24

8.3K 519 15
                                    


Adam diam memerhati Puteri yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut. Hilang kantuknya melihat Puteri makan.

Tadi semasa Adam sedang lena tidur, Puteri menggoyangkan lengannya. Sebaik sahaja terjaga, Puteri mengadu yang dirinya lapar.

Adam kerling jam pada dinding. Empat setengah pagi. Tiada kedai masakkan panas yang buka berhampiran kawasan perumahan mereka. Jadinya, sekarang ni Puteri menjamah nasi putih dan telur mata kerbau berserta kicap.

"Sedap ke, sayang?" Tegur Adam apabila melihat isterinya itu diam menghabiskan makanan.

Puteri mengangguk dan menyambung makan. Adam senyum lebar. Beberapa hari ni, keadaan Puteri semakin baik. Ada perubahannya. Adam lega.

"Minum air sikit. Nanti tercekik." Adam hulurkan segelas air masak ke Puteri. Puteri akur. Dia teguk perlahan air masak yang disediakan Adam.

"Dah." Ujar Puteri perlahan. Adam menemani Puteri ke sinki. Tangan Puteri dia basuhkan dengan sabun. Pinggan dan gelas Puteri turut dia basuhkan.

"Okay, jom masuk tidur." Adam mengajak. Namun, Puteri menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? sayang nak apa-apa lagi?" Adam bertanya lembut.

Tanpa kata, Puteri mengheret Adam ke tepi kolam renang. Matanya bersinar melihat air biru yang berkilauan dihadapan.

"Puteri nak mandi kolam ke?" Tanya Adam terkejut. Puteri menganguk laju. Bibirnya melebar teruja.

"Sekarang?" Adam garu kepala. Agak-agaklah bini oi nak mandi pool pun. Sejuk kot ni tengah pagi!

"Mandi.. nak mandi.." rengek Puteri perlahan. Dia kuis kuis lengan Adam. Siap pakej buat muka simpati.

"Okay, abang teman Puteri mandi. Go, abang tunggu sini." Arah Adam. Memang tak dia nak mandi waktu macam sekarang ni.

Puteri menggeleng laju. Dia tarik hujung baju Adam. Mengajak suaminya itu mandi sekali.

"Abang pun kena mandi ke?" Adam cebik pohon simpati.

"Jom.. teman.." ajaknya lembut. Suaranya bagaikan ditiup angin ditepi telinga Adam. Sungguh perlahan.

"Hm, yelah." Melihat wajah yang beria itu, tak sampai hati Adam nak membantah.

Adam turun ke dalam kolam renang terlebih dahulu. Pergh, dia punya sejuk tak boleh bawak bincang. Berdesup! babi pun boleh terbang macam ni. Namun, demi Puteri dia sanggup.

"Come, sayang." Adam hulurkan tangan. Perlahan Puteri sambut huluran tangan Adam.

Sebaik saja Puteri masuk ke dalam kolam renang, dia bertepuk tangan teruja. Sebelah tangannya merangkul erat leher Adam.

Adam senyum melihat Puteri yang menepuk permukaan air begitu teruja. Entah kenapa dia rindu akan semua ini. Kenangan lama dengan Puteri semasa di taman tema air terbayang.

"Nak berenang tak?" Tanya Adam.

Puteri menggeleng. Wajahnya mendung. "Tak pandai.." jawabnya sedih.

"Tak apa, berenang dengan abang." Adam senyum. Memang dia tahu isterinya itu tak pandai berenang.

Puteri kocakkan kaki ke dalam air apabila Adam berenang ke sana dan ke sini. Dia melekat menempel dibelakang badan Adam. Seronok!

Hampir lima belas minit Adam berenang, mereka keletihan. Pasangan suami isteri itu menyandarkan belakang tubuh pada dinding kolam. Menikmati keindahan tengah pagi itu.

Sedang Adam terleka merenung langit yang dipenuhi dengan bintang itu, lengannya terasa dipeluk seseorang. Adam menoleh.

Puteri melentokkan kepala pada bahu Adam. Dia memejamkan mata. Adam senyum melihat Puteri yang terlena sambil memeluk lengannya. Comel sungguh! atas kepala Puteri dia kucup.







"Itulah, orang lain tidur kamu berdua pergi berendam dalam kolam renang. Sekarang dua-dua demam! haih, ada ada jek perangai budak-budaknya tu." Bebel Datin Nora sambil menarik selimut membaluti tubuh Adam dan Puteri.

"Hehe, janganlah marah mama. Makin cantik." Adam tarik sengih mendengar bebelan mak mertua.

"Banyaklah kamu punya cantik. Dah, rehat secukupnya. Tengah hari nanti mama bawa naik makanan. Haihlah, akukan.." Datin Nora sambung membebel sambil beredar keluar.

"Sayang, okay tak?" Adam mengiringkan tubuh menatap Puteri yang kelihatan lemah itu.

"Maaf.." Puteri mencebikkan bibir. Bersiap sedia hendak menangis.

"Eh, kenapa ni? nak maaf apa ni sayang? raya lama lagi." Adam mengusap lengan Puteri.

"Adam demam sebab Puteri." Ujar Puteri sedih. Tangannya yang berada di dalam selimut dia keluarkan. Naik mengusap pipi Adam.

"Tak ada apalah. Abang kuat. Sayang tu rehat secukupnya. Nanti makin teruk pula." Adam senyum. Comel betul Puteri bahasakan diri dia Adam.

"Adam.." Puteri memanggil lembut. Tangannya mengusap perlahan pipi Adam. Kelopak matanya hangat.

"Hm? kenapa ni?" Tegur Adam lembut melihat wajah mendung Puteri.

"Sumpah rindu.. Puteri minta maaf.." Airmatanya gugur. Tangan yang mengusap pipi Adam bertukar merangkul leher suaminya pula. Puteri menangis didalam dakapan Adam.

"Allah, sayang.. sayang tak ada salah pun dekat abang. Tak mau nangis macam ni.." Adam mengusap belakang badan isterinya.

"Puteri jahat. Puteri marah abang, Puteri abaikan abang, Puteri tengking abang.. Hiks Puteri jahat!" Tangisnya.

"Tak sayang. Puteri tak jahat. Puteri baik, Puteri cantik, Puteri comel, Puteri manja, Puteri intan payung kesayangan abang." Pujuk Adam.

"Yeke Puteri kesayangan abang?" Dia menyedut hingus sambil merenung Adam.

"Iyaaa, Puteri kesayangan abang, kesayangan Adam selamanya." Adam sambar bibir Puteri sekejap. Dia sengih tak bersalah.

"Eh, kejapnya." Puteri cebik tak puas hati.

"Amboi sayang!" Sudahnya Adam gomol wajah si Puteri. Rindu sungguh dia dengan cinta hatinya itu. Gelak tawa Puteri adalah ubat bagi demamnya.











"Ibu tak kira, kamu telifon abang kamu suruh dia balik sekarang juga rumah ibu. Kamu dengar cakap ibu ni, Ariq! sekarang juga!"










•••

masalah tak habis lagi.


vote
komen

Cinta Hati Adam.Where stories live. Discover now