BAB 5

1.3K 20 0
                                    

“Ayah ayah mana ibu?”

Boboi menarik-narik baju ayahnya bertanyakan keberadaan ibunya. Iqmal hanya membisu. Jarinya kembali mendail nombor isterinya namun masih tiada jawapan setelah hampir 50 kali dia membuat panggilan. Anaknya Boboi menggoncang-goncang tubuhnya untuk mendapatkan perhatian. Wajah budak lelaki berusia 3 tahun itu mula mencebik dan menangis kerana rindu akan ibunya. “Ayah Boboi nak ibuuu.. Boboi nak ibu….”

“Iya..iya sayang. Boboi janganlah nangis. Nanti kejap lagi ibu balik okay?” Iqmal cuba memujuk anaknya namun hanya sia-sia kerana anaknya menangis dengan lebih kuat. 

“Boboi nak ibuuu……Boboi nak ibuuu!!!!” Boboi menjerit dan menangis dengan lebih kuat. Dia kemudian terduduk lalu menendang-nendangkan kakinya secara rambang sehingga menyebabkan dia terbaring ke lantai. 

“Boboi!” Iqmal tidak sengaja meninggi suara kepada anaknya. Iqmal semakin kusut. Dengan isterinya yang tiba-tiba hilang dari radar kini dia terpaksa menghadapi perangai anaknya yang sedang mengamuk mahukan ibunya. Teriakan Boboi telah mendapat perhatian jiran sebelahnya, Selena. Selena yang kebetulan mahu mengambil barang di dalam keretanya terkejut mendengar teriakan daripada Boboi. Dia terus menjengah keadaan Boboi dari rumahnya. “Ya Allah Boboi, kenapa nangis-nangis tu?” soal Selena penuh kerisauan.

Iqmal bingkas bangun lalu mengangkat anaknya yang sedang menangis. Dia kemudian berjalan ke arah Selena. Hanya sebuah tembok paras dada yang memisahkan mereka. “Dia nak mak dia. Tapi tulah sampai sekarang mak dia tak balik-balik. Risau pulak saya ni. Call banyak kali tak angkat.”

Selena kemudian mengeluarkan telefonnya untuk melihat waktu. “Dah pukul 9 ni awak. Bukan ke pergerakan PKP ni dibenarkan sampai pukul 8 je?”

“Itulah yang saya risau. Kali terakhir saya call dia pun dalam pukul 7 lebih macam tu. Tu pun tiba-tiba putus.”

“Bateri phone mati kot. Hmm… Jadi Abang Mal nak buat apa sekarang ni?”

Soalan yang dilontarkan oleh Selena telah membawa Iqmal ke jalan yang buntu. Dia terdiam seketika. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan memandangkan sekarang Perintah Kawalan Berkurung dikuatkuasakan. Dia tidak boleh untuk pergi keluar sebarangan. Jika bukan kerana PKP, sudah pasti dia akan meminjam kereta sesiapa untuk pergi keluar mencari isterinya memandangkan keretanya sedang berada di bengkel.

“Abang tak nak pergi cari Kak Aina ke? Boleh pakai kereta Lena. Nah.” Selena menghulurkan kunci kereta Toyota Vios miliknya kepada Iqmal.

Iqmal menolak pelawaan jirannya. “Sekarang ni PKP kan. Abang tak boleh keluar sesuka hati.” Selena terus menyimpan semula kunci keretanya sambil mengangguk faham. “Haih...risaulah…”

“Nak ibu!!!! Wuuu….wuu…” teriakan Boboi sekali mengejutkan Selena. 

“Boboi nak tengok Upin Ipin tak? Jom tengok Upin Ipin dengan Nina nak?” Selena cuba memujuk Boboi kerana berasa simpati terhadap budak itu. Dia juga seorang ibu yang mempunyai anak jadi dia faham perasaan anak kecil itu. Anak perempuannya yang berusia 5 tahun, Nina juga begitulah perangainya ketika diawal fasa penceraian Selena dan suaminya. Nina tidak habis-habis merengek dan menangis mahukan bapanya yang telah meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seorang pekerja kedai makan yang berwarganegara Indonesia. 

“Nak Upin Ipin…” kata Boboi yang perlahan-lahan berhenti menangis. Dia kemudian mendepakan sedikit tangannya untuk menyambut Boboi dari dukungan Iqmal.

“Abang Mal, meh lah sini Boboi tu. Biar dia dekat rumah Lena teman Nina tengok kartun tu sementara abang uruskan pasal hal Kak Aina ni.” kata Selena.

Iqmal rasa serba salah. “Eh tak apa ke Lena? Abang tak susahkan Lena ke?”

Selena menggeleng perlahan lalu melemparkan senyuman. “Tak susahlah bang. Meh sini Boboi ikut aunty. Kita tengok Upin Ipin jom.” Boboi kemudian memeluk Selena setelah berada dalam dakapan perempuan pertengahan 20-an itu. “Dalam keadaan macam ni, pihak polis je boleh tolong. Tapi selalunya nak buat report pun kena tunggu 24 jam kan? Abang tak ada kawan-kawan polis ke? Cuba try contact kalau ada. Manalah tau diorang boleh tolong.”

“Hmm betul jugak tu… Nanti abang try cari.”

“Okaylah bang. Lena bawak Boboi masuk dulu ye.” kata Selena. Dia kemudian berjalan menuju ke pintu masuk rumahnya.

“Lena..”

Langkah Lena terhenti setelah namanya dipanggil oleh Iqmal. Dia kemudian memalingkan wajahnya ke belakang. 

“Terima kasih.”

Lena hanya membalas dengan senyuman. Dia kemudian kembali masuk ke dalam rumahnya meninggalkan Iqmal keseorangan. Iqmal kembali duduk di atas bangku. Apabila Selena menyebut tentang kawan polis, hanya satu sahaja individu yang bermain di dalam fikirannya. Rakan lamanya semasa dia di bangku tingkatan enam yang kini telah menjadi pegawai polis berpangkat inspektor iaitu Izzuddin. Sudah hampir 5 tahun juga mereka tidak bertemu. Hanya berhubung menerusi Whatsapp itu pun hanya untuk menghantar ucapan Selamat Hari Raya setiap kali tibanya Syawal. Itu sahaja komunikasi yang wujud antara mereka selama 5 tahun. Senarai nombor kenalan di dalam telefon pintarnya ditekan. Nombor Izzuddin didail.

“Assalamualaikum, Din.”

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now