CHAPTER 12

48 6 0
                                    


AUDI RS5 Coupe night blue itu diparkir elok di tempat khas untuknya. Dah seminggu dia memandu sendiri. Bermakna sudah seminggulah dia tak dihantar Pak Majid.

Awalnya Ibu Dian tegah juga. Alasan? Dia belum mahir seratus peratus jalan di Kuala Lumpur. Nasib baik ada babanya tolong back up.

Mengingat itu, Aryan senyum sendiri.

Pak Aryawan memang nampak tegas dengan anak-anaknya. Tapi lelaki itulah yang paling senang dibawa bincang kalau melibatkan apa-apa.

Lain pula dengan Ibu Dian. Mamanya memang suka manjakan. Tapi dalam manjakan, mulutnya tak pernah henti dengan bebelan. Kata orang, itu tanda sayang.

Dia faham. Setiap orang tua nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila mereka bising atau tegur, itu bermakna mereka beri perhatian.

Aryan terus menapak ke bangunan Armaya. Melangkah saja ke ruang lobi, salam dan tunduk hormat sambut kedatangannya. Rutin yang diterima sejak status CEO disandang.

Kadang dia naik segan. Nak ditegah, diluar kemampuan. Seakan dia belum layak terima sebarang penghormatan. Lainlah Pak Aryawan. Tapi apa boleh buat. Dah orang bagi penghargaan. Senyuman mesra saja yang mampu dia bagi sebagai balasan.

"Morning, Tuan Aryan!" sapa Intan penuh ceria sebaik terpandang majikannya.

"Morning, Intan."

Gadis itu ekori Aryan ke dalam pejabat. Pembuka tirai tugasnya setiap pagi. Pen dan buku catitan di tangan setia menemani.

"So... what's the agenda of today?" soal Aryan. Beg kerjanya diletak ke meja. Duduknya dilabuhkan ke kerusi.

"Okey. Hari ni pagi sampai tengah hari jadual tuan free. Petang pukul 3.30 baru tuan ada meeting dengan syarikat kontraktor D'Creation untuk projek perumahan semi-D di Petaling Jaya tu."

"Cuman itu aja?"

"Ya, tuan."

"Alright. Anything else?"

"Oh ya. Jangan lupa, pagi esok. Pukul 10.00. Kita ada monthly meeting dengan semua ketua departmen."

Aryan angguk faham. "Lagi?"

"Itu saja, tuan. Saya keluar dulu. Kopi tuan saya hantar sekejap lagi," ujar Intan sebelum berlalu.

Aryan tersenyum. Kopi gadis itu kini dah jadi favouritenya. Macam baba.

Betullah kata Intan. Sekali dah rasa, memang takkan berhenti minta untuk seterus dan seterusnya.

"Hmmh. It's time to work!"

Fail-fail berisi dokumen atas meja mula diberi tumpuan. Hari ini banyak yang perlu diselesaikan. Baca. Semak. Tanda tangan.

Macam nampak senang. Tersilap buat keputusan, boleh membinasakan.

Aryan itu terus leka buat kerja. Sikit pun dia tak kalih dari tempatnya. Mujur keadaan seakan memahami. Tak ada sebarang gangguan pun yang datang sejak dia mula tadi.

Tittt!

Baru disebut-sebut. Dan-dan itu juga interkomnya berbunyi.

"Tuan."

"Yes, Intan."

"Ada tetamu nak jumpa tuan."

"Tetamu? Siapa? Punya appoinmentnya?"

"Tak ada. Tapi dia cakap dia teman tuan."

Kening Aryan berkerut. Dia punya temankah di sini?

"Tuan Aryan?"

🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂Onde histórias criam vida. Descubra agora