39 | DROWN

110 16 1
                                    

Eunhye dan Eunsang kini berada di tepi kolam renang kepunyaan resort yang berlatar belakangkan laut yang terbentang. Entah apa tabiat Eunsang sebenarnya. Tiba-tiba mengajak Eunhye bersiar-siar di kolam. Bukan mereka menanam niat untuk mandi di situ. Setakat ambil angin katanya.

Eunhye dan Eunsang masing-masing mengenakan baju T yang berlainan corak berserta seluar pendek paras atas lutut. Cuma Eunsang meletakkan skarf di pangkuannya, sejuk apabila kulitnya bersentuhan dengan besi kerusi rodanya. Mereka duduk menghadap antara satu sama lain sambil memakan aiskrim. Cuma Eunsang lebih tinggi sedikit daripada Eunhye memandangkan dia duduk di atas kerusi roda dan Eunhye di atas kerusi malas.

"So, bila kita nak balik? Dah seminggu kita kat sini. Bukannya boleh buat apapun"

Seloroh Eunsang sambil menjilat aiskrimnya. Sesekali matanya memandang Eunhye yang lebih rendah darinya itu.

"Hm, entahlah. Kau....dah okey ke?"

"Tch, aku dah lama okey. Tak ada apa-apalah. Lagipun lelaki tak guna tuh dah kena tangkap dengan polis kan?"

Eunhye mengangguk. Takut sekiranya adiknya itu masih trauma dengan apa yang telah jadi. Nasib mereka sama. Pernah diperlakukan seperti binatang.

Dan ya. Dia mendapat panggilan dari polis semalam mengatakan Jongin telah diberkas. Eunhye sangat bersyukur akhirnya lelaki itu tewas. Sekarang, dia dan Eunsang boleh bernafas dengan selamat.

"Hei, tengok tuh"

Eunhye mengangkat wajahnya. Dia melihat ke arah yang ditujukan oleh Eunsang.

"Apa dia?"

"Baekhyun dengan.....teman wanita dia ke?"

Mendengar nama itu, terus mata Eunhye tertancap ke arah seberang kolam. Baekhyun yang berpakaian mandi dan seluar pendek sedang rancak berborak dengan seorang perempuan yang hanya mengenakan bikini dan seluar dalam.

Eunhye hanya merenung ke arah pasangan itu. Entah mengapa dia berasa tidak senang akan kemesraan mereka berdua.

"Baekhyun kenal ke perempuan tuh? Tengok macam dah rapat"

Eunhye pun melarikan pandangannya daripada terus sakit hati melihatnya. Dia cepat-cepat menghabiskan ais krimnya dengan laju, cuba melepaskan geram melalui itu.

"Klien dialah tuh. Dia kan peguam"

"Tch, takkanlah kasual sangat pakaian perempuan tuh"

Eunhye menjeling Eunsang yang sedang menjilat ais krimnya sambil matanya tidak lari daripada terus memandang pemandangan di seberang itu. Memang saja adiknya itu ingin menyakitkan hatinya.

"Dahlah, aku nak pergi tandas sekejap. Kau duduk sini diam-diam"

Eunsang hanya melihat Eunhye bangun dari duduknya. Bahunya diangkat melihatkan dia tidak kisah akan akaknya itu.

Semasa Eunhye ingin meninggalkan tempat itu, matanya masih tertancap ke arah Baekhyun yang sangat mesra dengan perempuan yang duduk di depannya. Entah mengapa dia menyimpan rasa geram. Oleh itu dia hanya mampu ungkapkan kegeramannya melalui renungan tajam. Tepi bibirnya dinaikkan sedikit menandakan dia menyampah dengan apa yang dia lihat.

Sedang Eunhye asyik merenung ke seberang, tiba-tiba kakinya terpijak bucu kolam dan dengan tak semena-mena jatuh ke dalam kolam tersebut. Eunsang yang melihatnya hanya menjerit nama kakaknya itu kerana tidak mampu melakukan apa-apa. Perkikan suaranya itu membuatkan Baekhyun yang berada di seberang terkejut. Matanya terus tertancap ke arah sekunjur tubuh kecil yang sedang bergelut di atas permukaan air kolam. Air kolam yang kedalamannya tiga meter itu.

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now