Guru Besar (Gempa)

702 82 30
                                    

Hari yang terlebih biasa mula lagi sekali bila matahari terbit di pagi hari yang tak beberapa nak indah sebab pagi tu hujan separa lebat.

Di sebuah rumah banglo 2 tingkat, seorang lelaki bermata golden, yang sememangnya orang Malaysia susah nak dapat warna mata tu ._., bangun dari mimpi dikejar pocong yang nak jadikan dia suaminya.

Gempa : WARG! Huh.... Fuh.... Selamat cuma mimpi. Bertuah punya pocong. Aku dah ada isteri lah.

Gempa pun bangun dari katilnya, dan segera masuk ke dalam bilik air untuk bersiap sedia untuk pergi ke tempat kerjanya, yang korang semua dah tahu dekat mana.

20 minit kemudian, setelah selesai bersiap dan ambil beg kerja dan segalanya yang lain yang perlu dibawa ke tempat kerjanya, Gempa pun turun ke tingkat bawah.

Gempa pun berjalan masuk ke dalam dapur rumahnya. Di dapur, kelihatan seorang wanita, berusia 30-an, sedang memasak di dapur. Walaupun sudah berusianya, wajahnya masih kelihatan muda. Dan juga, nampaknya wanita ini sedang mengandung.

Gempa : Selamat pagi, sayang.
Aminah : Ah! Abang, bangun pun. Ingatkan nak kena kejutkan baru nak bangun.
Gempa : Hm.... Abang terbangun sendiri sebab mimpi kena kejar pocong.
Aminah : Pulak. Dah dah, nah, nasi goreng, panas panas, berasap mengalah gunung berapi yang nak meletus, dan secawan kopi terlebih pekat, seperti yang abang suka.
Gempa : Sayang memang tahu apa yang abang suka.
Aminah : Mestilah. Kalau tak, macam mana abang boleh jatuh hati ke Aminah, kan? Hehe, dah dah, cepat makan. Abang dah lambat nak pergi kerja ni.
Gempa : Ok ok.

Gempa pun segera memakan dan meminum hasil tangan isteri tercinta nya itu.

Setelah selesai, Gempa dan Aminah pun berdiri di depan pintu rumah. Gempa mencium pipi dan perut isterinya.

Gempa : Besar sihat sihat tau, sayang. Lagi 2 bulan dah nak lahir ke dunia dah. *usap perut Aminah*

Gempa pun masuk ke dalam kereta dan memandu keretanya ke sekolah SMK Pulau Rintis.

Gempa pun memarkingkan kereta nya di luar pagar sekolah dan keluar dari kereta dan masuk ke dalam pagar sekolah. Pak guard sekolah mereka, Pak Samad, yang kebetulan sedang melepak dekat bangsal nya, menegur Gempa.

Samad : Ah! Selamat pagi, Cikgu Gempa.
Gempa : Selamat pagi juga, Pak Samad. Macam mana Pak Samad pagi ni?
Samad : Ok je. Budak budak tu tak buat masalah langsung. Cikgu Cikgu semua memang dah didik budak budak tu dengan baik. Kalau Cikgu tak ada untuk kawal sekolah ni, mesti dah jahanam dah sekolah ni budak budak tu kerjakan.
Gempa : Haha, tak adalah, Pak Samad. Saya hanya lakukan tugas saya sebagai ketua sekolah ni, dan ayah kepada semua murid murid tu. Saya pergi dulu ya?
Samad : Baiklah, Cikgu.

Gempa pun berjalan, naik tangga ke pejabat sekolah. Setelah sampai di tingkat 3 banggunan A, Gempa berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang berpintu kaca. Itulah pejabat sekolah. Gempa meletakkan begnya di bawah meja pejabat dan duduk di atas kerusi hitam besar khas untuk Guru Besar sekolah itu.

Gempa : Baiklah. Ada lagi 30 minit sebelum perhimpunan rasmi. Nak buat apa ya sebelum tu? Kertas kerja semua baru dapat pukul 8 nanti. Hmmmmm..... Hmmmmmm.... HMMMMMMMM...... HMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM. Ahah! Main Worms Zone jelah!

Gempa pun mengeluarkan telefonnya dari dalam poketnya dan membuka app Worms Zone, dan bermain.

Gempa : HEHE! MAKAN DIA! MAKAN! HOHO, AKU NOMBOR SATU- EHHHHHH?! *kena makan, mati* TIDAKKKKKKK!!!

Selamat lah yang pejabat tu kedap bunyi. Kalau tak, yang berdekatan mesti dah boleh dengar si Gempa tu menjerit sebab kalah.

Gempa : Hm.... Dah lah. Dah kena turun bawah sekarang.

Gempa pun keluar dari pejabat dan turun ke bawah dan pergi ke tapak perhimpunan untuk perhimpunan rasmi setiap hari Isnin.

.
.
.
.
.

Gempa : Baiklah, Cikgu tak kan cakap banyak. Yang Cikgu nak cakap adalah, pastikan kamu semua kamu semua ikut peraturan sekolah, jaga adab dengan guru dan pelajar lain. Kamu semua tahu yang sekarang ini musim Covid 19,jaga kebersihan. Bagi Pelajar Tingkatan 1 dan Cikgu baru, selamat datang kembali ke sekolah ini. Kamu semua mesti tak dapat rasa lama sangat di sekolah ini, kan? Biar saya kenalkan diri saya sekali lagi. Kepada yang dah lupa. Saya Cikgu Gempa, Guru besar sekolah ini. Kamu semua dah boleh kemas barang masing masing dan beratur naik ke kelas.

Itulah kehidupan seharian Gempa sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis.









Tamat

Next, Cikgu Pisang pulak UwU

BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOTWhere stories live. Discover now