EPILOG

13.3K 631 33
                                    

"YOU almost get it Haura."

Berhabis baik aku menarik tali pancing yang sudah pun menangkap ikan besar.Disebabkan ikannya terlalu besar,sampai aku tak larat nak tarik seorang diri. Wijdan akhirnya turut membantuku.

"What?!"

Tapi aku hampa apabila ikan itu terlepas dari tali pancing. Terus aku terduduk geram di atas tanah. Wijdan pula sibuk ketawakan aku.

"Hei,tak payahlah nak sedih-sedih.Tu namanya bukan rezeki.Dah lah. Jom berkemas."

"Tapi nak pergi mana?Ikan tak dapat pancing lagi."

Wijdan terus kucup pipi aku.Aku mencebik.

"Tapi abang dah pancing hati Haura."

Senyum manis aku apabila di cakap macam tu.Lantas aku merangkul lengannya.Fishing rod kami kembalikan kepada tukang sewa. Teringatkan satu hal penting,aku terus senyum lebar.

"Ha, kenapa senyum-senyum ni?"

Wijdan menarik aku berjalan di sepanjang pesisiran pantai ini.Angin mula menyapa wajah kami.

"Haura rasa nak makan ais-krimlah.Kita pergi beli ais-krim kat sana.Jom!"

Sambil berlari-lari anak aku membawanya ke sebuah van yang menjual ais-krim.Laju sahaja aku memesan chocolate mint buat kami berdua sebab aku dengan Wijdan ni sama selera.

Sekali lagi aku tersenyum memandang Wijdan di sebelah.Sebab pelik dengan aku,dia terus cerlungkan matanya.

"Haura,dari tadi abang asyik nampak Haura senyum aje.Kenapa ni?"

Jemari Wijdan aku paut.Lantas aku menariknya menuju ke kawasan homestay kami.Kelihatan ramai pelancong yang memenuhi kawasan ini. Melihatkan mereka yang datang bersama keluarga,aku terus tersenyum mengingatkan orang kat rumah.

Sejak beberapa bulan ni aku dah dapat menyesuaikan diri dengan kucing-kucing kat rumah Wijdan.Samara juga sudah beberapa bulan sedar dari komanya.Dia dah mulai mengusahakan kerjayanya semula tanpa menaruh perasaan lagi kepada Wijdan.Hal pendampingnya pulak sudah selesai.Ada satu Tok imam ni dah halau benda tu dalam hutan.

"Abang,nanti masa majlis nikah Wiyah nanti,Haura nak belikan dia hadiah dari sinilah.Nanti kita singgah beli souvenir ya?"

Wijdan tersenyum lalu mengangguk.

Pasal Wiyah pulak,dia dah nak nikah.Rupanya pilihan hatinya ialah Abang Hanif.Tak sangka betul yang dia akan kahwin dengan abang aku tak lama lagi.Selama ini aku ingatkan abang aku tu tak berkenan dengan Wiyah.Rupanya,dah lama dia dan Wiyah mengamalkan cinta yang ada halal gap.Ceh!

Tapi belum sempat lagi kami memasuki ruang homestay,Wijdan dah pandang aku dengan riak tak puas hati.

"Haura ada sembunyikan apa-apa ke dari abang ni?Dari tadi asyik senyum aje."

Kedua-dua tangan Wijdan aku genggam.Aku tersenyum lagi.

"Selamat hari lahir abang yang ke 28 tahun.Moga umur abang berpanjang sepanjang cinta abang kat Haura."

Kelu Wijdan bila aku wish dia tadi.Ya,nampak sangat yang dia tak ingat pun hari lahir dia.Selepas beberapa saat,barulah Wijdan tergelak kecil.Pipiku dicubitnya lembut.

"Thank you sayang.Tak sangka pulak yang Haura akan ingat hari lahir abang."

Aku bagi dia senyum yang paling manis sekali.

"Dah lah,jom kita balik homestay.Haura nak masak yang special-special buat abang okey?"

"Oh,so that's my present for my birthday?"

DOCTOR INTROVERT [C]Where stories live. Discover now