Our Fate : 7

68 12 27
                                    

aku merenung biasan diri dihadapan cermin . nafas panjang aku tarik

kau boleh Yun !

lantas tas tangan aku bawa bersama lalu keluar dari bilik . ruang makan aku tuju

“ eo Yun ! meh sini makan aku masak special untuk first day kau nak masuk kerja hari ni ” ujar Naeyoun teruja

aku bergerak kemeja makan yang hanya ada Jimin dan Naeyoun itu . budak budak tidur lagi barangkali

“ aik special untuk Yun je ke ? saya punya tak special ? ” soal Jimin dengan bibir yang memuncung

aku lepaskan tawa kecil seraya mengambil tempat dimeja itu

“ eh awak punya sentiasa special tau jangan nak fikir bukan bukan okay ” balas Naeyoun lalu menuang teh kedalam cawan

“ Youn aku pinjam kereta kau tau.. kereta aku tu Jungkook yang beli so aku tak nak guna ” tutur ku seraya menyuakan beberapa sudu nasi goreng

“ pakai je Yun aku tak kisah.. aku suruh Jimin beli kereta baru nanti ” selamba Naeyoun berkata

tersedak nasi goreng si Jimin

“ tak boleh ke sayang ? ” soal Naeyoun lalu memandang Jimin dengan wajah shy shy jenk

“ untuk awak sayang semua saya sanggup ” balas Jimin lalu menyerabaikan sedikit rambut Naeyoun

Naeyoun mengetap bibir menahan diri dari tersenyum

“ ha bersuwet la korang.. aku tangga dah hilang ni bersuwet dengan Hyunbin je nanti ” balas ku bersama tawa kecil

“ Hyunjin kan ada ” sampuk Jimin

“ anda budue.. anyway aku gerak dulu.. kalau Junghyun dengan Hyunbin dah bangun nanti cakap la aku pergi kerja eo ” pesan ku lalu terus keluar dari rumah

✿•˖*

“ ahjussi happy betul tengok Yun macam ni.. berseri je ” ramah Ahjussi Choi berkata

“ syarikat ni ada berapa tingkat ahjussi ? ” soal ku apabila menapak masuk kedalam bangunan serba mewah itu

“ semua sekali ada 18 tingkat.. pejabat kamu ada dekat tingkat 10 ” jelas nya

aku mengganguk faham . kami berdua masuk kedalam lif untuk ke tingkat 10

“ nah card ni yang membenarkan kamu masuk kedalam pejabat.. kalau takde tak boleh masuk.. tempat ni amat mementingkan sekuriti ” kata Ahjussi Choi

kad yang tertera nama aku dan gambar aku itu aku seret pada papan kunci pintu . terus pintu itu terbuka dan menunjukkan beberapa orang pekerja yang sedang sibuk

“ attention ” kata Ahjussi Choi dengan suara lantang . lantas mereka semua menghentikan segala yang sedang dilakukan

“ saya nak kenal kan kamu pada CEO baru kita ” sambung Ahjussi

“ annyeong Choi Soohyun imnida ! harap awak semua boleh beri tunjuk ajar ” kata ku lalu membungkuk kan tubuh 90 darjah

“ Annyeong Cik Choi ! saya Seo Woojin pereka grafik untuk team ni ! ” ramah saja tutur gadis itu

“ Annyeong saya Kang Junkyu ! Cik Choi dah ada jodoh ? kalau takde biar la saya jadi jodoh sampai mati Cik Choi ! ” tutur jejaka muda itu

aku tertawa kecil melihat gelagat pekerja ku itu

“ saya Lee Seora ! saya presenter untuk team ni ” kata seorang gadis lagi . aku mengganguk faham

“ saya pula Kim Kardashian eh tak tak saya Kim Suyoung ! ” kata seorang lagi gadis

“ arghhh ! ” jerit satu suara garau

aku memalingkan wajah ke belakang lalu wajah Felix menghiasi pandangan mata

“ Felix ? ” tegur ku . lantas dia mengangkat kepala nya memandang ku dengan pandangan terkejut

“ Yun ?! ” ujar nya bersama mata yang membulat

✿•˖*

“ tak sangka pula kau CEO baru aku haih.. takle la nak buli hengko ” kata Felix sendu

aku tertawa kecil

“ banyak la kau punya buli ” tutur ku lalu menghirup latte panas ku itu

“ so kau dah start kerja ni , siapa jaga anak anak kau ? ” soal nya

“ aku suruh Naeyoun jaga kot.. nak hantar nursery macam tak berapa sangat ” jelas ku dibalas anggukan dari nya

mata aku tertancap pada kaunter pembayaran . tubuh sasa Jungkook bersama gadis tempoh hari

Jungkook ni merata betul la

mata kami bertaut saat dia ingin melalui pintu keluar . lengan kekar nya dipeluk erat wanita itu

“ no wonder minta cerai.. kau pun dah gatal nak ada jantan baru ” sinis saja Jungkook berkata

“ woi ! elok sikit eh ! dia ni boss aku kot gila ke apa ?! ” sampuk Felix tidak puas hati

“ eh kalau aku nak kat si Yun ni.. dari zaman sekolah lagi aku dah tackle dia tau tak ?! ” marah Felix lagi

“ dah Lix.. orang bodoh nak sorok salah dia memang macam tu ” tutur ku selamba

aku bangkit dari duduk ingin keluar meninggalkan kafe itu

“ kau memang dah takde perasaan langsung pada aku Yun ? ” soal Jungkook tiba tiba

aku menghentikan langkah ku lalu menarik nafas dalam

“ macam mana awak buang saya , macam tu juga saya akan buang semua kenangan kita ” tutur ku lalu bergerak meninggalkan mereka semua

Felix mengikut aku dari belakang

“ Yun kau okay ? ” soal Felix setelah dapat berjalan disebelah ku

“ well aku rasa aku dah penat jadi bodoh.. lahir lahir dah memang bodoh so sekarang aku tak nak jadi bodoh lagi ” aku memeluk tubuh sambil kaki masih melangkah

“ jadi macam mana nak jadi tak bodoh ? ” soal Felix

“ aku akan ubah semua nya.. dia hilang aku bukan aku hilang dia ” balas ku

“ aku akan tunjukkan yang aku boleh hidup tanpa dia ” sambung ku lagi

- tbc -

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now