17

334 28 0
                                    


  Waktu yang mendebarkan. Sudah satu bulan akhirnya masa sudah tiba. Baju tunang sudah pun disediakan oleh Mama dan Aunty Dayana.

Sejak kawan kawan sudah tahu yang kami akan bertunang. Sejak itulah mereka tak habis habis ingin mengusik ku. Ya. Aku sudah muak. Walaupun mereka tahu yang  aku agak menyampah tapi mereka juga tetap ingin menyakat. Nasib korang member aku je. Kalau tidak dah lama aku tutup mulut korang tu guna plastik sampah. Tak habis habis nak mengusik.

Korang mesti ingat harini kan waktunya kitorang akan langsungkan majlis pertunangan tapi salah. Esok ialah harinya. Harini hari jumaat.

Entah sudah beberapa kalinya Adam hari ini memperingatkan aku untuk memberitahu pada kawan kawan yang mereka akan dijemput datang ke dalam rumah Adam sekali gus menginap di sana. Untuk? Untuk Esoklah.

Waktu sahaja semua sudah beredar keluar dari kelas aku mula memanggil Rizwan dan Rizwan hanya sekadar menoleh dan menjongket kening. Aku menghampirinya setelah memastikan hanya Aku dan Rizwan sahaja yang berada di dalam kelas ini.

"Kau tahu kan rumah Adam?" Soalku. Dia sekadar mengangguk.

"Err.....family aku dengan family Adam jemput korang menginap dekat rumah Adam. So malam ni datang lah."

"Aku tahu tu Aisyah. Aku tahu dua hari lepas. Adam yang bagitahu Aku semua ni. Kawan kawan kita pun dah tahu. Reza pun sekali."

Bangang punya Adam! Kau nak mempermainkan Aku lah ni? Tak guna!

Aku sekadar tersenyum malu. Dalam hati sudah aku sumpah seranah dengan Adam. Kalau dia dah bagitahu kenapa dia nak suruh aku bagitahu lagi dekat diorang?

Rizwan kemudianya tertawa. "Kesian kau dapat bakal tunang macam tu. Sabar eh?" Pujuknya seolah tahu perasaanku ketika ini. Aku hanya sekadar mengangguk sahaja. Dia tersenyum nipis sebelum kami bergerak keluar dari kelas itu bersama.

Kami keluar dari luar sekolah dan terlihatlah seseorang yang sedang tersenyum ke arah kami. Guess what? Cerita ni bukan lah cliche sangat.

"Nak join balik sesama boleh?"

"Kalau kitorang tak cakap boleh pun kau tetap jugak ikut kitorang." Balasku. Amir tersengih besar.

Dan kami bertiga pun berjalan kaki bersama.

"Datang tau nanti dekat rumah Adam! Nanti kita sama sama push rank." Amir mula mengajak Rizwan. Rizwan memberi simbol ok dan terus masuk ke dalam rumahnya yang agak besar itu.

Amir dan Rizwan hanya berkawan biasa je. Kadang rapat dan kadang tak.

Masuk sahaja dalam pagar rumah kami maka terlihatlah sebuah kereta berwarna silver berjenama proton saga di situ. Serta merta bibir kami mengukir senyuman riang.

"Along!! I miss you!" Amir menjerit dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Tiga bulan tidak jumpa Along. Aku pun mula masuk ke dalam rumah dan memberi salam walaupun di ruang tamu memang tiada orang. Tapi tetap dapat pahala jugak sebab memberi salam. Jadi ianya tidak lah sia sia.

Kedengaran suara Along dan Amir di bilik Along. Aku terus memasuki bilik Along.

Along tiba tiba mendepakan tanganya minta dipeluk. Aku menggeleng tidak mau ingin memeluknya. Dia kemudian mencebik.

"Tak rindu Along ke?" Soalnya dengan nada sedih. Aku sekadar menjongket bahu "Tak." Bohongku.

"Along rindu Angah tau. Sampai hati Angah langsung tak rindu Along." Ujarnya sedih. Aku ketawa kecil.

"Along balik ni pun sebab mohon dengan pengetua nak balik sini tiga hari. Tak kesian ke dekat Along ni? Kalau tak mohon tak dapat lah Along nak pergi majlis pertunangan Angah. Student dekat sana pun sedih bila dapat tahu Along cuti kejap. Biasalah....pensyarah hot." Sempat lagi Along memuji diri sendiri.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now