10 | PROMISE ME

141 18 6
                                    

Beberapa hari kemudian....

"Eun, maafkan saya untuk tanya nih tapi....boleh saya tahu awak tinggal dekat mana sekarang?"

Baekhyun memandang Eunhye sebaik sahaja selesai membuat pembayaran kos hospital di kaunter. Eunhye yang mendengar soalan Baekhyun itu mula memegang tengkuk. Baekhyun hanya menantikan jawapan daripada perempuan itu.

"Hm, sebelum nih saya duduk dengan suami saya. Tapi, lepastuh saya lari so saya tak ada rumah sekarang"

Baekhyun serta merta berhenti melangkah. Eunhye pun. Lelaki itu kelihatan terkesima.

"So, awak tak ada tempat tinggallah sekarang nih? Eun, kenapa awak tak bagitahu saya?"

Eunhye terkejut melihat reaksi Baekhyun. Dia tidak menyangka akan reaksi oleh lelaki tersebut.

"Saya...saya minta maaf. Saya tak nak susahkan encik... so saya..."

"Baekhyun"

Eunhye tercenggang. Kurang faham dengan kata-kata lelaki itu yang tiba-tiba menyebut 'Baekhyun'.

"Hah?"

"Baekhyun. Panggil saya Baekhyun"

"Ouh"

Eunhye mengangguk kecil. Mereka meneruskan lengkah mereka menuju ke kereta Baekhyun.

"Awak....awak tahu tak selama ini saya panggil awak cik? Rupanya awak dah kahwin. Saya minta maaf"

Eunhye memandang Baekhyun. Lelaki itu hanya memandang bawah sambil memegang tengkuk.

"Tak apa, lagipun encik...."

"Baekhyun"

"Ouh, ya"

Eunhye mengemamkan bibirnya. Akhirnya, mereka sampai di kereta Baekhyun. Baekhyun pun menjemput Eunhye masuk ke dalam keretanya. Apabila mereka berdua dah masuk, Baekhyun laju menghidupkan enjin dan memandu keluar dari perkarangan hospital. Eunhye memandang Baekhyun. Dia pelik kenapa lelaki itu tidak menanya destinasinya.

"Hm, maaf. Boleh en...hm boleh awak berhentikan saya dekat bus stop tuh? Saya boleh naik bas untuk ke..."

"Tak, awak tinggal di rumah saya"

Tercenggang Eunhye dibuatnya. Ingin sahaja dia membatalkan niat lelaki itu yang ingin membawanya ke rumah dia.

"Tak, saya...saya bukan tak nak tapi saya..."

"Eun, dengar cakap saya. Kali nih je. Tinggal dekat rumah saya buat masa nih. Awak nak ke suami awak jumpa awak semula?"

Eunhye menelan liurnya apabila mendengar kata-kata Baekhyun itu. Lelaki itu seperti memarahinya sekarang.

"Tak..tak nak"

"Dah tuh? Please ikut cakap saya kalau awak nak selamat. Awak tahu tak saya rasa bersalah sangat bila dapat tahu awak depress dengan trauma yang awak alami. Tambah-tambah pula awak kurang zat sebab tak makan. Saya...."

Baekhyun meraup mukanya perlahan dengan sebelah tangannya yang bebas dari stereng seraya menolak rambutnya ke belakang. Nafas berat perlahan dia lepaskan. Dia cuba mengawal emosinya untuk tidak memarahi Eunhye. Pada masa yang sama, rasa bersalah menguasai dirinya. Eunhye yang mendengarnya hanya menunduk. Tak sangka Baekhyun sangat mengambil berat pasalnya. Buat masa ini, hanya lelaki itu yang dia ada sekarang. Hanya lelaki itu tempat dia bernaung. Jauh di sudut hatinya rasa bersyukur sangat apabila berjumpa dengan lelaki itu. Tak sangka lelaki yang baru dikenalinya itu membantunya sekarang.

"So, Eun please. Just dengar cakap saya. Saya risaukan awak, itu je. Tolong jangan jauh daripada saya. Biarlah saya yang lindungi awak buat masa nih. Saya akan fikirkan macam mana untuk selesaikan semua nih. Janji dengan saya yang awak takkan pergi mana-mana dan ikut cakap saya selagi masalah awak belum selesai"

Eunhye memandang Baekhyun sekilas. Bibirnya dikemamkan perlahan.

"Saya janji"

**********

Rumah Baekhyun.

Baekhyun dan Eunhye masing-masing keluar apabila enjin kereta Baekhyun dimatikan. Baekhyun memandang Eunhye yang berjalan mendahuluinya. Terbuku rasa menyesal apabila dia menaikkan nada suaranya kepada perempuan itu tadi. Baekhyun melepaskan nafas berat. Langkah dia laju dihayunkan ke arah Eunhye.

"Eun, saya...saya minta maaf marah awak tadi. Saya...tak ada niat"

Eunhye memusingkan kepalanya ke arah Baekhyun apabila lelaki itu yang sejak tadi menyepi akhirnya berbicara. Dia menguntumkan senyuman kecil ke arah Baekhyun. Kepalanya perlahan digelengkan menandakan dia tidak apa-apa.

"Tak apa, saya faham. Salah saya juga sebab degil"

Baekhyun memegang tengkuknya. Lembut sahaja perempuan itu berbicara. Makin menebal pula rasa bersalah dia.

"Kalau macam tuh, awak masuk dulu. Saya nak keluar kejap beli barang dapur. Sekejap je"

Mulut Eunhye terbuka dan tertutup, seperti ingin cakap sesuatu. Baekhyun yang melihatnya mula menaikkan kening, menunggu perempuan itu berkata-kata.

"Saya ikut awak? Lagipun, saya dah menumpang dekat rumah awak. So, saya..."

"Eh, tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Lagipun saya dah biasa. Awak rehatlah ya?"

Baekhyun menguntumkan senyuman kecil sambil memandang Eunhye yang berada di depannya. Perlahan-lahan Eunhye mengangguk, akur dengan arahan Baekhyun. Senyuman Baekhyun makin melebar apabila perempuan itu patuh akan arahannya. Lalu, langkahnya dihayunkan ke arah pintu rumah dan membukanya untuk menyuruh Eunhye masuk.

"Awak masuk dulu. Jangan buka pintu selagi saya tak balik. Bila ada orang lain datang selain saya, jangan buka pintu. Faham?"

Eunhye mengangguk laju sambil senyum ke arah Baekhyun. Baekhyun pun berpaling ke belakang untuk pergi ke arah keretanya semula.

"Haa..Baekhyun!"

Baekhyun kembali memandang Eunhye. Dia menaikkan kening menunggu gadis itu menyambung kata-katanya.

"Jan...jangan lama sangat. Awak balik cepat. Saya....saya tunggu awak"

Ketawa kecil Baekhyun dibuatnya. Kepalanya diangguk perlahan lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan perlahan-lahan kereta itu mengundur dari perkarangan rumah. Eunye hanya melihat kereta Baekhyun yang pergi meninggalkannya. Lalu, langkahnya diaturkan ke dalam rumah. Pintu ditutup.

Haihhh, bodoh kau, Eun. Ada ke patut kau cakap macam tuh kat dia!

Eunhye bermonolog sendirian. Dahinya ditepuk banyak kali. Boleh pula dia suruh Baekhyun balik cepat. Tambah-tambah lagi dia mengatakan bahawa dia menunggu lelaki itu. Haihhh, dah kenapa? Macamlah lelaki itu akan tinggalkan dia selamanya.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Onde histórias criam vida. Descubra agora