꧁ Bab 6 | Suratan atau ꧂
Kebetulan?Selesai mesyuarat yang memakan masa lebih 2 jam bersama pekerja, Farris kembali ke ruang pejabatnya. Butang teratas baju kemeja dibuka.
Telefon bimbit yang memang tidak dibawa ke bilik mesyuarat diambil dan dibuka.
2 pesanan ringkas dari Hanna membuatkan dia tersenyum sendiri.
Wanita itu mengirim gambarnya yang berada di Pulau Pangkor.Habis melihat 10 keping gambar yang dikirim oleh Hanna itu, dia terus mengedail nombor Hanna. Rindu
“Hello sayang” ujarnya sebaik wanita itu menjawab panggilannya.
“Hello baby, I miss you” ujar Hanna.
“I miss you too sayang, dah breakfast ke belum ni?”“Dah baru je dengan Zara. Boringlah you takde”
“So baliklah cepat, I dah rindu sangat dekat you ni”
“I kan dekat sini seminggu, lagi 3 hari I balik I terus jumpa you okay?” Farris tersenyum sendiri mendengar janji itu.
“Okay I'll wait. You tengah buat apa ni?” soal Farris lagi.
“Hmm I tengah tunggu Zara siap, lepas ni kita orang nak pergo snorkeling”“Oh have fun, hmm sayang I gotta go, I call you lagi petang ni okay?” ujar Farris sebaik pintunya dibuka dari arah luar secara tiba-tiba dan wajah mamanya muncul disebaik pintu.
“Okay baby I love you, jangan nakal-nakal okay?”
“You juga jaga diri, kalau ada lelaki kacau jangan layan. I love you too” sambil memesan kepada Hanna, matanya tidak lepas memandang ke arah Puan Sri Janirah yang sudah mengambil tempat di hadapannya bersama muka masam mencuka.“Hanna?” soal Puan Sri Janirah selepas anaknya meletakkan panggilan.
Farris mengangguk.
“Farris percaya dia pergi sana sebab shoot? Dengan kawan perempuan dia?” soal Puan Sri Janirah lagi. Dia bukan ibu seperti dalam drama yang memilih pasangan hidup anaknya kerana darjat, dia tidak serumit itu malah dia senang jatuh hati tetapi kekasih si anak yang merumitkan segalanya.
Jika sikap wanita itu bukan apa yang Puan Sri Janirah nampak dan dengar dari mulut rakan-rakannya pasti Hanna senang diterima dalam keluarganya. Ini, dahlah kerjayanya sebagai model tidak menggemarkan hati Puan Sri Janirah perangainya lagi menambah-nambah.
“Again mama? Sampai bila nak jadi isu ni? Sampai bila tak nak terima pilihan Ris?” soal Farris sambil menyandarkan tubuhnya.
“Sampai bila-bila...”
“Mama datang sini nak bagi tahu Ris, malam ni jangan balik lewat sangat. Kita ada tetamu istimewa” tidak mahu bertengkar dengan anaknya, Puan Sri Janirah memberi tahu niatnya masuk ke situ. Bukannya tak boleh memberi tahu melalui telefon tetapi sekejap lagi dia mahu makan tengah hari bersama suaminya jadi alang-alang kesinilah dia.“Siapa?”
“Just be home by 6, bye” Puan Sri Janirah bangkit dan beredar.•••
“Lah tak habis-habis lagi dia tengok gambar-gmabar dia” kata Datin Afeefah sebaik memasuki bilik berona putih milik anak daranya, dari semalam dia balik semalam sampailah ke sekarang asyik tengok gambar dan videonya dengan Armell di Pulau Pangkor sahaja.
YOU ARE READING
Temptation √ (TERBIT)
RomanceSyed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada satu cara. Goda Farris! Habis-habisan. "Keep pushing me away. But in the end of the day. You wil...