BAB 14

637 16 2
                                    

“Taman… Bestari..Raya… Taman Bestari Raya. Ha inilah dia Din!”

Iqmal teruja setelah akhirnya mereka berjaya tiba di Taman Bestari Raya. “You’ve arrived at your destination.” Izzuddin segera mematikan aplikasi Waze itu. Kini mereka berjaya tiba di taman perumahan yang dimaksudkan Aina namun misi mereka tidak berakhir disitu. Dia kemudian memandu dengan lebih perlahan untuk mencari rumah lot 42. “Banyak ni Mal. Besar rupanya taman perumahan ni. Macam mana nak cari ni… Dengan keadaan gelap malam macam ni.” kata Izzuddin. 

Iqmal terdiam seketika. Dia sendiri buntu namun dia tidak mahu ini menjadi penghalang dia meneruskan misi pencarian isterinya. Lagipun mereka dah berada sejauh ini takkan tiba-tiba nak berhenti dan berpatah balik. “Tak apa, kita cuba je. Mesti jumpa.” Iqmal cuba berfikiran positif.

Izzuddin terus memandu namun pemanduannya terhenti setelah melihat sekumpulan remaja sedang berkumpul di tengah jalan. Lampu kereta Izzuddin yang menyuluh ke arah remaja-remaja itu telah membantu Izzuddin dan Iqmal untuk mengenalpasti berapa jumlah remaja yang berada di hadapan mereka. Seramai 5 orang remaja yang berada dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun. “Apa budak-budak ni buat malam-malam kat luar ni. Tak tau ke sekarang ni PKP?”

“Aku rasa aku nak tanyalah budak-budak tu pasal alamat yang Aina bagi. Dalam ramai-ramai tu mesti salah sorang yang tau.” kata Iqmal.

“Hmm yelah betul jugak tu.” kata Izzuddin. Mereka kemudian turun dari perut kereta. Remaja-remaja itu hanya memerhati Izzuddin dan Iqmal namun apabila Izzuddin keluar dari perut kereta, kesemua remaja itu terkejut dan ketakutan kerana melihat Izzuddin memakai seragam polis.

“Woi lari woi! Polis woi! Polis!!!” teriak seorang remaja dalam lingkungan tingkatan 3 yang menggayakan gaya rambut undercut memakai t-shirt belang-belang hitam putih. Kesemua remaja itu kemudian lari ke arah yang berbeza. Ada yang sempat menghidupkan enjin motorsikal lalu menunggang laju. Namun, remaja berambut undercut itu hanya lari berjalan kaki kerana motorsikalnya diparkir di arah bertentangan.

“Woi budak nanti! Jangan lari!” teriak Izzuddin.

“Adoi macam mana ni. Semua dah cabut lari siapa kita nak tanya.” kata Iqmal. Dia kemudian memandang ke arah depan kereta di mana tempat kumpulan remaja tadi berkumpul. Dia dan Izzuddin terkejut selepas melihat seekor bangkai anjing hitam yang terbaring longlai penuh darah di tengah jalan.

Izzuddin terus menundingkan jari ke arah budak lelaki yang berambut potongan undercut. “Tu! Kita kena dapatkan budak tu! Kejar dia!” arah Izzuddin. Iqmal hanya menurut.

-----

Vandhana membiarkan sahaja air matanya mengalir. Jika tangannya tidak diikat sudah pasti sudah dikesatnya. Aku amat bersimpati setelah mendengar kisah yang diceritakan oleh Vandhana. Sangat tragis. Dia kehilangan anak, menantu dan cucu sekelip mata sahaja. Melihat keadaannya sekarang, dia sudah tidak ada daya lagi untuk meneruskan kehidupan. Seperti sengaja menghitung hari untuk menunggu jemputan daripada malaikat maut. Aku kalau berada di tempatnya pun mesti akan lebih teruk lagi keadaan aku sekarang ini. Keadaan menjadi sunyi selama beberapa minit setelah Vandhana menceritakan semua yang telah terjadi di rumah ini. Aku pula rasa bersalah kerana menyuruhnya untuk bercerita semula kenangan ngeri yang telah meragut nyawa anak, menantu dan cucunya. Vandhana kemudian memalingkan wajahnya ke arah aku. Air matanya mula menitis-nitis ke peha. “Dik, if you had the chance to get out from this house alive, just go okay. Just leave me here. Go save yourself. Ingat dik.” pesannya lemah.

Aku mula sebak. Vandhana benar-benar sudah putus harapan untuk hidup sehingga menyuruh aku untuk menyelamatkan diri meninggalkannya di rumah ini sekiranya aku berpeluang untuk melarikan diri dari rumah neraka ini. “Tapi aunty, takkan saya nak tinggal aunty dengan orang-orang gila tu? Aunty kena ikut jugak kalau kita boleh keluar dari rumah ni hidup-hidup.” tegas aku.

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPحيث تعيش القصص. اكتشف الآن