CHAPTER 18

56 7 0
                                    


LUGGAGE ditarik masuk. Seiring langkahnya ke dalam. Waktu saat ini sudah menginjak ke angka 10.00.

Huh!

Aryan mendampar tubuh ke sofa. Melepas lelah sejenak.

Penat betul dia seharian ini. Dahlah mesyuarat habis lambat. Penerbangan ke Kuala Lumpur pula delay. Patut petang dah sampai. Gara-gara satu sebab, semua perancangan habis tergelincir.

Seminit dua melepas penat, Aryan bangkit semula. Kaki lansung dihayun ke dapur. Ingin basahkan tekak yang terasa dahaga. Memang langkah kanan betul. Sosok Mak Minah terlihat baru selesai mengelap mini bar.

"Mak Minah."

"Eh! Aryan! Bila sampai?"

"Baruan sebentar."

"Mak Minah tak dengar apa-papun?"

"Itu tandanya kuping Mak Minah punya masalah itu!" seloroh Aryan. Gelaknya turut berderai.

"Eh, mana ada! Telinga Mak Minah masih sihat walafiat, tau! Selalu Doktor Hisyam buat chekup."

Mak Minah tak mahu kalah. Memang dah rutin. Setiap orang dalam rumah harus jalani pemeriksaan dengan Doktor Hisyam, doktor peribadi keluarga Pak Aryawan. Tiga bulan sekali, seperti yang ditetapkan.

"Aduh, Mak Minah. Aryan cuma bercanda doang, ah."

"Oh! Pandai kenakan Mak Minah, kan!"

"Mak Minah lagi marah?"

"Isk! Tak adanyalah. Nak marah buat apa. Ni... kamu masuk dapur ni, ada apa? Kenapa tak naik terus aje berehat sana? Penat kan baru balik."

"Tekaknya lagi haus, Mak Minah. Mau minum."

"Laa... ya ke. Kenapa tak cakap. Aryan nak minum apa? Mak Minah buatkan."

"Seperti biasa, favouriteku. Yang sejuk. Bisa?"

"Boleh. Sekejap Mak Minah buat."

Aryan topang dagu ke meja mini bar. Mata turut leka lihat Mak Minah bancuh jus lemon madu kegemarannya.

"Ni Aryan dah makan ke belum? Kalau belum, Mak Minah siapkan."

"Udah, deh. Waktu dalam flight ke mari," balas lelaki itu bersahaja. "Err... Sefhia gimana, Mak Minah? Dia baik-baik aja? Makan malemnya apa udah?"

Spontan, keluhan berat Mak Minah terdengar.

"Mak Minah ngapain keluhnya kok gitu sekali?"

"Entahlah, Ryan. Satu hari ni Sefhia lansung tak nak makan. Macam mana penuh pinggan masa Mak Minah hantar, macam tu jugak penuhnya masa Mak Minah ambil balik."

Kepala Aryan tegak serta-merta. "Loh! Kenapa?"

"Itu yang Mak Minah tak tahu tu. Aryan pun tahu kan Sefhia tu macam mana kalau ditanya. Payah betul mulut nak buka. Yang dia tahu, angguk geleng, anguk geleng. Tu aje!"

Aryan bungkam. Berita yang diterima sedikit mengejutkan. Biasa Sefhia dengar kata. Walau dipaksa, dia ikutkan saja. Tapi hari ini, kenapa?

"Hari-hari kemarin, gimana?"

"Eh. Okey! Selalunya dia okey. Cuma hari ni tak tahu kena angin apa. Mak Minah tengok dia pun lain macam aje."

Aryan diam lagi. Otak ligat berfikir apa yang sedang terjadi.

"Err... Mak Minah tanya sikit, Aryan jangan marah ya?" pinta wanita itu. Minuman yang selesai dibancuh, dihulur pada empunya yang minta.

"Nanya apa, Mak Minah?"

🍂 ReLaKu PuJuK  (Published) 🍂Where stories live. Discover now