1

1.1K 38 0
                                    


Bunyi loceng sekolah mula berbunyi menandakan waktu sekolah sudah habis. Horeyy!! Akhirnya bebas jugak aku dengan sekolah yang malapetaka ni. Okey aku tipu sebenarnya. Mengata pulak sekolah sendiri.

Aku mengemas segala buku buku di atas meja aku lalu ku masukkan kesemuanya di dalam beg biru yang elok tersandar kemas di bucu bawah meja aku.

Sambil aku meletakkan buku di dalam beg seseorang menyapaku dari belakang seraya menepuk bahu ku. Aku menoleh.

"Syah, nanti kau lepak tak dekat belakang sekolah macam biasa? Diorang semua dah tunggu kat sana. Katanya ada perbincangan." Ujar kawan baik aku Hanna Safiyyah. bukan Hanna Delisha ya. Dia masih lagi ralit memandang skrin telefon nya. Dekat sekolah ni guru guru membenarkan pelajar membawa handphone cuma waktu belajar jangan ambik kesempatan pulak.

"Iya, aku ikut jom gerak." Balasku dan terus bangun dari kerusi. Beg yang tersandar tadi lantas aku ambil dan membawanya sekali.

Kengkadang aku melepak dekat belakang sekolah dengan kawan yang lain. Tapi aku lah yang paling jarang nak lepak.

"Kau join ke camping yang cikgu ikhwan maklumkan tadi?" Tanyaku memecahkan kesunyian. Si Hanna ni pula asyik main dengan iphone 7 dia je. Tak dengar lah tu apa yang aku tanya tadi.

And i truly say dia ni memang buat aku palau. Memang tak dengar apa aku cakap. Geram!

"Nur Hanna Safiyyah Binti Abu Salim!"Jeritku membuatkan Hanna menoleh seraya terhinjut bahu. Suara aku memang kuat. Geram pulak aku dengan si minah ni. Sudah lah main phone je member sebelah ni tak nak layan.

"Kenapa?" Aku mengeluh berat. Dia menjongket kening.

"Main phone je kau dari tadi. Lain kali masuk je lah dalam phone tu terus. Leka sangat!" Sindir aku dan menjeling ke arah Hanna.

Lantas ku berjalan laju meninggalkan dia di belakang. Dia mengejar aku. Nak pujuk lah tu.

"Jangan lah merajuk syah...aku tak sengaja tadi maafkan lah aku...." Ucapnya membuat tangan merayu dan muka comel. Kau fikir buat macam tu buat aku cair hape? Nasib member.

"Haishhh, aku nak tanya ni, kau join ke camping yang cikgu ikhwan maklumkan tadi dekat kelas?"Soalku lagi tetapi hanya memandang wajahnya sekilas. Saja je nak merajuk.

"Aha! Kau sabar sat nanti nanti kat sana kita berbincang okey?" Dia terus berlari meninggalkan aku di belakang. Tadi aku tinggalkan dia sekarang ni dia balas balik. Uwaaa kurang ajar punya member!

Aku telah pun tiba di destinasi yang merupakan tempat kami lepak di pondok yang sederhana ini. Kawan aku semua lawa dan handsome. Sekali sekala puji member sendiri.

"Lambat hang pa sampai? Buat apa? Gaduh dengan Adam lagi?" Soal Faiz salah seorang kawan aku. Faiz ni lah yang paling anoyying dekat sini. Tapi aku seronok berkawan dengan dia ni.

"Lambat sekali sekala je."Aku tersengih kambing. Faiz membuat muka bosan diikuti rakan yang lain. Diorang dah muak dengan alasan aku hahahah.

Aku melompat ke belakang dan duduk di sebelah kawan perempuan aku Juju dan di sebelahnya ada Hanna dan Faiz.

"Juju dengan Raziq tak payah join sebab korang bukan form five lagi masih lagi budak bawahan."Celah Rizwan niat ingin bergurau. Jangan marah kawanku. Camping ni hanya untuk kalangan pelajar form five sahaja. Jadi wajarlah Juju dengan Raziq jeles.

"Kau diam!"Juju menunjukkan buku limanya ke arah Rizwan. Rizwan menghalakan tangan nya ke arah Juju tanda mengalah.

"Halah gurau sikit je tu kan?" Faiz mula bersuara. Kami semua mengangguk mengiyakan kata Faiz. Juju dan Raziq mencebik.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now