6

481 27 3
                                    


   Aku berlari tercungap cungap mengejar Amir yang sedang berlari dari aku. Sempat dia menjelir lidah. Seronok kau ya mainkan aku. Siap kau nanti. Aku cubit kau puas puas!

"Angah! Yuhuuuu! Sinilah!"

Dia mengejek ku seraya menjelirkan lidahnya semula. Aku mengecilkan mata memandang Amir yang sedang seronok mentertawakan ku.

"Sini kau!" Aku berlari pantas mendapatkan nya.

Lari punya lari Amir terlanggar tiang sekolah dan mengaduh kesakitan. Dia mengangkat kaki kanan nya seraya membuka kasut dan mengusap ngusap tempat sakit itu. Aku tersenyum mengejek.

"Itu lah balasan Allah bagi! Main main lagi dengan aku. Padan Muka Bluerkkk!" Kali ni aku pula yang mengejeknya seraya menjelirkan lidah padanya. Dia mengomel mengutuk aku. Aku dengar.

"Kutuk Angah!" Jeritku

Dia berhenti mengusap kaki nya dan memakai kasut kembali.

"Kutuk sikit je." Jawab Amir tersengih.

"Kenapa lah aku dapat adik macam kau ni kan?" Perli ku membuat riak wajah sedih

"Eleh. Bersyukur sikit tau dapat Adik macam Amir ni. Dah lah Handsome, tinggi. Hot pulak tu."

Tak dinafikan. Amir pernah mengadu dekat aku dia pernah dingurat oleh beberapa perempuan dekat sekolah ni. Kesian adik aku ni hahahha hari hari mengadu dekat aku. Aku nak buat macam mana kan? Setakat dengar je lah drama dia tu. Sebab tu lah jangan nak jaga muka sangat. Pakai krim lah apa benda lah. Kau tengok aku natural je. Baby face eheks!

"Hmm ye lah. Selalu perasan."

"Bukan perasan tapi fakta. Bukan macam Angah pendek dari dulu lagi."

"Woi! Angah kan perempuan biarlah jadi pendek. Comel apa?" Bidas ku kembali tidak berpuas hati

Amir tergelak mengejek. "Nanti Adam kena sabar lah dengan perangai Angah ni yang selalu kuat perasan!" Dia pun nak melawan jugak. Aku menunjukkan penumbuk ke arah muka nya.

Amir mencubit kedua pipiku seraya menggerakkan wajahku ke kanan dan ke kiri. Aku menepis tangan nya perlahan.

"Apa kau ni Amir?" Soalku hairan dengan kelakuan nya tadi.

"Angah ni comel sangat!"

"Ye ke?" Aku kembang sebenarnya.

"Ex Angah masih lagi satu kelas dengan Angah ke?" Soal Amir tanpa menjawab soalan ku tadi.

Aku membuat muka bosan "Tak lah. Dia dah pindah kelas first. Kenapa? Kau nak ngorat dia?" Soalku bergurau.

"I'm not a gay okay!" Katanya seraya menepuk bahuku lembut. Aku tergelak seronok.

"Kau tau tak ramai tau perempuan yang fikir kau ni gay sebab semua perempuan kau reject." Aku mula menukar topik.

Dia mengeluh perlahan "Tak bermakna tak layan perempuan tu kita gay. Lagipun Amir nak focus dalam pelajaran dulu."

"Elelelele ayat!" Usik ku

"Betul lah!" Amir tak mahu mengalah.

"Baguslah macam tu."

"Dah! Kaki kau sakit kan? Jom balik kelas nanti kang lambat pulak." Ujarku menghampiri Amir.

"Jom lah." Balasnya. Kami berdua menuju ke kelas masing masing.

Mula mula bila Amir dapat tahu yang Hanaqi tu Adam memang terkejut habis. Lepas tu suka hati je peluk Adam tu. Adam pun balas pelukan Amir balik. Kawan lama berjumpa kembali macam tu lah jadinya.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now