22 | PROPOSE

123 16 2
                                    

Baekhyun pantas menuju ke arah pagar rumahnya apabila mendapati Eunhye datang. Buka sahaja pagar, terpampar wajah Eunhye yang penuh dengan luka kecil dan menangis ketakutan. Baekhyun yang melihatnya pun terkejut.

"Eunhye! Kenapa nih?! Awak..."

Lantas, Eunhye memeluk lelaki itu. Sebelah pipinya dibenamkan pada dada sasa milik Baekhyun itu. Dia menggigil ketakutan seraya menangis dalam pelukan tersebut.

"Jong...Jongin....dia...."

"Jongin datang rumah awak?!"

Lagi sekali Baekhyun terkejut. Eunhye hanya menangis dan menangis. Gadis itu berada dalam ketakutan sekarang.

"Tolong saya, Baekhyun. Saya....saya takut...."

Baekhyun pun perlahan membalas pelukan Eunhye. Dia melepaskan nafas perlahan. Belakang Eunhye ditepuk-tepuk lembut.

"Awak jangan takut, saya ada sekarang dengan awak"

Baekhyun mengeratkan lagi pelukannya. Kepala gadis itu dibelai lembut. Kasihan dia dengan Eunhye. Apa lagi lelaki tak guna itu tak puas hati terhadapnya.

************

Baekhyun kembali semula ke ruang tamu. Kotak first aid diletakkan di depan Eunhye. Gadis itu masih lagi dalam ketakutan. Baekhyun pun mengambil tempat di sebelahnya.

"Eunhye, biar saya rawat luka awak"

Eunhye hanya menunduk. Tangganya menggigil kecil. Lalu, Baekhyun memegang lembut tangan Eunhye yang mengigil itu. Dia tahu gadis itu masih dalam ketakutan.

"Jangan takut, saya ada. Hm?"

Baekhyun cuba membuatkan Eunhye memandangnya. Akhirnya, mereka bertentangan mata. Baekhyun pun mengambil kapas dan ubat antiseptik dari kotak first aid di depannya. Eunhye menyeka sisa air matanya.

"Sini, pandang saya"

Eunhye pun memalingkan mukanya ke arah Baekhyun. Perlahan-lahan lelaki itu mendaratkan kapas ke atas luka Eunhye. Bibir Eunhye pecah. Lagi sekali, dia mendapat luka yang sama. Belum sempat luka yang lama hilang, luka yang baru pula timbul. Lelaki tak guna itu memang dayus.

Lalu, mata Baekhyun tertancap pada leher Eunhye. Lehernya memerah. Kemerahan itu pula melingkar di sekeliling lehernya. Apa lelaki tak guna itu mencekiknya?

Baekhyun mengengam penumbuk. Dia memejamkan matanya rapat. Memang dia sudah hilang sabar dengan Jongin. Kenapa dia sanggup melakukan kekerasan kepada Eunhye? Kenapa dia tergamak?

"Eun, kita kena report kepada polis"

Eunhye menaikkan matanya memandang Baekhyun yang bermuka tegang. Kelihatan lelaki itu sudah tidak boleh sabar dengan apa yang Jongin telah buat terhadap Eunhye. Jongin memang dah melampau!

"Baekhyun, saya takut nanti...."

"Pedulikan rasa takut awak. Ikut cakap saya"

Eunhye terdiam. Baekhyun seperti memarahinya. Eunhye tertunduk, rasa sebak lagi sekali menguasainya. Melihat Eunhye yang mula terdiam itu, riak wajah Baekhyun yang tegang itu menukar. Nafas dia lepaskan perlahan seraya meraup mukanya. Dia kembali memandang Eunhye lembut.

"Eun, dengar cakap saya. Saya tak nak dia sakitkan awak lagi. Buat sementara nih, awak tinggal dulu di rumah saya. Hm?"

Pantas Eunhye menggeleng. Dia tak nak kembali libatkan lelaki itu dalam hal ini.

"Baekhyun, bukan saya tak nak. Tapi saya tak mahu libatkan awak dalam semua nih. Kalau Jongin dapat tahu macam mana?"

"Eun, jangan risau. Dia takkan apa-apakan saya. Awak tuh yang penting. Keselamatan awak sekarang tanggungjawab saya"

"Tapi, tak elok kalau kita duduk bersama satu rumah. Lagipun, kita tak ada apa-apa hubungan. Tambah pula awak...."

"Kalau macam tuh, awak jadi isteri saya. Kita kahwin"

Tergamam Eunhye dibuatnya. Dia memandang Baekhyun dengan wajah terkejutnya. Mulutnya terbuka dan tertutup. Baekhyun memandang tepat ke arah mata Eunhye. Kelihatan dia tidak bermain dengan kata-katanya.

"Kita kahwin, Eun. Saya jaga awak. Saya lindungi awak. Setiap masa, selamanya. Boleh, Eun?"

Eunhye menundukkan dirinya. Rasa serba salah mula menguasainya. Apa lelaki itu baru sahaja melamar untuk menjadi teman sehidupnya?

"Saya...saya tak pasti...saya...."

"Tak apa, saya bagi ruang untuk awak buat keputusan. Bila awak dah sedia untuk bagi jawapan, awak cakap dengan saya face to face. Boleh, Eun?"

Anak mata Eunhye lagi sekali naik memandang Baekhyun tepat di mata hazelnya. Baekhyun menaikkan kedua belah kening, menunggu jawapan daripada mulut perempuan itu. Matanya tak lekang daripada terus memandang perempuan itu.

"Bo...Boleh"

TBC

Korang, aku rindu exo T_T

Tak sabar nak tengok exo bersama semula, together gether sembilan orang.

Harap harap nanti bila semua member dah settle military, dorang comeback. Dan comeback dorang confirm gempak.

MISS EXO <3

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now