꧁ Bab 23 | Boleh I ꧂
Join?Bella sedar dari lena Farris sudah tiada disisinya. Bunyi deraian air dari tandas meyakinkan Bella suaminya ada didalam sana. Tubuh diregangkan dan jam di dada skrin telefon bimbit yang sedang dicas dari malam tadi dilihat.
Ye, Bella tahu cas overnight sangat bahaya. Tapi sifat degil yang sudah tercatat dalam sijil kelahirannya dalam pelbagai pekara membuat dia tak endahkan kenyataan itu. Tunggu meletup depan muka dulu baru nak sedar gamaknya.
7:33 pagi.
Bella menanggalkan wayar penyambung di telefon bimbitnya dan bangkit menuju ke arah balkoni.
"Ahh, good morning world!" tangan didepakan, mata dipejam sambil dia menikmati angin pantai dihadapan dan bunyi deruan ombak. Indah tak terhingga.
Pagi ini Bella rasa sangat bahagia, tak sabar mahu memulakan harinya.
"Ehem!" Bella memusingkan tubuh memandang ke arah Farris yang bertuala. Sambil dia, menayangkan bahagian hadapan tubuhnya yang terdedah.
Teringat pula peristiwa malam tadi.
"Morning baby" Bella dekati Farris dan tubuh tegap lelaki itu dipeluk dari arah depan.
Namun hanya seketika sebelum dia ditolak perlahan. Sudah diagak, walaupun yang dia harapkan adalah lelaki itu membalas pelukannya selepas apa yang berlaku malam tadi.
Saja cuba nasib. Manalah tahu keajaiban berlaku. Tuhan adjust otak Farris malam tadi terima Bella, siapa tahu. Logik aje bukan?
"You ni, malam tadi okay je. I ingat..." ujar Bella lembut.
"You ingat apa? You ingat apa yang jadi malam tadi akan ubah perasaan I?" soal Farris sinis. Mata Bella dipandang dalam.
"Im a man with needs. You bagi I ambil. Rezeki depan mata kan?" meninggalkan Bella dengan tanda tanya itu Farris beredar. Dia menegur tadipun kerana Bella keluar dengan bathrobe yang tidak diikat. Memang sengaja nak tayang badan dekat umum ke apa?
Bella yang masih diposisi sama terlopong mendangar jawapan Farris. Simple bukan ayat Farris? Namun sakitnya bagai tusukan bertalu. Terasa digunakan.
Bella tahu, makan sudah diberi warning malam tadi yang Farris akan sakitkan hatinya tapi kenapa bila perkara itu betul-betul terjadi, sakitnya berganda?
No Farris, kata-kata you tak boleh sakitkan hati I lagi.
I'm giving what's yours baby.
And I'm taking what's mine.
No regrets.Bella kembali tersenyum.
•••
Seperti yang dirancangkan hari kedua di Pulau Langkawi aktiviti yang telah dipilih adalah kesemua aktivit air.
Ini adalah kali pertama Bella berskuba. Sebelum ini, dia ke Pulau Pangkor bersama Armell hanya snorkeling sebagai pemulaan. Maklumlah, itu kali pertama Bella ke pulau takkan dia terus nak ke dasar bersama tong gas di belakang. Masih tiada ilmu dan pengalaman. Risau juga dia jika diri sendiri terkena kejutan budaya ikan dan tenggelam tak timbul-timbul.
YOU ARE READING
Temptation √ (TERBIT)
RomanceSyed Farris | Bella Irdina Kerana aturan keluarga, mereka bersatu. Bella mula memasang niat untuk membuat sang suami jatuh cinta padanya. Cuma ada satu cara. Goda Farris! Habis-habisan. "Keep pushing me away. But in the end of the day. You wil...