27 | THE ANSWER

125 15 4
                                    

Entah mimpi apa. Eunhye memasak makanan malam untuk Baekhyun. Memikirkan perkara semalam, membuatkan Eunhye tersenyum sendirian.

Baekhyun menciumnya.

Dan dia tidak tahu mengapa. Tetapi malam ini dia ingin masak untuk Baekhyun. Dia ingin membalas budi baik Baekhyun sebelum ini. Lelaki itu banyak kali menolongnya.

Makanan sudah siap. Cuma Baekhyun masih belum balik. Dah hampir pukul 10 malam tetapi batang hidung pun tak nampak. Dia tertanya-tanya ke mana lelaki itu pergi.

Dia tak nak menelefon lelaki itu. Nak buat kejutan katanya.

Eunhye mula mamai sambil duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Dia begitu mengantuk. Kepalanya tersenggok-senggok ke depan tapi cepat-cepat dia membuka mata. Kenapa hari ini merupakan hari paling mengantuk baginya?

Dan lama-kelamaan, Eunhye kalah dibuai mimpi.

**********

Pintu terkuak dari luar dan Baekhyun masuk ke dalam. Tuxedo di lengannya berubah tangan. Sungguh, hari ini memang memenatkan. Terasa lelah seluruh tubuhnya. Sebelum kakinya dihayunkan untuk menaiki anak tangga, matanya terjatuh pada satu figura yang baring di atas sofa. Terus dahinya berkerut. Kenapa gadis itu tidur di situ selain di biliknya?

Lalu, dia berjalan ke arah Eunhye yang sedang tidur di atas sofa. Dia duduk di depan gadis itu. Niatnya untuk mengejut Eunhye yang sedang tidur itu terbantut apabila dia melihat wajah gadis itu. Gadis itu kelihatan...tenang ketika tidur. Baekhyun melihat setiap inci wajah gadis itu. Sungguh dia tak dapat nafikan bahawa Eunhye memiliki wajah yang cantik. Dia yang lelaki itu pun tergamam dengan kecantikan Eunhye.

Tetapi, dia masih tidak boleh menerima mengapa gadis ini memiliki kepahitan dalam hidupnya. Masa lalunya diisi dengan seksaan pada jiwa dan fizikalnya. Sungguh, dia berasa kasihan kepada Eunhye kerana diperlakukan dengan perbuatan dayus oleh seorang lelaki yang tidak pernah mempunyai hati perut. Memang dia berdendam dengan lelaki itu. Sudah lama. Tunggu masa sahaja dia melepaskan dendamannya tetapi nyata sekali dia tidak boleh melakukan perkara buruk tersebut. Dia masih berfikiran waras dan mampu untuk menahan sabar. Itu lebih baik.

Lalu, sebelah tangan Baekhyun perlahan diangkat dan memegang lembut pipi Eunhye dengan jarinya yang panjang itu. Bibirnya menguntumkan senyuman sedikit. Dia tahu Eunhye kadang-kadang pemalu orangnya. Dia boleh tangkap perubahan sikap Eunhye selepas dia meminta gadis itu untuk menjadi isterinya.

Sungguh, dia tidak bermain dengan kata-kata. Dia sudah mula menyayangi gadis itu sepenuh hatinya. Hatinya seolah-olah akan meronta apabila gadis itu pergi meninggalkannya. Sebab itulah dia ingin lebih dekat dengan gadis itu dengan menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Dia ingin melindungi gadis itu seraya menyayangi gadis itu seluruh hatinya.

Eunhye tergerak sedikit. Tetapi Baekhyun masih tidak mengalihkan jarinya yang panjang itu pada wajah Eunhye. Dia menikmati kecantikan Eunhye seolah-olah tiada hari esok. Lalu, dia mendekatkan wajahnya ke arah gadis itu. Kepala disengetkan sedikit dan mata dipejamkan. Bibirnya dengan Eunhye bersatu. Lembut.

Tidak mengambil masa yang lama, mata Eunhye perlahan-lahan terbuka. Pada mulanya dia terkejut apabila mendapati Baekhyun berada dekat dengannya. Tambah-tambah lagi bibir lelaki itu bergerak lembut di bibirnya. Tetapi, dia hanya membiarkan sahaja. Dan tidak mengambil masa yang lama untuk dia membalasnya. Matanya dipejamkan sekali lagi, menikmati sentuhan lembut milik bibir Baekhyun.

Apabila mendapati Eunhye membalas ciumannya, Baekhyun segera membuka mata dan menatap gadis itu dekat. Dia pun perlahan-lahan menjarakkan wajahnya daripada gadis itu. Terus mata mereka terbutang antara satu sama lain, seakan sudah terkunci untuk terus-terusan menatap.

Baekhyun menelan liurnya. Mulutnya terbuka dan tertutup, tidak tahu ingin memberi alasan mengapa dia tiba-tiba mencium gadis itu. Sudahlah mencium secara spontan, mengangu gadis itu tidur pula. Dia mula rasa serba salah.

"Saya...saya minta maaf...saya...saya tak bermaksud nak..."

"Baekhyun"

Eunhye meleret memanggil nama Baekhyun. Anak mata Baekhyun lagi sekali naik memandang mata Eunhye.

"Tentang lamaran awak itu....esok....esok saya akan beri jawapan"

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant