Bilik Disiplin (Hali)

1K 125 50
                                    

Hari itu adalah hari Jumaat. Waktu itu pukul 9 pagi. Semua murid sudah patut berada di kelas ketika itu. Tapi, tidak untuk satu pelajar ni.

Dia adalah Frostfire. Pelajar samsing sekolah. Dia sudah banyak kali terlibat dalam pergaduhan, dan semestinya, bukan pelajar yang terbaik di sekolah itu.

Frostfire berlari secara senyap senyap ke pagar belakang sekolah. Dia bercadang untuk ponteng sekolah hari itu.

FF : Heh, tak akan ada yang akan halang aku sekarang.

Dia melihat ke pagar sekolah yang tinggi itu. Tapi, ianya tidak merisaukan Frostfire kerana dia memang salah satu pelajar yang sangat ahli dalam permainan lasak macam panjat gunung dan lain lainnya.

FF : Heh, pagar tinggi ni, senang je nak panjat. Tapi, sebelum tu.

Frostfire mengeluarkan sesuatu dari dalam beg nya. Hand sanitiser yang dia curi dari salah satu pelajar semalam secara senyap senyap.

FF : Hehe. Kebersihan di utamakan. 😙 *sapu hand sanitiser ke tangan*

Maka, mulalah aksi memanjat pagar oleh Frostfire. Dia melompat, dan memegang palang besi pagar sekolah itu. Dia pun mula memanjat tinggi ke atas. Tapi, malangnya, aksinya harus berhenti di situ, kerana.....

??? : BERHENTI DI SITU, FROSTFIRE!!!

Suara yang sudah tidak asing di telinga Frostfire, menjerit, dan membuatkan dia memberhentikan aksi dia.

Dia melihat ke belakang. Memang betul jangkaan dia. Glacier, ketua pengawas bagi sesi pagi, berada di situ. Di belakang Glacier, Cikgu yang paling semua murid tak nak terserempak, Cikgu Hali.

Hali : Frostfire. Kamu akan datang ke bilik disiplin, sekarang.

Glacier tersenyum sahaja ketika itu. Frostfire, mengenggam tangannya pada palang besi itu, seperti marah. Dia menjeling ke arah Glacier sebelum melompat ke bawah.

Frostfire : *dalam hati* "Huh.... Dah mula dah, pelajar kesayangan semua orang lakukan benda yang baiklah sangat"

Frostfire memang tak pernah sukakan Glacier sejak pertama kali dia berjumpa dengannya lagi. Sejak sekolah rendah.

Frostfire hanya mengikut sahaja Cikgu Hali ke bilik disiplin, tanpa cakap apa apa. Dia tak berani nak bersuara pada ketika itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mereka pun tiba di bilik disiplin. Frostfire duduk di kerusi, di depan meja Cikgu Hali.

Cikgu Hali pula, berdiri, tidak melihat ke Frostfire. Keadaan sedikit tegang ketika itu. Tiada sesiapa pun yang mampu bersuara. Mereka hanya diam sahaja.

Tidak sehingga Cikgu Hali membuka suara.

Hali : Apalah nak jadi dengan kamu ni.

Frostfire tidak melihat ke arah Cikgu Hali. Dia hanya memandang ke bawah sahaja.

Hali : Pertama, terlibat dalam kes pergaduhan di dalam dan diluar sekolah. Kedua, terlibat dalam kes mencuri barang barang pelajar lain. Sekarang, ponteng sekolah pulak?! Apalah nak jadi dengan hidup kamu ni! Menyusahkan semua orang!

Frostfire masih tidak melihat ke arah Cikgu Hali.

Cikgu Hali memusingkan badannya, menghadap ke Frostfire. Mukanya ketika itu, memang tengah marah.

Hali : Kali ni, tiada dolak dalih lagi. Saya akan panggil ibu bapa kamu.
FF : Kalau cikgu panggil pun, diorang tak kan datang.

Akhirnya, Frostfire bersuara. Hali menatap tajam ke arah Frostfire yang masih tidak mengangkat wajahnya itu.

Hali : Oh, dan kenapa mereka tak kan datang?

Frostfire tidak bersuara.

Hali : Saya tanya. Kenapa mereka tak kan datang? Dengan apa yang kamu telah lakukan, kamu ingat mereka tak kan datang?
FF : *cakap sesuatu, tapi tak jelas*
Hali : Apa yang kamu cakap? Cikgu tak dengar lah!
FF : Saya cakap.... SEBAB MEREKA DAH TAK ADA!!!

Akhirnya, Frostfire membuka suara. Dia membentak. Dia akhirnya mengangkat kepalanya. Kelihatan yang dia cuba untuk menahan air mata dari mengalir dari matanya.

Cikgu Hali terkejut. Ini pertama kali dia dibentak oleh anak muridnya sendiri. Tapi, dia tak marah. Ini juga kali pertama dia melihat Frostfire menangis. Frostfire kembali menundukkan kepalanya ke bawah.

Cikgu Hali yang melihat semua itu, berasa sedikit terkejut tambah simpati.

Hali : Ibu bapa kamu.... Dah tak ada?
FF : Ya. Sejak saya lahir lagi. Ayah dah lama pergi, sebelum saya lahir lagi. Mak pula, pergi semasa saya dilahirkan. Lepas tu, saya dijaga oleh nenek saya. Tapi, dia pun pergi semasa saya 10 tahun. Lepas tu, saya hidup sendiri. Saya mencuri, untuk hidup. Saya tak ada sesiapa. Hanya saya yang berjuang untuk diri sendiri. Bila tiada yang kisah. Cikgu tahu kenapa saya bergaduh dengan mereka hari tu?
Hali : Tak, sebenarnya. Kenapa?
FF : Mereka kutuk, maki saya, anak yatim, tak ada ibu bapa. Kalau Cikgu yang kena, Cikgu pun akan marah jugakkan?

Bila Cikgu Hali dengar apa yang Frostfire katakan, memang ada betulnya budak tu cakap. Dia pun akan marah juga bila ada orang kutuk dia macam tu. Terutamanya, bila dia sebaya dengan Frostfire. Dia masih muda lagi. Dia tak dapat lakukan segalanya untuk diri sendiri. Dia pun tak dapat kasih sayang yang sepatutnya. Bila dia ingat balik, Frostfire menag benci dengan Glacier. Mula mula, dia tak tahu sebabnya. Tapi, sekarang, dia dah tahu. Glacier disayangi oleh mak dan ayah dia, dia tahu, sebab dia berkawan dengan ayah Glacier. Tambah lagi, semua orang sayang dan hormatkan fia, sebab dia ketua pengawas dan pelajar yang baik. Sebab tulah Frostfire benci dan cemburu dengan dia. Sebab dia tak pernah dapat rasa apa yang Glacier rasai.

Hali mendekati Frostfire. Dia mengusap kepala Frostfire, membuatkan Frostfire terkejut dan memandang wajah Hali.

FF : C-Cikgu?
Hali : Tak apa. Mesti sedihkan kena lalui semua tu. Sekarang cikgu dah tahu semuanya. Nak tak kamu ikut Cikgu balik, dan tinggal dengan Cikgu?
FF : B-betul ke Cikgu?
Hali : Ya. Kamu pun boleh berkawan dengan anak Cikgu. Dia pun sebaya dengan kamu.

Mata Frostfire bersinar.

FF : N-Nak, Cikgu!
Hali : Hm, baguslah tu. Tapi, janji dengan Cikgu, jangan lakukan semua tu lagi, ok? Jadi budak dan pelajar yang baik?
FF : Baik, Cikgu!






Tamat.

Cikgu siapa pulak lepas ni? owo Komen di bawah!

BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOTTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang