Dia mengerdip mata berkali-kali sebelum mengangguk kecil. Aku menyuruh dia duduk di meja makan. Aku pula mengambil alih tugasnya. Terpaksa la aku tahan air mata.

Aku mengerling sekilas kepada Andika. Dia merenung aku dalam dengan pandangan yang aku sendiri sukar mengerti. Sempat aku melihat bibirnya mengukir senyum kecil. Lantak la mamat tu!

AKU dan Andika duduk di hadapan nenda. Aku melihat nenda merenung Andika tajam. Aku pula tidak mengerti. Ini adalah perbincangan antara keluarga. Tapi kenapa aku pun turut ada sekali? Mama Murni hanya diam di sebelah nenda.

"Janet." Panggil nenda. Aku pula sudah berdebar.

"Ya nenda?" Jawabku perlahan. Nenda menarik senyum lebar.

Cerpen Cinta Vol.1 ✔️Where stories live. Discover now