BAB 11

940 19 7
                                    

“Hah ni kenapa naik kereta berdua? Kerajaan dah tetapkan hanya satu sahaja wakil keluarga dibenarkan keluar!” 

“Sebenarnya..tadi saya..-” 

“U-turn!” arah ACP Masnawi tegas. Pemandu itu tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia kemudian hanya akur. Kereta Perodua Axia yang dipandu membuat pusingan U. Di belakang kereta itu ada empat buah lagi kereta sedang beratur. Kereta X70 Izzuddin berada di belakang sekali. 

Izzuddin masih memerhati anggota-anggota polis yang sedang bertugas di checkpoint sekatan jalan raya itu. Sesusuk tubuh seorang lelaki yang sedang meneguk sebotol air mineral Dasani menjadi sasaran Izzuddin. Lelaki itu merupakan Sarjan Hasan yang pernah menjadi rakan seperjuangannya semasa Izzuddin berkhidmat di balai polis Kajang beberapa tahun yang lalu. “Mal, pinjam phone kejap.”

Iqmal tercengang. “Kau nak watpe?”

“Bagi jerlah. Aku nak call member aku kejap.” jelas Izzuddin. Dia tidak mahu menggunakan telefonnya kerana telah disetkan untuk menjadi GPS untuk panduan perjalanan mereka. Iqmal kemudian menghulurkan telefon pintarnya kepada Izzuddin. Izzuddin mendail nombor telefon Sarjan Hasan. 

Sarjan Hasan mencampakkan botol air mineral yang telah kosong ke dalam plastik sampah. Dia kemudian membuka bungkusan McDonaldnya hasil sumbangan seorang pendakwah terkenal lalu menjamah beberapa batang kentang goreng yang telah sejuk. “Kejung dah kentang ni.”

“Yelah dah berjam-jam kentang tu tak terusik.” kata rakannya, Sarjan Johari.

Telefon Sarjan Hasan kemudian berdering. Dia memeriksa nombor pemanggil yang sedang menelefonnya. Nombor yang asing dan tidak dikenali. Dia kemudian menekan button decline kerana malas mahu menjawab nombor yang tidak dikenali. Entah-entah bank yang menelefonnya. 

“Awat hang tak jawab?” soal Sarjan Johari lalu mengunyah burger Quarter Poundernya.

“Nombor tak kenal. Malas aku nak jawab. Buatnya bank yang telefon aku.”

“Jadah apa bank nak telefon malam-malam.”

Telefon Sarjan Hasan berdering sekali lagi. “Nombor ni lagi.”

“Jawab jelah… pa yang susah sangat.”

Sarjan Hasan mendengar nasihat rakannya pada kali ini. Dia terus menjawab panggilan itu. “Hallo.”

“Hasan, ni aku, Din.” kata Izzuddin.

“Wahh tuan inspektorr! Tukar nombor baru ka?”

“Tak payahlah nak bertuan ngan aku. Hasan kau boleh tolong aku tak?”

“Tolong apa tu?”

“Aku ni tengah beratur dekat roadblock yang kau tengah jaga ni. X70 belakang sekali.”

Kepala Sarjan Hasan kemudian berdiri lalu memerhati barisan kenderaan yang sedang beratur. Dia tercari-cari akan kereta yang dimaksudkan oleh Izzuddin. Kepalanya tidak ubah seperti kepala burung unta yang sedang memerhatikan manusia. Setelah berjaya menjumpai kereta yang dimaksudkan, Sarjan Hassan terus mengangkat tangan dan melambai-lambai ke arah Izzuddin dan Iqmal.

“Hasan! Jangan lambai aku! Nanti Tuan Masnawi nampak hancur plan aku!” Izzuddin memberi amaran.

Sarjan Hasan dengan pantas menurunkan tangannya. “Sorry sorry. Ha apa yang kau nak aku buat?”

“Aku nak pergi satu tempat dengan kawan aku ni. Ada emergency mungkin melibatkan keselamatan bini kawan aku. Tapi aku kena lepas road block ni. Kalau Tuan Masnawi yang periksa kereta aku alamatnya memang tak lepaslah.” jelas Izzuddin.

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPDonde viven las historias. Descúbrelo ahora