Our Fate : 1

91 10 28
                                    

tubuh Jungkook yang bersandar pada sofa empuk itu aku dekati

“ Kook.. ” panggil ku seraya meletakkan tangan diatas bahu nya

“ boleh blah tak ? rimas la aku dengan kau ” balas nya perlahan lalu terus bergerak meninggalkan aku sendirian

tanpa aku sedari , air mata sudah mencurah membasahi pipi

“ k-kenapa tsk ” teresak esak aku menangis menahan sebak di dada

perkahwinan yang hampir menjejak usia 7 tahun hancur lebur begitu saja

sudah hampir setahun juga Jungkook berkelakuan sebegini . apa salah aku ?

“ mama.. ”

lantas aku mengesat air mata yang tidak berhenti membasahi pipi putih ku

“ ye sayang ” senyuman kecil aku ukir buat dua permata yang berada dihadapan ku . tidak mahu tunjuk lemah

“ Junghyun dengan Hyunbin nak tidur dengan mama boleh tak ? ” tutur puteri sulung ku itu

“ boleh sayang.. jom esok kita nak jumpa aunty Hyun dengan Aunty Youn ” tutur ku seraya membawa kedua mereka kedalam bilik

tubuh mereka aku balut dengan comforter yang agak tebal lalu aku mula baring disebelah mereka

secara drastik tangan milik Junghyun mengusap lembut pipi ku

“ Junghyun benci papa sebab buat mama menangis ” ujar Junghyun perlahan

“ mana boleh macam tu sayang.. dia kan papa Junghyun.. ” balas ku seraya mengelus rambut perang nya

“ walau apa pun.. dia masih papa Junghyun dengan Hyunbin eoh ? ” ujar ku dibalas anggukan dari mereka berdua

senyuman tipis aku ukir . “ dah tidur.. ” dahi mereka berdua aku kucup lama

“ mama minta maaf sayang.. ” bisik ku perlahan sebelum mula mengalirkan air mata

✿•˖*

“ serious la babe dia kata kau ni merimaskan ? ” soal Naeyoun dengan wajah tidak berpuas hati

aku hanya mampu diam tak bersuara . makin bersuara , makin bising minah ni nanti

“ tak cerita dia aku tak faham betul dengan JK ni tau.. dulu dia punya takut nak hilang Yun tu uish taleh bren au tapi skang dia kata Yun ni merimaskan ?! apa anjeng ini mau ” marah Hyunmi pula

tiba tiba datang seorang budak kecil menghampiri kami

“ mommy Dayyen nak americano ! ” rengek kanak kanak lelaki itu dihadapan Naeyoun

“ eh eh budak ni.. awak tu budak lagi nak minum americano pula ye nah ambek susu ni ” Naeyoun menghulurkan botol susu kepada Dayyen anak lelaki nya itu

“ hm salah kan daddy ajar Dayyen minum americano ” balas Dayyen lalu pergi bersama botol susu pingu nya

“ Jimin ni pun nak kena ni.. ada ke ajar budak kecil minum americano haih ” bebel Naeyoun

aku tersenyum kecil

“ Abeh tu Yun malam tadi dia layan kau tak lepas dia cakap gitu ? ” soal Naeyoun setelah puas membebel

aku menggeleng perlahan lalu cafe latte itu aku hirup perlahan

“ sumpah tak faham haih ” keluh Hyunmi

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now