I miss You.

105 6 4
                                    

Langkah demi langkah aku ambil. Mata aku melilau mencari cahaya didalam gelap.

Detak dengupan jantung kian tidak keruan. Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan.

Kegelapan yang menyelubungi diri ini. Aku berlari tanpa hala tuju.

Mata mula terasa panas ingin mengalirkan air mata.

"A-awak" bisikku perlahan. Kepala aku geleng laju dengan langkah kaki yang semakin laju.

Aku berlari lagi dan lagi sehingga satu cahaya kecil muncul ditengah lorong yang gelap itu.

Bibirku mengulum satu senyuman tipis bersama air mata yang laju mengalir.

Langkah kaki diatur kearah cahaya itu dengan segala kudrat yang masih ada.

Langkah kaki ku terhenti betul dihadapan seorang lelaki.

Aku menarik nafas lega seraya membuka langkah kearahnya.

Dia memalingkan wajahnya kearahku lalu satu senyuman manis dihadiahkan padaku.

Tangannya didepakan memanggilku untuk masuk kedalam pelukan hangatnya.

Aku berlari mendapat tubuh sasa itu. Terus sahaja tubuhnya aku peluk erat.

Malam yang dingin menjadi hangat saat aku berada didalam dakapan jejaka itu.

Dahi kami berlaga dek kerana kesempitan ruang.

Lorong yang tadinya gelap tanpa cahaya mula bersinar.

Wajah kacak si 'dia' menyapa kornea mataku.

Iris mata coklat perangnya aku tenung bersama satu senyuman.

Mata aku pejam seraya mendaratkan kepala pada dada bidang jejaka itu.

Pelukan dieratkan lalu rambut panjangku diusapnya lembut.

"Aku rindu kau sayang" bicara manisnya.

Aku menguntum senyuman bersama mata yang masih terpejam rapat.

Detak jantungnya aku dengarkan.

"I miss you too Jeon Jungkook"

Terima kasih.

♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎♡︎

Hi hello awak semua ❤️ Update ini bukanlah satu petanda yang lmtte bakal ada s3 ye HAHA s1+s2 pun dah mengeling tahap dewa.

s3 nanti ntah yang baca pun boleh koma barangkali HAHAHA

buat yang merindui fanfic ini, myrra kirimkan satu update ❤️ terima kasih sebab baca dan vote story myrra ❤️

thanks for 2k reads babies ❤️

lepaskan rindu dengan chapter ni hehe ❤️

pevchesmin tacodd tak bb tacodd tak? 🌚

Love Me Till The End ; jjkWhere stories live. Discover now