BAB 6

1.2K 15 1
                                    

Aku menyelongkar beg tangan lalu kemudian membawa keluar telefon pintar Samsung aku. Ya, aku sedar bahawa telefon pintar aku telah kehabisan bateri namun aku masih tetap mahu mencuba nasib manalah tahu sekiranya telefon pintar aku tiba-tiba boleh dihidupkan semula walaupun seketika. Sekurang-kurangnya bolehlah aku boleh menghantar pesanan mesej kepada suami aku mengenai keberadaan aku sekarang. Tak adalah dia risau sangat. Malangnya, skrin telefon pintar aku kekal gelap walaupun sudah berkali-kali aku tekan. Aku mendengus penuh kehampaa. Nuh entah kenapa memandu dengan lebih laju dari biasa. Aku dapat merasakan pacuan empat rodanya bergerak lebih pantas berbeza dari ketika kali pertama aku naik keretanya tadi. Mungkin Nuh sakit perut atau pun rasa nak terkucil agaknya. Itu yang tidak sabar benar dia mahu sampai ke rumah. Aku melihat kawasan sekeliling menerusi tingkap cermin kereta. Kami baru sahaja memasuki sebuah kawasan perumahan yang aku yang agak asing bagi aku. Terpapar sebuah papan tanda bersaiz sederhana yang dilekatkan pada sebuah tembok. Papan tanda itu tertulis Taman Bestari Raya. Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Namun kawasan perumahan ini nampak normal tidak ada bezanya dengan kawasan perumahan yang aku diami di Bandar Teknologi Kajang. 

Nuh memandu melepasi deretan rumah teres dua tingkat yang kesemuanya telah pun berpenghuni. Aku dapat lihat penghuninya terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat kerana ada rumah yang mempunyai tanglung merah, ada rumah yang mempunya kaligrafi bismillah yang digantung di atas pintu utama rumah dan ada yang memaku tanda salib atas pintu masuk rumah. Mata aku tertancap ke arah sebuah kereta Proton Wira yang terbiar dalam keadaan terlerai dan dinaiki oleh daun-daun yang tumbuh meliar pada rangka kereta yang catnya sudah pun lusuh. Boleh jadi kereta ini merupakan kereta curi yang telah dileraikan komponen-komponen tertentu untuk dijual. Keempat-empat tayarnya juga sudah tiada. Apa yang lebih menarik perhatian aku ialah seekor anjing hitam yanghanya memerhati kami dari jauh. Dia kemudian menyalak dengan kuat sebelum mengejar kereta yang dinaiki kami dengan pantas. 

“Anjing bodoh tu kejar lagi.” kata Bushra kepada suaminya.

Nuh tidak membalas. Dia hanya menjeling ke arah cermin sisi di belah kirinya untuk melihat anjing tersebut. Nuh kemudian memandu dengan lebih laju. Aku mula rasa tidak senang kerana Nuh seperti mahu melakukan sesuatu terhadap anjing tersebut. Anjing itu berlari dengan lebih pantas.

“SRETTTT!!” 

Nuh secara tiba-tiba menekan brek kecemasan. Telefon pintar yang berada di dalam genggaman aku terus terpelanting ke bawah manakala kepala aku terhantuk ke kerusi penumpang hadapan. 

“BUKKK!”

Bunyi dentuman kuat dari belakang. Aku tersentak. “Bunyi apa tu?!” kata aku dengan penuh rasa terkejut.

“Anjing tu terhantuk kot.” balas Bushra selamba. 

“Eh! Ya Allah! Kesian anjing tu!” Aku rasa tidak sampai hati jika benar bunyi dentuman itu datang dari hantukan anjing yang gagal menghentikan lariannya.

“Tak payah kesianlah kak. Tu anjing liar. Kerjanya nak mengejar, nak menyalak je. Lebih baik mati daripada terus membahayakan penduduk sini. Lagipun dekat taman ni ramai budak-budak kecik suka pergi main kat playground. Bahaya jugak untuk budak-budak tu.” kata Bushra tanpa sedikit pun rasa simpati terhadap anjing berkenaan.

Nuh hanya membisu. Dia kemudian meneruskan semula pemanduannya. Aku menjengah ke belakang. Aku dapat lihat tubuh seekor anjing yang terbaring longlai di atas jalan. Kepalanya seperti mengeluarkan cecair yang kini membasahi jalan. Aku rasa bersimpati terhadap anjing itu.

“Kalau ye pun dik takkan nak biar je anjing tu kat tengah jalan?” soal aku yang masih tidak berpuas hati dengan cara mereka menguruskan anjing hitam itu.

“Kalau sayang sangat dengan anjing sial tu pergilah turun sana angkat anjing sial tu!” herdik Bushra. Aku tergamam dan terkejut. Tidak sangka watak Bushra yang lemah lembut dan sopan yang aku lihat tadi kini terus berubah menjadi kasar dan pemarah. Aku terus terdiam.

“Bushra! Kenapa cakap macam tu.” kata Nuh. Nuh terus menjengah ke belakang seketika. Dia terus memandang ke arah aku. “Kak Aina, saya nak minta maaf ya. Bushra tak sengaja. Dia memang ada pengalaman buruk dengan anjing. Saya minta maaf ya kak.”

Aku hanya mengangguk perlahan. Aku kemudian tersedar bahawa telefon pintar aku tiada lagi dalam genggaman tangan aku lalu aku terus menunduk ke bawah meraba-rabakan tangan aku untuk mencari telefon aku. Setelah beberapa saat mencari akhirnya aku berjaya menemui semula telefon aku namun ada sesuatu yang telah menimbulkan tanda tanya iaitu sepasang kasut bayi yang terletak di sebelah telefon pintar aku. Aku mengangkat telefon aku beserta dengan kasut bayi itu. Usai menyimpan telefon pintar aku ke dalam beg tangan, aku membelek-belek kasut bayi itu. Kasut bayi berjenama Cath Kidston berwarna merah jambu yang diceriakan lagi dengan corak bunga-bunga kecil. Kasut branded ni. Aku kemudian meneliti kasut itu dengan lebih. Kasut itu bersaiz untuk bayi berusia 1-3 bulan. Diorang ni ada anak ke? Berdasarkan apa yang Bushra menceritakan tentang kehidupannya dan suami tiada pula dia menyebut soal anak. Lagipun kalau dia laki bini asyik keluar berdua anak dia siapa jaga? Hmm pelik. Aku mahu bertanya tetapi dengan angin Bushra yang tak berapa nak baik sekarang ni baik aku diam. Lagipun aku ni menumpang je.

“Dah sampai.” kata Nuh sebaik sahaja kami tiba di hadapan sebuah rumah banglo bersaiz sederhana yang terletak di atas bukit terasing daripada kawasan perumahan yang lain. Kaya betul diorang ni. Muda-muda dah ada rumah besar mewah macam ni. Ke ni semua harta mak bapak diorang? Pintu pagar automatik terbuka dengan sendiri setelah Nuh menekan punat pada kunci rumah mereka. Ford Ranger itu kemudian memasuki perkarangan rumah lalu diparkir bersebelahan dengan sebuah Mercedes C200 berwarna kelabu metallic. Hmm… memang kaya budak-budak ni. Siap ada kereta Mercedes piring. 

Kami kemudian turun dari kereta. Sempat aku melihat sekeliling rumah mereka. Rumahnya tidaklah sebesar rumah-rumah banglo yang lain tetapi kawasannya agak luas dan reka bentuk rumahnya pula agak mewah. Sebelum memasuki ke dalam kawasan rumah, aku sempat melihat nombor rumah ini yang bernombor Lot 16. Terdapat sebuah air pancur mini di tengah-tengah rumah. “Kak, jomlah masuk.” Nuh mempelawa setelah dia membuka kunci pintu utama rumah. Bushra terus meluru masuk ke dalam rumah dengan muka yang masam mencuka. Setelah kelibat Bushra hilang dari pandangan, Nuh datang menghampiri aku. “Akak, saya betul-betul nak minta maaf pasal tadi.”

“Eh Nuh, tak apalah akak faham.”

“Bushra tu memang sensitif sikit bila sebut pasal anjing. Sebab masa dia kecik-kecik dulu dia pernah kena gigit anjing dekat peha. Itu yang sampai sekarang dia memang anti dengan anjing. Dulu masa kecik dia takutlah dengan anjing. Bila semakin besar semakin berani dia terus jadi pembenci anjing.” jelas Nuh.

Lah...tu ke kisahnya. Patutlah si Bushra tu marah benar bila aku banyak tanya pasal anjing hitam tadi. “Alamak...akak tak tau. Akak mintak maaflah Nuh. Akak tak tau.” Aku pula rasa serba salah. Mesti Bushra terimbas kembali peristiwa pahitnya digigit anjing semasa kecil apabila aku tidak habis bertanyakan soal anjing hitam tadi.

“Bukan salah akak pun. Pasal Bushra tu akak jangan risau. Kejap je dia camtu. Kejap lagi mesti dia okay.”

Aku mengangguk perlahan. “Akak cuma risau pasal anjing tu je sebab kuat sangat bunyi berdentum tadi. Mesti retak tempurung kepala dia.”

Nuh terdiam seketika namun akhirnya dia bersuara. “Oh..hmm.. Pasal tu sebenarnya saya pun tak sengaja kak. Saya bawak laju ingatkan nak larikan diri jauh-jauh dari anjing tu tapi tiba-tiba ada kucing melintas. Itu yang saya brek emergency. Okay jomlah kak kita masuk.”

Aku berasa sedikit sangsi dengan penjelasannya yang ini. Namun aku tidak mahu menyoal lebih. Aku kemudian mengikuti Nuh masuk ke dalam rumah.

TUMPANG - Sebuah cerita seram PKPWhere stories live. Discover now