Makmal Sains Terbakar (Solar)

648 77 45
                                    

Kalau cakap pasal Cikgu Sains paling disukai ramai di sekolah, mesti tak akan ada nama lain yang keluar kecuali Cikgu Solar.

Ya, Cikgu Pisang kita, Cikgu Solar. Cikgu Sains paling pandai di sekolah itu. Dia juga insta famous kepada murid murid kesayangannya, iaitu kelas 1 Delima. Solar juga selalu buat live cara cara jaga kebersihan kepada murid muridnya, sebagai tajuk tambahan semasa PKP. Dia juga sangat terkenal dengan sifat sombongnya kadang kadang. Tapi, ianya tidak menjatuhkan populeritasnya di kalangan murid murid.

Dia juga sangat, sangat, SANGAT, gilakan eksperimen. Sekiranya dia tak ada kelas yang mahu diajar, dia akan menggunakan makmal Sains yang kosong untuk melakukan eksperimen di sana. Macam macam eksperimen yang dia lakukan, dan ada kadang kadang eksperimen yang memang tak masuk akal. Contohnya, apa jadi kalau dia cuba tumbuhkan pokok terbalik, akar kat atas dan daun ke bawah, ataupun eksperimen roti cardenia!!! (yes, idea dari Mais_as UwU)

Macam macam lagilah si Pisang tu buat dekat makmal kesayangan dia tu. Dah macam tak boleh dipisahkan pulak Solar dengan makmal Sains tu.

Hari ni, dia tak dapat banyak jadual kelas untuk di ajar. Memandangkan dah ada kesempatan di situ, Solar pun berniat nak lakukan eksperimen di makmal sains tingkat paling bawah block C selepas dia siapkan kertas kerjanya.

Solar : Ok, sikit lagi...... Siap. Masa untuk berjumpa dengan alatan alatan makmal kesayangan ku~

Solar pun berjalan keluar dari bilik guru sambil berskiping macam hari tu adalah hari terindah dalam hidupnya. Kawan paling baik di sekolah Cikgu Solar, Cikgu Thorn, yang kebetulan ada di sana, melihat Sokar pergi.

Thorn : Mesti dia nak pergi buat eksperimen dia tu. Haih~ Cijgu Solar, Cikgu Solar. Apalah nak jadi dengan hidup kau ni. Kalau berterusan macam ni, kau akan kahwin dengan alatan alatan makmal Sains tu jelah.

Thorn pun melakukan hal nya sendiri, dan berambus keluar dari bilik guru sebab dah lambat nak ajar budak budak PPKI tu.

Kembali ke Cikgu Pisang Tiang Lampu Matahari Labah Labah Cicak kita, Solar sudah tiba di makmal Sains itu. Dia membuka pintu dengan kunci untuk makmal Sains. Memang setiap Cikgu Pendidikan Sains akan memegang kunci untuk makmal Sains, supaya memudah mereka kalau nak gunakan Makmal Sains.

Cikgu Solar pun masuk ke dalam makmal, buka lampu dan terus berlari ke belakang makmal dan mengambil segala alatan untuk eksperimennya.

Solar : Hm~ nak buat eksperimen apa ya hari ni?

Tiba tiba, muncul mentol lampu di atas kepala Solar, bermakna dia mendapat idea.

Solar : Aku tak pernah buat eksperimen yang merbahaya yang selalu tunjuk dekat cerita cerita tu. Apa kata aku cuba.

Solar pun segera mengambil segalanya yang korang selalu tengok dekat cerita cerita tu. Cecair cecair kimia pun diambilnya.

Solar : Baiklah. Jom cuba. Masukkan yang ni, secara perlahan lahan ke dalam balang yang ni.....

Solar pun mengambil balang yang ada cecair biru, dan memasukkan cecair itu ke dalam satu lagi balang yang ada cecair warna ungu secara berhati hati. Selamat, cecair itu tidak meletup. Ianya membuat bunga api kecil, keluar dari balang itu.

Solar : WAHHHHHH!!!

Ah, sudah. Solar dah mula nak lakukan benda tu buat selama lamanya. Solar mengambil balang yang lain, dan mula melakukan eksperimennya. Setiap eksperimen membuat hasil yang berlainan, tapi cukup menakjubkan, sehingga membuat Solar kagum.

Semasa nak masukkan cecair hijau ke dalam cecair warna kuning, tiba tiba, Solar terbayangkan wajah seseorang di kepalanya. Dia adalah Cikgu Amni. Cikgu Pendidikan Bahasa Melayu. Boleh dikatakan, Cikgu Amni adalah Cikgu paling manis di sekolah itu. Senyumannya sentiasa membuat hati Solar cair. Solar dah lama ada perasaan untuknya. Sejak dia pertama kali jadi Cikgu di sekolah itu, 7 tahun yang lalu. Tapi, disebabkan ego nya, dia simpan perasaannya, jauh di dalam hatinya. Dia lebih pentingkan kerjanya dari benda lain.

Tanpa sedar, dia tertuang cecair itu dengan cepat ke dalam cecair kuning. Apa lagi......












BOOOOOOOMMMMMMMM!!!!











Bahan kimia itu meletup, membuatkan makmal Sains itu terbakar. Dengan cepat, Solar berlari keluar dari makmal dan menyelamatkan dirinya dari dijilat api. Pelajar dan guru lain yang nampak perkara itu, segera mencari bantuan.

Cikgu1 : Semua! Lari ke tempat selamat! Jangan datang dekat dengan api!
Murid1 : Baik, Cikgu!
Murid2 : *masak telur dekat api yang keluar dati tingkat sambil bersiul*

.
.
.
.
.
.
.

2 jam kemudian, Solar dimarahi dengan teruk oleh Gempa, sebab dah musnahkan makmal Sains. Kos nak baik semula mahal kot! Dah lah gaji Cikgu ni kecik! Mana nak cari duit nak baiki makmal tu?!

Moral of the story, jangan pandai pandai cuba benda bahaya macam Cikgu Solar buat tadi, yang telah hampir meragut nyawanya.











Tamat.

Author ada minta kebenaran dengan NSakuraNyaaa untuk lukis oc dia dengan gaya Author. Well, ini dia.

Cowwy kalau tak cantik

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Cowwy kalau tak cantik. Author tak pandai lukis qwq👉👈💔 Bye!

BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOTTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon