LMTTE EPILOGUE ; 1

70 10 26
                                    

“ jeon jungkook ! bangun la dah pukul berapa dah ni ” jerit ku dari tingkat bawah . laju saja kaki ku naik ke bilik apabila tidak menerima sebarang respon dari jejaka itu .

pintu aku kuak dari luar lalu ku lihat kan tubuh sasa nya sedang tidur lena bersama dua bayi kecil disebelah nya .

“ jungkook bangun la sayang dah pukul berapa ni... awak lupa eh hari ni kita nak pegi mana ” ujar ku lalu duduk disebelah nya .

rambut berwarna perang gelap itu aku usap perlahan . dia cuma bergerak sedikit .

“ erm saya penat la sayang nak tidur ~ ” kata nya lalu menghadap bayi kecil itu . aku tersenyum kecil melihat tangan nya sudah berada dia atas bayi itu .

“ awak janji nak bawa junghyun dengan hyunbin jalan jalan kan jungkook ” kata ku lalu bergerak kearah dua bayi kembar itu .

aku dan jungkook dikurniakan dua bayi kembar . seorang perempuan dan seorang lelaki .

“ awak mandikan baby dulu la nanti saya bangun okay ” kata jungkook ringkas . aku mengeluh kecil . sejak dia mula berkerja di syarikat tuan jeon , dia cepat penat . maklum la baru lagi kan .

“ okay la twin dah siap mandi tapi daddy dia tak bangun lagi saya kurung awak dalam stor ye ” gurau ku . laju saja jungkook bangun .

“ ha mana ada saya tidur ha pegi mandi kan twin dua ketul ni ” kata jungkook lalu mengosok mata nya . aku tergelak kecil lalu mendukung mereka berdua .

sedang ralit aku memandikan mereka berdua , suara jungkook datang menyapa telinga ku .

“ sayang kita nak pegi mana ye ? saya lupa la ” soal jungkook yang berdiri dibelakang ku itu .

“ saya nak bawa junghyun dengan hyunbin jumpa omma dengan appa lepastu kan kita ada alumni kat sekolah ” jelasku kepada jungkook . dia mengangguk lalu keluar dari bilik air .

“ daddy siapa tu sayang ish ish... macam mana la mummy boleh kahwin dengan daddy hm ” bisik ku kepada junghyun dan hyunbin .

“ apa dia sayang ? awak cakap apa tadi ” jerit jungkook dari luar . aku tergelak kecil .

“ mana ada saya cakap apa apa la ish pegi mandi sana ” jerit jungkook . aku menangkap tawa halus dari nya .

        ꒰⚘݄꒱₊_______________   

gaun berwarna hitam dengan sedikit corak bunga yang tersarung itu aku betul kan . hampir 20 minit aku berdiri dihadapan pusara milik puan choi dan tuan choi .

“ omma , appa... yun datang bawa menantu dengan cucu omma , appa ” ujar ku perlahan . jungkook sedang mendukung junghyun manakala aku mendukung hyunbin .

“ yun tau mesti omma dengan appa tengah tengok yun sekarang kan... yun dah bahagia dengan jungkook sekarang... mesti omma dengan appa suka kan ” ujar ku dengan suara yang sedikit bergetar .

laju saja tangan jungkook menggenggam erat pergelangan tangan ku . aku tersenyum kecil . dia bagai memberi aku tenaga .

“ nanti yun datang lagi eo omma , appa... yun balik dulu ” kata ku lalu bergerak meninggalkan kawasan itu .

“ jimin message tadi... dia kata dia tunggu dekat kelas lama kita ” ujar jungkook perlahan . aku hanya mengangguk .

         ꒰⚘݄꒱₊_______________   

kereta hyundai palisade itu diparkir betul betul dihadapan sekolah . jungkook keluar dengan kaca mata hitam dimata . aku perati pelajar pelajar perempuan yang mula bersorak bila nampak jungkook .

jungkook terus bergerak ke tempat pemandu lalu pintu dibuka . dia mendukung junghyun lalu membantu aku untuk keluar . sekali lagi perati wajah mereka ada yang kelihatan terkejut bila aku keluar dari kereta bersama dua kanak kanak .

“ weh jungkook sunbae dah kahwin ke huwaa ”

“ eee hensem nya jungkook sunbae ! ”

“ umur jungkook sunbae baru 20 kan tapi dah ada dua orang anak ! tahun bila mereka kahwin ni ! ”

itu saja soalan yang aku dengar dari tadi . jungkook pandang aku . aku pandang jungkook . dia tersenyum kecil lalu memandang kearah pelajar pelajar perempuan itu .

“ 18... sunbae kahwin masa umur 18 ” ujar jungkook lalu merangkul pinggang aku . kami berdua berjalan meninggalkan hadapan itu . masih kedengaran jeritan mereka semua .

“ AAAA JUNGHYUN HYUNBIN !!! AUNTY RINDUU ” jerit naeyoun sebaik saja kami masuk kedalam kelas . jungkook lari membawa junghyun .

“ ni anak aku bukan kau shuh shuh ” ujar jungkook kami semua tergelak kecil . naeyoun mencebik .

“ kau tunggu anak aku lahir nanti... jangan kata pegang tengok pun aku tak bagi tau ” kata naeyoun lalu duduk di kerusi . jungkook tersenyum kecil lalu memberi junghyun kepada naeyoun .

“ aku gurau je lahai ” ujar jungkook lalu duduk disebelah ku . oh lupa naeyoun dah pregnant 3 bulan . anak siapa ? anak bangla eh tak gurau gurau HSHSH mesti la anak jimin .

hyunmi dan taehyung juga baru saja mendirikan rumah tangga . masing masing dah bahagia bersama orang yang dicintai nya .

“ kook takde niat nak tambah lagi dua ke ? ” soal jimin tiba tiba . aku merenung dingin wajah jimin .

“ takut ” kata jungkook ringkas . dahi mereka semua berkerut .

“ takut apa kau ni kook tiba tiba ” kata taehyung lalu tertawa kecil .

“ tak nak cerita nanti mummy buat lagi ” kata jungkook mencebik . aku tergelak kecil . makin berkerut dahi mereka semua .

“ dia tak berani lepas kes kena kurung dalam stor tu.. gatal lagi siapa suruh ” jelas ku . jungkook sudah duduk dibawah meja .

kami semua hanya ketawa manakala jungkook sudah menyembunyi kan diri nya .

_________________TBC🥨

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now