6 | THANK YOU

147 17 3
                                    

Pagi.

Baekhyun perlahan-lahan membuka matanya. Dia tertidur di atas sofa selepas Eunhye merawat lukanya. Mujur dia cuti sakit harinih. Kalau tak, mesti dia dah lambat untuk pergi kerja. Lalu, matanya terjatuh ke arah Eunhye yang sedang tidur sambil duduk di tepinya. Gadis itu menggunakan tangan untuk mengalas kepalanya sambil wajahnya menghadap ke arah Baekhyun. Kasihan pula Baekhyun melihatnya. Kenapalah otak dia ligat merancang untuk membuatkan gadis itu sentiasa berada di sampingnya. Bila dah terjadi, mulalah rasa bersalah.

Baekhyun mengubah posisi baringnya kepada mengiring. Matanya merenung setiap inci wajah Eunhye. Semestinya dia masih tertanya-tanya siapa yang memperlakukan gadis ini sehingga terdapat banyak lebam pada wajahnya. Kalau boleh, semua persoalannya dia ingin lontarkan kepada Eunhye. Tetapi memandangkan Eunhye baru ingin rapat dengannya, dia tidak sanggup ingin bertanya. Takut-takut soalannya itu membuatkan gadis itu berasa tak selesa.

Baekhyun merenung lama wajah Eunhye. Daripada dahi sampailah ke dagu milik gadis itu. Tersenyum kecil Baekhyun dibuatnya. Eunhye memang cantik dengan rambut panjangnya. Tidak hairanlah mengapa samseng jalanan semalam mengacaunya. Siapa je yang tak jatuh hati akan perempuan cantik.

Tiba-tiba, Eunhye tergerak sedikit. Cepat-cepat Baekhyun memejamkan matanya, pura-pura tidur. Eunhye pun mengangkat kepalanya dari sofa yang diduduki oleh Baekhyun. Matanya terus tertancap pada Baekhyun yang tidur itu. Cepat-cepat dia menjauhkan diri dari Baekhyun. Boleh pula dia tidur di sini. Padahal, rumah nih luas. Eunhye melihat jam. Lantas, dia bangun sambil membetulkan rambutnya. Dia kena pergi dari sini memandangkan Baekhyun dah menumpangkannya tidur semalam. Tak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.

Eunhye yang sudah bangun itu lagi sekali memandang Baekhyun. Comel je lelaki itu tidur. Tanpa disedari, Eunhye menatap wajah Baekhyun sambil tersenyum kecil.

Ish! Apa kau nih!

Eunhye cepat-cepat mengelengkan kepalanya. Boleh pula dia curi-curi tengok Baekhyun. Macam dah lama kenal, nama lelaki itupun dia tak tahu lagi.

Eunhye serba salah ingin mengejut Baekhyun. kejap tangan dia naik, kejap dia menghampiri Baekhyun, kejap mulut dia terbuka. Dia tak tahu bagaimana ingin mengejut Baekhyun dari tidur. Mungkin tak sopan jika dia tinggalkan rumah ini tanpa pengetahuan Baekhyun. Baekhyun yang melihat lagat gadis itu melalui bukaan kecil matanya tidak dapat menahan senyum. Terhibur dengan sikap gadis itu. Apabila Eunhye kembali berpaling ke arahnya, cepat-cepat dia menarik semula senyum dan menutup mata kembali.

"En...Encik...Encik bangun. Saya....nak hm..."

Eunhye menggaru kepalanya yang tak gatal. Tak jalan dia mengejut Baekhyun dengan suara sahaja. Lalu, dia menghampiri Baekhyun dan mengerakkan bahu lelaki itu perlahan.

"Encik, bangun. Dah siang nih"

Akhirnya, Baekhyun tergerak sedikit. Matanya perlahan-lahan dibuka. Padahal, lelaki itu hanya pura-pura tidur.

Lalu, Baekhyun duduk dari baring. Sebelah matanya digosok. Nampak tak tuh lakonan anak Byun.

"Pukul berapa nih?"

"Hm...lapan..."

Baekhyun mengangkat wajah memandang Eunhye yang berdiri di depannya. Eunhye segera melarikan matanya daripada terus memandang ke arah Baekhyun.

"Cik lapar ke? Nak saya masakkan untuk cik?"

"Eh, tak apa. Saya kena pergi nih. Tak eloklah saya duduk rumah encik lama-lama"

"Kalau macam tuh, saya hantar cik balik"

Baekhyun yang baru bangun cepat-cepat dihalang oleh Eunhye. Laju gadis itu menggeleng.

"Tak apa, lagipun kereta encik dekat restoran semalam kan?"

"Ouh"

Baekhyun tergelak kecil akibat perbuatannya. Lupa pula dia balik ke sini dengan kereta polis semalam.

"Kalau macam tuh, cik sarapan dulu? Tak eloklah tinggalkan rumah saya dengan perut kosong"

Eunhye memegang tengkuknya, serba salah ingin menolak pelawaan Baekhyun. Dia pun mengangguk perlahan.

"Hm, baiklah"

********

Baekhyun dan Eunhye sedang makan di meja dapur. Nasib ada roti. Bolehlah Baekhyun penuhkan perutnya dengan Eunhye. Kalau tak, buat malu saja kalau pelawa orang tapi tak ada makanan. Selalunya Baekhyun sarapan di luar. Tak ada masa nak masak untuk diri sendiri. Sebab tuh lah rumah nih jarang ada makanan. Ada makanan ringgan saja.

Baekhyun memandang Eunhye yang sedang makan. Serba salah dia ingin menanya segala persoalannya. Tapi pada masa yang sama, dia tertanya-tanya. Jadi, dia mengambil peluang ini untuk bertanya.

"Cik ada masalah ke? Kalau ada dan cik sudi berkongsi, saya setia mendengar"

Eunhye mengangkat wajahnya memandang Baekhyun. Seperti biasa, cepat-cepat dia mengalihkan mata apabila mendapati Baekhyun memandang tepat ke matanya. Dia masih malu dan pada masa yang sama trauma dengan apa yang telah jadi sebelum ini.

Eunhye menggeleng perlahan akan pertanyaan Baekhyun. Jelas terpampar kekecewaan pada wajah Baekhyun. Bukan dia tak nak beramah mesra dengan Baekhyun, cuma dia tak sedia untuk menceritakan segalanya kepada orang lain. Lagipun, dia tak nak libatkan Baekhyun dalam masalahnya. Cukuplah dia sudah banyak menyusahkan lelaki itu.

"Kalau macam tuh, boleh saya rawat luka di wajah cik?"

Tergamam Eunhye dibuatnya. Melihat riak wajah Eunhye itu, Baekhyun membetulkan duduknya.

"Bukan, jangan salah faham. Maksud saya, saya nak rawat cik lepas cik dah rawat luka saya semalam. So, saya nak balas balik"

Baekhyun cuba membuatkan Eunhye selesa dengannya. Eunhye pun segan dengan Baekhyun. Takkanlah lelaki itu nak merawat luka di wajahnya. Mahu sakit jantungnya itu akibat terlampau malu.

"Hm, kalau cik tak selesa, tak apa. Tapi, cik rawatlah luka di wajah cik tuh. Takut nanti dibiarkan melarat"

Baekhyun yang melihat Eunhye kelihatan tak selesa dengan bantuannya terus mengubah tujuannya. Bukan apa, dia kasihan melihat wajah putih polos itu penuh dengan lebam dan luka. Dia pun faham akan kesakitan gadis itu memandangkan dia pun merasai perkara yang sama pada wajahnya.

Lalu, Baekhyun pun bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah ruang tamu. Dia kembali semula ke dapur dengan first aid. Kotak first aid itu diletakkan di depan Eunhye.

"Nah, cik rawatlah luka cik ya. Saya nak naik atas kejap. Mandi"

Eunhye pun mengangguk perlahan. Lalu, Baekhyun meninggalkannya dan naik ke tingkat atas. Rasa bersalah pula Eunhye dibuatnya. Dia tahu lelaki itu berniat baik cuma dia malu untuk membenarkannya. Nasib baik lelaki itu faham.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang