2

659 31 0
                                    


Aku menyepak nyepak tin yang sepah merata di tepi sekolah aku itu. Dalam sekolah cantik sampai luar je macam kilang sampah je. Tiba tiba bersepah pulak hari ni.

Sedang aku leka menyepak tin tin di situ ada orang terlanggar bahu aku. Aku tak tahu salah siapa. Aku menoleh dan mengangkat muka.

Okey mamat sewel ni yang melanggar bahu aku. Kalau dia memang sengaja lah kan? Husnudzhon sahaja je lah aisyah aliya.

"Maaf." Ucapku datar memandangnya sekilas sebelum menoleh ke arah lain. Tak nak hadap muka dia.

"Lain kali kalau nak jalan pandang lah dekat depan bukan main sepak sepak tin!"

Aku membuat muka meluat. Aku tahu aku salah.

"Eh suka hati aku lah nak pandang mana. Ni mata aku bukan mata kau!" Bidasku kembali. Mulut ku menggumam mengata dia. Kalau kau dengar apa aku gumam ni lagi bagus!

"Berani nya lah kau ni ya, kau ni siapa nak melawan aku bagai? Tak ada rasa hormat ke apa dengan aku? Nasib aku ni baik tak ada nak tulis nama kau kat buku laporan aku. Kau sedar tak kau lawan dengan siapa sekarang ni?" Mula dah mamat ni nak membebel.

"Manusia kan?" Jawabku sinis sambil berpeluk tubuh memandangnya.

Adam tersenyum menyenget. Kedua tangan nya diselitkan dalam poket uniform ves pengawasnya berwarna biru pekat itu. Satu je aku cakap. Macho! Haip! Sedar aisyah, Adam tu musuh kau! Jangan nak terpedaya sangat pandang dia nanti dia perasan aku usha dia.

"Enjoy view me?" Soal Adam nakal.

Aku membulatkan mata dan membuat mulut senget tanda menyampah.

"Tak nak aku pandang kau! Baik aku pandang lelaki lain dari kau."

"Aku tahu aku handsome dan hot kat sini. Kau tak ada crush dengan aku ke?"

"Seriously? Memang tak lah aku nak crush dengan kau. Mati hidup semula pun aku takkan lah!" Aku membuat muka geli geleman.

Dia tergelak sinis. Kuajo mamat ni!

"Jangan cakap besar aisyah. Kot kot lah kau tu tetiba boleh suka dengan aku. Hati seseorang tiba boleh berbolak balik. Kau cakap lah setinggi mana pun kau tak suka aku kalau satu hari nanti kau suka dekat aku......aku ucap tahniah dekat aku sendiri?"

"Apasal pulak?" Soalku pintas tak berpuas hati.

"Because....." Adam kemudiannya mendekatkan dirinya menghampiri ku. Aku menjauhi sedikit.

"Because i will make you in love with me one day."

"Aku cuma nak buat kau jatuh cinta kat aku je tapi tak bermakna aku akan jatuh cinta dengan kau jugak. So tak payah nak perasan." Sambung nya lagi

"Heh! Tak ingin pun lah. Okey buat lah. Aku nak tengok hasil kau tu boleh buat aku suka kat kat atau pun tidak." Dan aku pun bengap pergi mengiyakan jugak kata mamat sewel ni. Kenapa kau bengap sangat aisyah?! Kalau betul betul menjadi macam mana? Habis lah dia akan gelakkan aku. Mati akal aku.

"Dan jangan ingat kau seorang je yang boleh buat. Aku akan pastikan kau pun akan jatuh cinta dengan aku satu hari nanti. Wee see this game." Okey aku tipu kat dia je sebenarnya. Saja nak bagi dia suspen.

Dia menggulum lidah. Tangan telunjuk kanan nya mengetuk dagu. Aku tersenyum puas.

"Okey. Deal!" Balasnya tersenyum

"So aku menang kalini. Aisyah 1 Adam 0"

"Huh okey." Balasnya separa ikhlas.

Dan aku pun tersenyum puas. Dia terus pergi ke mana entah aku malas nak tahu. Yang aku tahu sekarang ni tujuan aku nak balik rumah lepas tu bersihkan diri.

Aku membelek belek baju sekolah aku. Bau masam sikit! Balik rumah kena terus mandi ni.

Dari jauh aku dapat melihat beberapa kasut di hadapan rumah. Kasut kasut itu tersusun rapi di atas rak kasut. Tak pernah nampak pulak kasut kasut tu sebelum ni. Tetamu agaknya.

Masuk sahaja rumah. Ada beberapa orang sedang duduk di ruang tamu bersama papa dan mamaku. Kawan papa lah tu. Tapi bila aku memandang kembali. Ada satu orang yang familiar gila nak mati! Malas nak fikir.

"Ini lah dia anak perempuan aku tu. Nama dia Aisyah Aliya." Papa kenalkan aku depan semua tetamu. Mereka tersenyum memandangku. Aku menunduk memberi hormat.

Aku memberi salam pada perempuan yang aku agak mungkin sebaya dengan mama aku selepas memberi salam. Kawan mama lah kot. Tadi berbual bukan main mesra tadi.

Semua di ruang tamu memandangku dan menjawab salam ku serentak seraya tersenyum manis memandangku. Aku menghadiahkan senyuman manis pada mereka kembali. Okey yang ini aku ikhlas! Ada empat orang tetamu di sini. Aku perhati satu persatu secara senyap senyap kan nanti kata aku gatal pulak kan? Siapa tahu?

Aku kemudian menyalam Papa dan Mama. Lupa nak salam tadi hahahha anak tak guna aku ni.

Sempat lah aku menjeling seseorang lelaki yang sangat lah aku rasa aku pernah nampak. Bila aku perhatikan betul betul mataku membulat besar.

Lelaki tu adik Adam! Sah dia! So ni family Adam lah kiranya kan. Dunia ni kecik sangat ke acaner? Hadoyai Papa dan Mama ni dah lama ke berkawan dengan mak ayah diorang?

"Saya pergi naik atas dulu ye? Assalammualaikum." Aku menunduk seraya tersenyum memandang mereka dan terus pergi naik atas.

Sedang aku hendak masuk ke dalam bilik telinga ku jelas mendengar satu ayat yang bagi aku sangat entah lah. Ayat 'tunang' itu jelas dalam pendengaran telinga ku. Siapa nak tunang? Okey jangan masuk campur.

______________________________

Kekurangan lagi so yeah? Apa apa pun baca sahaja je lah kekurangan aku ni. Aku bukan nya pandai pun buat cerita. Aku hanya mencuba je.

Vote and comment!

Comment negatif pun aku terima seadanya.

  Cinta yang dipendam [COMPLETE] ✅Where stories live. Discover now