Our Fate : 9

77 9 25
                                    

“ eh Yun awal kau ambil budak budak hari ni ” kata Jimin lalu berdiri disebelah Naeyoun

“ eoh aku dah janji nak bawa budak budak ni jalan kan.. mana boleh mungkir janji ” kata ku lalu mengusap lembut kepala Junghyun dan Hyunbin

“ ha Dayyen jangan nakal nakal ikut aunty Yun tu.. minta je kalau nak apa apa.. aunty Yun tengah masyuk tu ” ujar Naeyoun selamba

“ ha minta la minta asalkan Dayyen tak minta benda pelik pelik sudah lah ” kata ku lalu tertawa kecil

“ okay la Youn , Jimin aku gerak dulu.. esok pagi aku hantar anak kau balik.. hari ni kome ha dating dating la bagi Dayyen adik HOHO ” kata ku lalu mendapat tamparan kuat dari Naeyoun

“ kau tak payah cakap la Yun.. pandai la aku buat kerja nanti ” kata Jimin lalu mengenyit mata nya

“ HAHAHAHAHA BAGUS JIMIN GITUU ” kata ku sambil tertawa besar

“ eh sudah blah kau ada ke patut bawang pasal aku depan aku ey elok aku tepuk je budak Yun ni ” kata Naeyoun lalu menolak nolak bahu ku

“ wat lek wat peace Youn ” kata ku lalu membawa anak anak masuk kedalam kereta

laju kereta milik Hyunjin bergerak meninggalkan kawasan rumah Naeyoun dan Jimin

✿•˖*

aku hanya memerhati 3 kanak kanak yang sedang bergembira itu

bahu aku ditepuk perlahan oleh Hyunjin . aku mengalihkan pandangan kearah nya lalu kening dijungkit

“ Yun saya nak tanya awak sesuatu boleh ? ” ujar nya meminta izin

aku mengganguk lalu tersenyum tipis

“ kalau la Jungkook ajak awak untuk bersama semula dengan dia , awak terima ke ? ” soal Hyunjin tanpa berbasa basi lagi

aku tertawa kecil melihat muka Hyunjin yang kelihatan malu itu

“ saya tak tahu tapi apa yang saya tahu saya mungkin tak boleh terima dia untuk kali kedua ” jelas ku

“ awak tahu kan saya dah lama tunggu awak ? rasa nya kalau orang tahu tentang perasaan saya yang dari tahun pertama sekola sampai sekarang ni , mungkin orang fikir saya psycho tau ” kata nya lalu bibir dimuncungkan sedikit

“ saya tahu dan saya minta maaf ” tutur ku perlahan . mata aku kembali merenung anak anak kecil yang sedang bersuka ria ditaman tema itu

“ Yun.. give me a chance to prove that I love you ” kata Hyunjin buat aku terdiam seketika

“ s-saya bukan tak nak bagi awak peluang tapi , kenangan saya dengan Jungkook terlalu banyak.. luka yang dia tinggal masih belum pulih dan saya perlukan masa untuk berfikir ” kata ku

“ saya tunggu.. sampai awak betul betul dapat buka pintu hati awak untuk saya ” tutur nya bersama senyuman tipis

✿•˖*

“ terima kasih Hyunjin bawa saya dengan budak budak tu jalan jalan ” kata ku menemani nya sampai didepan rumah

jam sudah menunjukkan tepat 10 malam

no worries saya tak kisah pun ” balas Hyunjin lalu membuka pintu kereta nya

“ selamat malam Yun-ssi ” kata nya dibalas anggukan dari ku

kereta nya laju meluncur pergi . aku yang sudah berura ura ingin masuk menghentikan langkah dek kerana panggilan seseorang

“ eoh ahjumma ? ahjumma buat apa tengah malam ni dekat luar ” soal ku seraya merapati tubuh Puan Lee itu

“ ahjumma dengar bunyi kereta kamu.. tu ahjumma terus keluar memang niat nak jumpa kamu tapi itu la susah sangat ” kata nya dengan tawa kecil dihujung ayat

“ maaflah ahjumma Yun busy sikit beberapa minggu ni sampai nak jenguk ahjumma pun tak sempat ” tutur ku serba salah

Puan Lee banyak membantu aku semasa aku baru berpindah di kejiranan ni . Puan Lee juga satu satu jiran paling rapat dengan aku

“ ni ahjumma nak cakap sikit pasal kawan kamu si Hyunjin tu ” kata Puan Lee dengan nada serius

kening aku bertaut saat nama Hyunjin keluar dari belahan bibir Puan Lee

“ kenapa dengan dia ahjumma ? ” soal ku bersama kening yang dijungkit kan

“ ini ahjumma tak tahu la kalau ahjumma salah dengar atau apa tapi hari tu masa kamu takde dekat rumah , dia ada datang sini ” kata Puan Lee

aku menunggu Puan Lee menyambung ayat nya

“ masa tu ahjumma tengah sidai baju ahjussi kamu tu ha jadi tak sengaja ahjumma terdengar dia bercakap dengan seorang perempuan.. tak silap ahjumma nama dia Susie.. sebab kawan kamu tu panggil Susie Susie ” sambung Puan Lee lagi

“ ahjumma terdengar yang kawan kamu tu suruh si Susie ke apabenda tah tu goda si Jegkuk ? Jengkuk ? ha apa apa jela nama dia ” Puan Lee menjedakan ayat nya lagi

aku sudah dapat mengagak Puan Lee bercakap tentang Jungkook

“ lepastu ahjumma teringat cerita kamu dengan bekas suami kamu tu.. nama yang kawan kamu sebut tu dekat dekat dengan nama bekas suami kamu ” kata Puan Lee lagi

“ mesti dia ada cerita pada kamu yang ahjumma pandang sengkek dekat dia.. ahjumma bukan nak bersangka buruk pada dia lagi lagi dia banyak bantu kamu tapi ahjumma tak berapa percaya kan budak Hyunjin tu ”

“ ahjumma dah anggap kamu dengan anak anak kamu tu macam keluarga ahjumma sendiri dah.. jadi ahjumma tak nak kamu diperbodohkan oleh lelaki begitu ” sambung Puan Lee membuat aku tersenyum tipis

“ terima kasih ahjumma sebab beritahu semua ni pada Yun.. Yun dah takde sesiapa lagi selain ahjumma , anak anak dan kawan rapat Yun.. terima kasih ye ” tutur ku lalu memeluk tubuh Puan Lee

dia membalas pelukan ku lalu mengusap lembut belakang badan ku

“ takde apa la nak.. kamu mesti penat kan ? esok nak kerja lagi dah pergi masuk.. selamat malam ye ” kata Puan Lee lalu bergerak ke pagar rumah nya

begitu juga dengan ku

pintu utama itu aku tutup rapat lalu bergerak masuk kedalam bilik tidur

tas tangan aku sangkut pada belakang pintu . aku duduk dibirai katil sambil memikirkan cerita Puan Lee tadi

sememangnya aku tahu yang nama perempuan Jungkook itu Susie Kim tetapi aku tidak tahu pula yang Hyunjin juga bersubahat ingin meruntuhkan rumah tangga aku bersama Jungkook

aku fikir selama ini dia menolong aku rupa nya dia lagi ingin merosakkan hubungan aku dan Jungkook

nafas berat aku helakan lalu mencapai tuala dan terus bergerak ke bilik mandi

- tbc -

Love Me Till The End ; jjkTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon